topbella

Tuesday, November 23, 2010

Aidiladha dan Korban

Beberapa hari yang lalu, seluruh umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha.
Bila kita sebut Aidiladha, kita akan teringat tentang korban.
Kita juga akan menyebut Hari Raya Aidiladha sebagai Hari Raya Korban,
begitulah rapatnya ibadah korban itu dengan Aidiladha.

Mengikut sumber daripada http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/

Hukum korban adalah sunat dalam Mazhab Syafie, tidak kira orang itu adalah miskin ataupun berada.
Manakala bagi Mazhab Hanafi pula, wajib korban bagi orang yang berada dan sunat bagi orang miskin.

Boleh juga kita diniatkan aqiqah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding dengan korban. Tujuh bahagian daging korban (tidak termasuk aqiqah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di akhirat kelak.

Kita disunatkan memakan daging korban sendiri, yakni lembu yang dikorbankan oleh kita.
Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorbankan tetapi daging lembu B yang diberi,
(dicampur-campur daging lembu A dan B).
Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).
Daging korban boleh dibahagikan kepada orang kaya ataupun miskin, walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberikan kepada orang kafir (bukan Islam).
Mengenai daging  korban boleh disimpan ataupun tidak, pada permulaan Islam, tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.
 Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
 --------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini, pada hari raya pertama, 
adik lelaki aku telah melakukan ibadah korban sebanyak 1 bahagian daripada 7 bahagian.
Orang kata, raya Aidiladha di Kelantan adalah meriah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Pada pendapatku, kerana di Kelantan, begitu ramai orang di Kelantan yang melakukan ibadah korban, tak kira orang itu miskin ataupun kaya.
Yang penting, setiap orang berlumba-lumba untuk membuat ibadah korban
Aku rasa di situlah sebab meriahnya raya Aidiladha di Kelantan.
Kalau tidak melakukan korban di Hari Raya Aidiladha, ku dapat rasakan tiada meriahnya dan 'feel' raya Aidiladha itu sendiri.
Bezanya raya Aidiladha adalah kami di Kelantan tidak menyediakan makanan sebanyak seperti Hari Raya Aidilfitri kerana lebih suka untuk menjamah daging korban.
Aktiviti kunjung mengunjung juga sedikit kurang berbanding Raya Aidilfitri kerana
masing-masing sibuk untuk menjalankan ibadah korban yang hanya dapat dilakukan
selama 4 hari sahaja.
Kuih raya juga kurang disediakan, malah ada yang tidak menyediakannya langsung.
Biasanya, kalau ada tetamu yang berkunjung, kami hanya menjamu tetamu dengan hidangna daripada daging korban dan nasi putih. Bermacam-macam jenis masakan tetapi daripada daging korban, seperti sup tulang, sup daging, singgang tulang, gading goreng, sup perut dan bermacam-macam lagi la...
Yang penting, tetamu di jamu dengan daging korban.
Itulah bezanya di Kelantan, mungkin di situlah kemeriahannya.

Lembu baru ditumbangkan.

Sesudah bertakbir, tiba saatnya untuk disembelih.

Lembu baru sudah disembelih.
Mengagihkan daging korban kepada 7 bahagian.

Begitulah yang berlaku di pagi raya Aidiladha di kampungku baru-baru ini.
Saat melihat lembu itu disembelih terasa kelainan di hati ini.
Sejurus disembelih sehingga putus halkum, lembu mengerang kesakitan.
Syahdunya ketika itu.
Selepa situ, kita hendaklah menunggu lembu itu sampai mati.
Kemudian, barulah dilapah kulitnya dan dagingnya dibahagikan kepada 7 bahagian.
Aku teringin untuk menunaikan ibadah korban ini.
Insyaallah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku ingin menunaikan ibadah korban ini pada tahun hadapan. Insyaallah...
Semoga Allah swt memakbulkan doaku ini.






Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha adalah perayaan terbesar bagi umat Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri.

Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri  kerana meraikan kemenangan kita dalam ibadah berpuasa.
Berlainan pula dengan Hari Raya Korban, kita menyambutnya kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dalam menunaikan perintah Allah swt dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah swt. 
Istimewanya Hari Raya Aidiladha ini adalah ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiapkali menjelang Hari Raya Aidiladha ini.

Mengikut sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam iaitu 10 Zulhijjah, merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Al- Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
 Tidak sampai beberapa jam lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada suamiku yang tercinta, keluargaku yang tersayang, saudara maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini.


Di dalam hidup kita, kita sentiasa perlu berkorban, untuk mendapatkan sesuatu, kita juga perlu korbankan sesuatu. Itulah lumrah kehidupan yang sentiasa datang dan pergi dalam hidup kita.
Tahun lalu, aku dapat merasai satu perasaan yang lain apabila ku melihat saatnya lembu itu mahu dikorbankan...memang besar pengorbanan dan ketaatan  Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as  terhadap Allah swt. Di sudut hatiku, aku ingin sekali melakukan ibadah korban sekiranya diberikan rezeki oleh Allah swt. Insyaallah, impian aku itu akan tercapai.

Akhir kalam,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada seluruh umat Islam.
Maaf Zahir dan Batin





Monday, November 15, 2010

Perjalanan

Setiap yang bergelar manusia pasti akan melalui sebuah perjalanan,
sama ada senang atau sukar pasti kena melaluinya.
Kemalangan sering berlaku di Malaysia sehinggakan Malaysia menduduki tempat yang pertama di dalam dunia.
Hebatnya Malaysia...
Budi bahasa dikatakan cukup tinggi tetapi begitu kurang ajar dan gelojoh ketika di jalan raya.
Itulah perangai dan skap rakyat Malaysia.
Masing-masing lupa bahawa setiap pemandu berkongsi jalan raya, bukannya jalan raya itu kepunyaan anda seorang sehingga anda sesuka hati untuk tidak memberi signal ketika membelok.
Begitulah kebanyakan perangai para pemandu di Malaysia ini.
Di negara luar, laluan zebra adalah laluan paling selamat tetapi tidak di Malaysia, 
kerana di laluan zebra itulah anda berada di zon paling bahaya. 
Akhir-akhir ini, begitu banyak kemalangan yang melibatkan bas. 
Paling tragis melibatkan bas Delima baru-baru ini.
Perjalanan aku dari Johor ke Kuala Lumpur pada Sabtu lalu membuatkan hati aku kerisauan. 
Takut juga nak naik bas ni...
Teringat akan kawan aku yang sudah lama tidak pulang ke kampung kerana fobia akan kemalangan yang terlalu banyak melibatkan bas sehingga meragut nyawa.
Pemergianku dihantar oleh suami tercinta, perjalananku seorang diri kerana 
suamiku tidak dapat mengikut kerana bertugas.
Perasaan cemas bila naik bas keseorangan, lagi-lagi la tengah malam. Kelibat pemandu yang seakan bersikap kasar menambahkan lagi rasa 'cuak' di hati.
Perasaan ini agaknya dikongsi bersama penumpang lain.
Mungkin mereka juga teringat akan kemalangan ngeri yang melibatkan bas Delima.
Perasaan cemas masih di dalam hati...lantas ku sematkan di dalam hati, ajal maut di tangan tuhan, Allah swt. Kalau Allah swt menentukan aku mati malam ini disebabkan kemalangan, walau apa pun aku akan mati malam ini disebabkan kemalangan tanpa lewat sesaat pun. Keselamatan diriku, kusandarkan pada Yang Esa. 
Doaku semoga aku selamat sampai di tempat yang hendak dituju.
Sebelum itu, aku telah memohon kemaafan dari suamiku tercinta supaya
aku dimaafkan di dunia akhirat andai ajalku tiba malam ini. 
Maaf ku pinta kerana bercakap sedemikian sebelum ku pergi, cuma ku ingin ingatkan ajal itu begitu dekat, tanpa kita bersedia, orang yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata sahaja. 
Ajal itu datang tanpa kita sedari.
Alhamdulillah, aku selamat sampai jua ke destinasi.
Bersyukur pada Allah swt.
Perjalananku diteruskan lagi dari Kuala Lumpur ke kampungku.
Kali ini, perjalananaku bersama ma, abah, adik perempuanku dan juga 
anak saudaraku yang berumur 1 tahun. 
Kali ini, pemandu adalah adik perempuanku. 
Kami bergilir menemani adikku memandu, risau dia mengantuk jer.
Berkat dari Yang Maha Esa, alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.



Begitulah perjalanan di jalan raya di Malaysia.
Keadaan begitu menakut dan mengerikan.
Bertambah-tambah la kemalangan apabila tibanya perayaan.
Berbagai-bagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu di Malaysia ini.
Tetapi, pada pemerhatian aku, rakyat Malaysia begitu sombong dan ego ketika berada di jalan raya. Keselamatan diri menjadi taruhan. 
Semuanya ingin cepat tanpa mempedulikan keselamatan diri dan insan tersayang.
Apakah rakyat Malaysia terlalu berani? atau terlalu ganas di jalan raya?

Wahai rakyat Malaysia termasuk diriku...
Sedarlah, anda berkongsi jalan raya dengan pemandu lain.
Hormatilah hak pemandu lain dan sediakanlah diri anda untuk memberi hak anda kepada pemandu lain.
Bersedialah untuk berkongsi jalan raya itu...
Kalau perkongsian itu berjaya, Insyaallah perjalanan anda lebih selamat dan kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia...
Berhati-hatilah memandu ketika di jalan raya sempena kepulangan anda untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang tinggal 1 hari lagi.
Sentiasa berhati-hati memandu ketika di jalan raya.

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Isteri Derhaka

Kisah ini saya dapat ketika saya membaca di laman web halaqah. Kisah ini dipostkan oleh Ummi Munaliza. Ummi mengatakan kisah ini dipetik daripada sebuah laman web.
Tujuan aku berkongsi cerita ini supaya kita sama-sama dapat mengambilnya sebagai ikhtibar, pengajaran dan pedoman di dalam hidup kita.
Kisah ini betul-betul menyentuh hati tika saya membacanya. 
Sebagai isteri, kita boleh mengambilnya sebagai ikhtibar. 
 Kepada bakal isteri pula, jadikan ia sebagai pedoman.
Kepada isteri yang derhaka dan menduakan suami anda, insaf dan bertaubatlah
selagi nyawa masih dikandung badan. Selagi pintu taubat masih terbuka.
Kisahnya...layannnnn...

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.
Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. 
 Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
 
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan.
Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
  Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya.
Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
  Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang.
Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya.
Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu,
Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
 ” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim.
Itulah yang menghairankan Halim.
  Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit
dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.
Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu.
Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

 Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus.Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa.
Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
  Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.
Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah.
Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. 
Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia. Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain.
Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil.
Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut. Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan.
Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya.
Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
  
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu.
Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia.
Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak.
Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya.
Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
  Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan, racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
  Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik.
Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil. Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul.
Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu.
Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka".
 
........................................

Bagaimana?Cukup menginsafkan, kan?
Fenomena sekarang begitu banyak kisah-kisah isteri yang curang dan 'makan luar'.
Kalau dulu, begitu payah untuk mendapat kisah isteri curang tetapi sekarang....
Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah ini.
Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi isteri solehah.
Walaupun sukar untuk menjadi isteri solehah tapi sekurang-kurangnya niat dan usaha kita sentiasa ada untuk menjadi isteri solehah.
Wallahualam...

Tuesday, November 9, 2010

Dosa Meninggalkan Solat

lAda sesuatu yang ku ingin kongsikan di sini, iaitu dosa meninggalkan solat.
Apakah dosanya sekiranya kita meninggalkan solat 5 waktu itu yang
merupakan tiang agama.
Tiada tiang, tiadalah rumah...
Tiada solat, ada ke agama? Anda jawab la sendiri.

Sembahyang itu tiang agama

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-
Subuh
 Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun di akhirat. (*** 1 tahun di akhirat = 1000 tahun di dunia = 60,000 tahun)

Zuhur 
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar 
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib 
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak 
Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."
Subhanallah, betapa besarnya dosa kita sekitanya kita meninggalkan solat dengan sengaja.
Ini peringatan kepada diriku yang sentiasa lalai dan juga seluruh umat Islam di luar sana.
Di bawah ini pula merupakan antara azab kerana meninggalkan solat.

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
  • Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
  •  Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
  • Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
  •  Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
  • (su'ul khatimah)
  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
  • Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
  •  Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
  • (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
  • Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
  •  Allah SWT tersangat murka kepadanya.
  • Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
p/s : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Sumber : http://tazkirah.yolasite.com/info-islam.php

Renung-renungkanlah kata-kata di atas. 
Adakah kia terlalu kuat untuk menerima azab neraka yang maha hebat?
Adakah kita terlalu bijak pandai untuk bersoal jawab dengan Mungkar dan Nakir?
Apa guna kita bekerja siang malam mencari rezeki tetapi kita mengabaikan solat.
Sesungguhnya rezeki yang kita perolehi dengan hasil titik peluh kita sendiri itu
tidak mendapat keberkatan dari Allah swt.
Apakah kita terlalu gagah berani dan mampu tahan sakit apabila sakaratul maut
datang mencabut nyawa kita?

SAMA-SAMALAH KITA INSAFI DAN MUHASABAH DIRI...
Apakah cukup sembahyang 5 waktu kita selama ini?
Sama-samalah kita insaf dan bertaubat sekiranya kita sedar akan kesilapan kita itu.
Sesunggunhnya Allah swt itu Maha Pengampun.

DIA sentiasa ada untuk kita cuma kita yang sentiasa tiada untuk DIA.

Wallahualam...

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

Esok cuti!!!
Esok merupakan cuti umum persekutuan seluruh Malaysia bersempana sambutan 
Hari Deepavali yang di rayakan oleh semua penganut agama Hindu 
di seluruh dunia dan juga Malaysia.
Mungkin ramai yang mengambil kesempatan cuti ini untuk
balik ke kampung masing-masing.


 Sedikit info tentang sambutan Deepavali di Malaysia
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu
dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat.
Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam",
hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat
daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan
lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam"
di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu 
dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Akhir kata,
Happy Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia
yang menganut agama Hindu.
Semoga seluruh rakyat Malaysia dapat hidup aman damai dan harmoni
tanpa mengira agama dan bangsa.


Monday, November 1, 2010

Emosi

Manusia mempunyai pelbagai emosi dan perasaan setiap hari.
Setiap hari kita mengalami pelbagai emosi.
Ada marah, suka, duka, tangis, tawa, gembira, bahagia, sengsara, derita
dan macam-macam lagi la.
Begitu juga aku, insan yang lemah dan kerdil di sisi Allah swt.
Adakala emosi yang datang membuatkan 
kita tidak mampu menangani dengan cara yang betul.
Adakala kita dipengaruhi emosi yang menyebabkan kita begitu senang untuk buat kesilapan.
Bila emosi menguasai diri, tiada guna lagi akal yang diberikan Allah swt ini.
Sudah hilang segala kebijaksanaan akal
Sudah hilnag ketenangan jiwa.

 
Emosi aku sekarang 'frust' ataupun kecewa...
SEBAB 
Aku gagal ujian memandu tadi. Aku gagal di bahagian 3 penjuru...
GERAM BETUL!!! 
Aku yakin aku mampu buat dan boleh buat,
suamiku juga yakin aku boleh buat, cikgu yang mengajarku juga yakin aku boleh buat.
Tapi, itulah hakikat...aku gagal.
Tapi, hati aku terubat apabila aku lulus ujian jalan raya. Kata cikguku, ujian jalan raya lagi susah tapi aku lulus. Dia katakan padaku, tiada rezeki awak untuk lulus lagi.
Selepas sembahyang zohor tadi, aku terfikir kenapa aku gagal?
 Hatiku jawab, supaya aku tidak bangga diri. Supaya aku sedar akan kekuasaan Allah swt
yang mampu mengubah segalanya walaupun kita sudah sehabis daya mencubanya.
Kalau aku lulus, mungkin aku akan cakap, hebatnya aku...
Mungkin disitu nanti aku lupa akan kekuasaan Allah swt yang membuatkan aku nampak hebat. Kita sering lupa akan kekuasan Allah swt bila kita berjaya.
Kita akan kata, ini kerana usaha aku, padahal kita lupa ada yang ESA yang 
membuatkan kita berjaya.
Begitulah emosi, sekejap sedih dan kecewa, selepas itu gembira.
Sentiasa datang silih berganti.
Aku pernah mendengar ceramah LA' TAHZAN. Maksudnya JANGAN BERSEDIH.
Di dalam ceramah itu mengatakan 
kenapa kita perlu bersedih apabila kita kehilangan orang tersayang?
Kenapa kita perlu sedih bila usaha kita tidak mendatangkan hasil?
JANGAN BERSEDIH...
Kerana, siapalah kita untuk bersedih apabila kehilangan orang tersayang...
kerana Allah swt sudah mengatakan bahawa DIA meminjamkan kepada kita untuk sementara waktu. 
Kita yang salah kerana buat seperti harta sendiri padahal ia milik Allah swt.
Ini semua buat peringatan untuk diriku, 
aku banyak berfikir apabila mendengar ceramah ini.
Siapalah kita untuk mengatakan kenapa usaha aku tidak berhasil?
Allah swt memberikan kita segalanya, nyawa, ibubapa, keluarga, kasih sayang, rezeki dan macam-macam lagi. Memang tidak dapat dihitung. 
Tapi, apa yang kita buat untuk Allah swt?
Sembahyang kita jarang yang sempurna, puasa kita ada yang tertinggal, apa yang disuruh kita liat untuk membuatnya, apa yang dilarang kita galak membuatnya.
Apa kita fikir kita harus bersedih?
Adakah kita layak untuk mengatakan kenapa tuhan buat aku begini?
Apa dosaku?
KITA TIDAK LAYAK!!!
Dosa kita terlalu banyak, tanpa sedar ataupun tidak.
Untuk diriku sendiri dan semua, janganlah terlalu ikut emosi, boleh bersedih tapi jangan melampau dan meraung-raung seperti orang hilang akal. Jangan ikut hati, nanti mati.
Yang penting setiap kesalahan yang kita buat, kita sedar dan menyesal
dan cuba dekatkan diri dengan Allah swt
Tepuk dada tanya iman,
jangan ditanya pada selera kerana 
kalau ikut selera semuanya mahu tanpa mengira halal atau haram.

Okeh, sebelum berakhir, aku ingin ucapkan sesuatu...
Takziah kepada sahabat kami,  Mohd Najimudin dan keluarganya, di atas
pemergian ibunya ke rahmatullah pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada abang kami, Mohd Yusri Mat Yusof dan pasangannya, di atas kelahiran puteri sulung mereka, Ummu Althafunnisaa Mohd Yusri pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada diriku sendiri, hehe...:)
kerana telah lulus ujian memandu di jalan raya pada 1 November 2010,  walaupun gagal
ujian di dalam litar, it's ok, it's alright. Aku akan cuba lagi.

Begitulah kehidupan, ada gembira, ada sedih...
Kita sebagai hambaNYA harus menerima dengan redha walaupun payah.
AL-FATIHAH untuk arwah ibu sahabat kami.....

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo