topbella

Friday, August 19, 2011

Sokongan...

Sebut pasal sokongan ni, rasanya setiap orang memerlukan sokongan.
Tak kira la siapa, keluarga ke, suami ke, isteri ke, anak-anak ke, kawan-kawan ke dan maca-macam lagi la.
Pada aku, sokongan ni penting.
Penguat semangat dan juga boleh mengurangkan rasa derita atau sakit yang ditanggung.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa ada satu pun sakongan untuk kita.
Mau runtun jiwa kita yer. Menanggung kesorangan. Tapi, jangan lupa masih ada lagi yang sentiasa bersama kita walau apa pun yang berlaku....Allah SWT...

Lupa nak kongsi...
Kandungan aku sekarang dah masuk 34 minggu. Dah tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran si comel ni.
Sebut pasal mengandung ni...
Of course la sokongan suami amat-amat diperlukan oleh seorang isteri dari awal kehamilan sehinggalah tempoh berpantang.
Kalau tiada sokongan suami, rasa lemah jer nak hadapi segala macam ujian dan dugaan mengandung ni. Ye la setiap orang lain dugaannya ketika mengandung. Ada orang yang sihat walafait jer time mangandung, ada juga orang yang rasa pelbagai derita bila mengandung. Tu semua ujian untuk si ibu dan semoga beroleh ganjaran daripada Allah SWT.



 Kepada para suami...
Hargailah isteri anda...Bukan senang untuk membawa kandungan selama 9 bulan lebih. Isteri rela berkorban untuk memberikan zuriat kepada suami tercinta.
Banyak yang dikorbankan untuk itu. Hargailah dan sokonglah isteri anda semua.
Tiba-tiba lari topik...:)
Tak pe...yang penting ada something yang kita dapat bila membacanya..
Insyaallah...

Wednesday, August 17, 2011

Zakat Fitrah


Alhamdulillah...
Dah lebih setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Sinonim dengan bulan Ramadhan, tentulah zakat fitrah.
Kali ni nak cerita pasal zakat fitrah ni. Sama-sama yer kita mencari ilmu...


Mengikut website Lembaga zakat Selangor adalah...
http://www.e-zakat.com.my/jenis-jenis-zakat-2/zakat-fitrah/pengenalan-syarat/
 
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat 

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
 
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
 Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber daripada http://denaihati.com/zakat-fitrah-seluruh-malaysia-2011
 
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

Akhir pesanan: Jangan lupa bayar zakat fitrah yer...:)


Tuesday, August 16, 2011

Mentega dan Marjerin

Genap 16 hari kita berpuasa hari ini.
Alhamdulillah...
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dan pahala dari segi amalan puasa kita kali ini.
Semua duk pakat sibuk dah buat kuih raya dan kek raya.
Masing-masing duk fikir nak buat kuih yang tesedap dan terbaik untuk tetamu nanti.
Duk asyik-asyik nak buat kuih raya dan pilih bahan buat kuih raya tu, jangan pula kita lupa check tanda halal kat barang yang kita beli tu yer.
Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.
Sekadar perkongsian daripada akhbar Kosmo semalam.


JAKIM SAHKAN MENTEGA HARAM!!!

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama 

Sama-samalah kita berhati-hati yer...
Di luar sana terlalu banyak yang haram.
Cuma itu 1 dalam seribu yang dapat dipantau dan dikesan.

Sunday, August 14, 2011

Nikmat Allah SWT...

Nampaknya aku berpeluang untuk mencoret sedikit hari ini.
Sebut pasal nikmat Allah SWT ni...
Subhanallah...
Tidak terhitung banyaknya...memang tak cukup kaki tangan untuk kiranya.
Cuma kita sebagai insan biasa yang sentiasa lupa dan alpa. Sentiasa lupa akan nikmat Allah SWT.
Tidak kira tanpa kita sedari atau kita menyedarinya.
Aku berpeluang diberi sedikit keinsafan tentang nikmat Allah SWT ini.
Sebelum ini, kita berjalan ke sana ke mari dengan lincah, tanpa ada sedikit rasa sakit pun.
Itu nikmat Allah SWT, tapi waktu tu mungkin kita tidak sedar kita sedang lalai dengan nikmat yang diberi olehNYA. Bila tuhan menguji kita dengan sedikit rasa sakit sehingga kita tidak dapat berjalan.
Ya Allah...betapa besarnya nikmat berjalan itu yang kita anggap tiada apa-apa sebelum ni.



Itu dari segi berjalan jer...dari segi makan minum, mendengar, melihat, ketawa, tersenyum dan pelbagai lagi la...memang tak terhitung dek jarinya kalu nak citer pasal nikmat Allah SWT ini.

Oleh itu...
Sama-samalah kita bersyukur dengan segala limpah nikmat dari kurnia Allah SWT ini.




Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo