topbella

Tuesday, September 28, 2010

Because of LOVE...

Love, kasih sayang, cinta
Ia satu perasaan yang tak mampu kita ungkapkan. Hanya orang yang rasa saja akan tau penangannya.

Kasihnya Allah SWT kepada kita dengan memberi apa saja pada kita walaupun kita lalai akan tanggungjawab kita sebagai hambaNYA di muka bumi Allah SWT ini. DIA bagi segalanya pada kita...nyawa, ibu dan ayah, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, suami atau isteri, rezeki, kerjaya, kenderaaan (x kira la motor ke kete), tempat tinggal yang selesa dan mcm2 lagi...
Memang x habis kalau nak disebut...Dalam hidup ini, ujian dan dugaan silih berganti menerpa hidup kita, yang mana kita gelarkannya sebagai masalah. Kata orang, bukan hidup namanya kalau tiada masalah. RIGHT?
Ujian dan dugaan ini, Allah SWT berikan pada kita kerana Allah SWT sayangkan kita.

Kasihnya ibubapa, ayah ibu, umi walid, mama papa pada kita dengan memberi segala kasih sayang dan apa saja pada kita. Kasihnya ibu pada kita dengan menjaga kita sejak dari kecil tanpa rasa letih dan penat. Ibu xkan biar sesekali nyamuk mengigit badan kita. Kasihnya ibu pada kita dengan memberi kita susu dari badanya. Yang kompem memang xde kat Tesco, Giant, Jusco n mana2 supermarketkat dunia ni.
Kasihnya ayah pada kita dengan mencari rezeki yang halal unutk diberi pada kita. Supaya kita dapat makan, pakai, tempat tinggal yng terbaik. Bekerja tanpa penat lelah demi menyara kita sekeluarga. Subahanaallah...hebatnya kasih sayang ibu bapa yang diberi oleh Allah SWT ini.
Kasihnya ibu bapa kita ...membuatkan mereka memarahi kita tatkala kita malas sembahyang, malas puasa, ponteng kelas, malas mengaji dan sebagainya...Kita dengan senang hati mengatakan ibu dan ayahku x sayangkan aku...sesunggunhya kasih sayang mereka tiada tandingan di dunia ini.
Mereka marah kita TAK SEMBAHYANG, TAK MENGAJI, TAK PUASA sebab TAKNAK kita MASUK NERAKA. Mereka marah kita PONTENG KELAS sebab mereka nak kita BERJAYA di DUNIA AKHIRAT. Marah itu TANDA SAYANG.

Untuk ma dan abah y ku sayangi...
Terima kasih kuucapkan untuk segalanya...pengorbananmu, kasih sayangmu dan semuanya...memang ku tak mampu untuk membalasnya. Kasih sayangmu pada kami 4 beradik tidak pernah putus sejak kami kecil sehinggalah kami berumahtangga. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Doaku semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa2 ma n abah dan semoga ma n abah bahagia d dunia dan akhirat.
Kak Long sayangkan Ma n Abah....SAYANG SGT2...

ma dan abah aku


Kasihnya suami pada isteri akan berkorban segalanya untuk membahagiakan isteri. Marahnya suami pada isteri kerana sayangnya pada isteri. Ujian dan dugaan yang Allah SWT berikan dalam rumahtangga adalah untuk mengikatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Kepada semua pasangan suami isteri termasuklah kami...bersabarlah dalam menangani segala ujian yang diberikan Allah SWT.

For my beloved husband,
Thanks for everything... I love u so much.
Ku doakan semoga kasih sayang kita akan mekar sehingga di akhirat kelak dan aku doakan semoga kita bahagia dunia akhirat.

nie gambar kartun suamiku jer...


p/s: For my husband and my mum, I'M SO SORRY for what happened on this day....

Sunday, September 26, 2010

Salam Silaturahim...

Blog ini d wujudkan untuk mengisi masa terluang yang ada  bersama isteri tersayang.
 Sekurang2nya ada juga saluran yang boleh digunakan untuk
 meluahkan perasaan atau berkongsi apa saja. 
Baru saja lepas balik dari kampung halaman...
"Terpaksa" bekerja pada Hari Raya Puasa tempoh hari atas sebab2 tertentu dan
 terpaksa juga mengorbankan peluang berhari raya bersama
isteri tersayang buat pertama kali.


my sweet boy...AQIL

Seminggu Syawal
baru berpeluang balik ke kampung halaman isteri di Machang, Kelantan
 2 3 hari kemudian baru lah balik ke kampung halamanku di Gambang, Kuantan.

1st time raya tak dapat makan langsung lemang.......
:(

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo