topbella

Saturday, October 13, 2012

Happy Birthday...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Nur Raihan...
Allah selamatkan kamu...

Happy Birthday Raihan!!!
Kejap je rasanya...pejam celik pejam celik...da 1 tahu rupanya anak aku tu.
Dah pandai jalan, pandai merajuk, pandai cakap walupun masih tak difahami butir bicaranya.
Ayah dia siap ajar makan sendiri lagi tu hah...
Semalam balik keje, tengok Raihan makan mihun bersepah satu rumah.
Pandai dia letak mihun dalam mulut dia tu.Hehehe...
Ngan ayah dia pun dia suapkan...
Macam-macam telatah...
Walaupun penat melayan dia tapi bahagia sangat-sangat tengok dia membesar.


Kehadiran si kecil ini begitu bermakna pada kami sekeluarga.
Doa umi dan ayah untuk Raihan...

Semoga Raihan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT, sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, semoga Raihan menjadi seorang yang berakal dan beriman, jadilah anak yang solehah...
Dan...jadikanlah anak aku, Nur Raihan seorang doktor pakar sakit puan yang beriman dan berakal. Semoga ilmunya akan dapat menolong wanita-wanita Islam di luar sana.



Sunday, September 9, 2012

Raya 2012

Dah lama dah tak buat come back....
Huhuhu...

Aku tak ada idea sebenarnya...
Nak citer pasal raya tapi nak tulis pasal apa...
Kalau nak cerita pasal lemang ketupat...
Ermmm....
Okeh...kat kampung aku kali ni, first time kami satu keluarga makan lemang di pagi hari raya.
Macam kuno jer bunyinyer...
Hahaha...
Selalunya kat kampung aku, kita tak buat lemang tau, kita layan ketupat segi tiga tu je.
Kalau nak makan lemang, kena la beli.
Takde buluh lemang kot kat kampung aku, aku pun tak tahu.
Kenapa kitorang makan lemang tahun ni...?
sebab tahun ni, suami aku yang buat lemang untuk kitorang semua...


Gambar-gambar masa raya hari tu...

Nur Raihan, Nur Qaliesya dan Muhammad Aqil









Raihan and the cousins. Ada sorang lagi tapi ngah tidur dalam buai.
2 orang lagi beraya kat Kedah.

Nur Haziqah

Ni hah...Nur Haziqah ngah lena tidur.

Viena dan Aqis

Ni sepupu-sepupu aku dan juga merangkap kawan-kawan Raihan masa aku pergi keje.
Diorang ni la yang banyak bermain ngan Raihan.
Thank you...:)



Ni gambar satu family aku...

Semua anak-anak ma dan abah aku dah kahwin.
Ma aku cakap, dah senang hati dah...
semua dah kahwin...

Lupa pulak...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
KEPADA
SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI
DAN JUGA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM....


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan

RAMADHAN DATANG LAGI!!!
Alhamdulillah...
Kita masih diberikan peluang untuk berada di bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan penuh keimanan.
Berpuasa la seikhlas hati supaya kita tidak mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT .
Aminnn.....


Adanya puasa sudah pasti adanya sahur dan solat sunat terawih.
Bangun sahur tu penting walaupun dengan hanya segelas air kosong.
Semua bangun sahur tau....:)

SELAMAT BERPUASA
KEPADA
AHLI KELUARGA DAN RAKAN TAULAN
SERTA
SELURUH UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH SWT INI.


Puasa tau...
Jangan tak puasa pulak....


Bestnya bulan Ramadhan ni...
Takdenya syaitan
Tapi nafsu nan satu tu susah nak dikawal.

 

Sunday, July 8, 2012

Perpindahan

Minggu lepas berpindah seorang rakan sejawatanku ke tempat yang baru.
Ia minta ditukarkan ke tempat yang dekat dengan rumah dia.
Dan ianya berjaya setelah dekat 3 tahun mencuba.
Alhamdulillah...
Tak de lah jauh sangat dia berulang alik seiap hari kan.

Harapanku semoga ditempat baru nanti adalah lebih baik. Mengenali teman-teman baru yang baik-baik. Semoga dapat bertugas dengan lebih baik lagi.



Gambar ini diambil ketika kitorang belanja makan sempena perpindahannya.
Yang bertudung kelabu tu la yang berpindah.
Seorang lagi, teman sekerja ku jua.

For you Billa,
Good luck!!!

Aku tetap aku...

My Photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo