topbella

Wednesday, December 8, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Semalam, seluruh umat Islam menyambut tahun baru bagi kalender Islam.
Semalam adalah 1 Muharam 1432.
Aku mungkin terlambat untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah
kerana aku mengalami sedikit masalah untuk online.
Walaupun sedikit lambat...
Aku ingin juga mengambil kesempatan ini untuk megucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM ataupun
SALAM MA'AL HIJRAH 
kepada seluruh umat Islam di dunia ini.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat melakukan penghijrahan
yang baik dalam kehidupan kita sebagai umat Islam dan khalifah Allah swt di muka bumi Allah swt ini.
Semoga kita sentiasa ada keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik lagi.


Biasanya lebih ramai orang teruja untuk menyambut tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah.
Jangan terkejut kalau ada di antara kita, yakni umat Islam yang tidak tahu apa itu Ma'al Hijrah.
Mungkin ini disebabkan kurangnya pendedahan terhadap individu itu sendiri.
Sedikit kecewa kerana ada umat Islam yang tidak tahu apa itu Ma'al Hijrah. Mungkin juga ada di antara kita yang tidak tahu bulan-bulan Islam.
Semua orang tahu akan bulan-bulan Masihi yakni bermulanya bulan Januari dan berakhirnya bulan Disember.
Tapi, tahukah anak muda kita sekarang akan bulan-bulan Islam ataupun Hijriyah?
Bermulanya dengan Muharam dan berakhirnya Zulhijjah.
Bulan Islam juga mempunyai 12 bulan seperti bulan Masihi. Bulan-bulannya adalah:
Muharam
Safar
Rabiul Awal
Rabiul Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah
Inilah bulan-bulan Islam yang perlu kita tahu sebagai umat Islam.
Kenapa bulam Muharam lebih dikenali dengan Ma'al Hijrah?
Ini kerana..... Ia memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad saw dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.

 


Sekali lagi ku ingin ucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Semoga tahun ini, kita akn lebih berusaha untuk beribadat kepada Allah swt dan 
sentiasa beroleh keberkatan dari Allah swt.
Sediakan diri kita semua untuk berubah menjadi lebih baik.
Lakukan penghijrahan di dalam diri kita sekarang kerana Allah swt.

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo