topbella
Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Nikmat Allah SWT...

Nampaknya aku berpeluang untuk mencoret sedikit hari ini.
Sebut pasal nikmat Allah SWT ni...
Subhanallah...
Tidak terhitung banyaknya...memang tak cukup kaki tangan untuk kiranya.
Cuma kita sebagai insan biasa yang sentiasa lupa dan alpa. Sentiasa lupa akan nikmat Allah SWT.
Tidak kira tanpa kita sedari atau kita menyedarinya.
Aku berpeluang diberi sedikit keinsafan tentang nikmat Allah SWT ini.
Sebelum ini, kita berjalan ke sana ke mari dengan lincah, tanpa ada sedikit rasa sakit pun.
Itu nikmat Allah SWT, tapi waktu tu mungkin kita tidak sedar kita sedang lalai dengan nikmat yang diberi olehNYA. Bila tuhan menguji kita dengan sedikit rasa sakit sehingga kita tidak dapat berjalan.
Ya Allah...betapa besarnya nikmat berjalan itu yang kita anggap tiada apa-apa sebelum ni.



Itu dari segi berjalan jer...dari segi makan minum, mendengar, melihat, ketawa, tersenyum dan pelbagai lagi la...memang tak terhitung dek jarinya kalu nak citer pasal nikmat Allah SWT ini.

Oleh itu...
Sama-samalah kita bersyukur dengan segala limpah nikmat dari kurnia Allah SWT ini.




Sunday, March 20, 2011

Kenapa begitu?

Dah lama tak menjelma di blog ni. Maklum la aku dah start keje...bila malam pulak...penat...tak larat nak update blog ni.
Aku nak citer pasal fenomena sekarang ni. Pasal tudung...
Sebab baru ni 2 hari lepas aku terfikir 1 soalan....
Kenapa ada sesetengah orang bertudung bila ke ofis...ke sekolah...ke kolej...?
Maksud aku tak bertudung sepenuhnya la. Kalau pergi jalan-jalan atau pergi mana-mana...diorang tak bertudung. Diorang akan bertudung untuk ke tempat kerja atau ke kolej je.
Aku terfikir kenapa diorang nak buat begitu?
Kenapa tak pakai tudung je walau ke mana pun?
Itu kan lebih baik.


Baru ni kan...budak ofis aku join company trip ke Hanoi. Bila diorang balik tu, aku tengok la gambar diorang sepanjang diorang kat sana.
Pendekkan cerita aku terkejut la jugak sebab tengok ada seorang budak ofis ni tidak bertudung. Padahal aku tengok dia kat ofis memang bertudung. Aku akui dia memang manis bertudung. Lagipun itu kan kewajipan kita sebagai seorang Islam.  Aku ingatkan dia memang bertudung full time. Tapi...tu la...
Sedih jugak aku bila tengok tu memang dia. Aku siap tanya lagi...sape orang ni. Dia cakap tu la dia. Ye ke? Dia cakap yer...akak memang tak bertudung bila kat luar. Pakai tudung time datang keje je.
Ooo...itulah jawapan aku. Nampak sangat lain. Aku memang tak cam tu dia.
Citer dah habis....
Dari dia cakap tu sampai la balik rumah, aku asyik terfikir je kenapa diorang boleh bertindak demikian. Aku nak tahu sebab musabab dia. Sebab aku takde jawapan untuk itu.
Adakah menutup aurat itu satu benda yang main-main?
Aku pun bukannya baik sangat tapi tu la alhamdulillah aku sentiasa diberi kesedaran oleh Allah swt untuk menutup aurat dengan lebih baik lagi.
Aku tak cakap orang tak bertudung ni jahat atau hati busuk. Sebab ada juga orang yang bertudung tapi hatinya busuk. Cuma pada aku walaupun dia jahat atau hatinya busuk...dia telah melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah swt iaitu menutup aurat. Cuma dari segi akhlak je sedikit masalah.
Kalau nak dianggarkan dari segi peratus, sekurang-kurangnya dia telah dapat 50% daripada 100%.
Sekarang ni ramai sangat yang macam tu. Sekejap bertudung sekejap tak. Contohnya...masa akad nikah bertudung tapi bila majlis resepsi...terbang segala tudung dan hijab. Suami pula bangga dapat menayangkan kejelitaan isteri kepada umum walhal itu haknya seorang. Tapi tu la...terlalu baik hati atau dayus...sampai ingin dikongsikan dengan orang ramai.
Apa jawapan orang yang bertudung 'on off'' ni yer...
Aku nak tahu la...
Pe yang aku baca kat surat khabar adalah...tunggu dulu...biar ikhlas bertudung...tak nak hipokrit menutup aurat.
Ikhlas? Anda rasa perlu ke rasa ikhlas sedangkan itu adalah arahan atau perintah dan peraturan Allah swt?
Anda ikhlas tak setiap kali tunggu traffic light warna merah? Kalau aku...tak ikhlas pun lagi-lagi bila kita nak cepat tapi aku tetap tunggu traffic light tu hijau baru jalan sebab itu satu arahan atau peraturan yang telah ditetapkan. Namun, lama-kelamaan keikhlasan itu datang sendiri.
Nak tunggu anda ikhlas dulu ke nak ikut perintah Allah swt?
Tepuk dada tanya iman...
Jangan ditanya pada selera kerana ikutkan selera semuanya nak tanpa kira halal atau haram.

Aku ada yang ingin dikongsikan... 







Friday, February 18, 2011

Hidup ini...


Aku baru je singgah ke blog kawan aku.
Bila baca entry dia kali ni, aku teringat diri aku yang dulu.
Lagi la aku teringat bila soalan pasal kerja tu.
Tapi...itu dulu.
Kini, aku dah mencuba sedaya upaya untuk berubah dan alhamdulillah...
Nak kata berjaya tu tidak la jugak tapi aku bersyukur kini aku mampu terima ujian yang Allah swt bagi padaku dengan redha. Bukan saja bersabar tapi redha.
Insyaallah...hidup kita pasti bahagia dan gembira jika kita hadapi ujian dan dugaan yang Allah swt berikan ini dengan penuh redha dan penuh kesyukuran.
Nanti ada jugak orang kata...giler ke nak bersyukur ketika ditimpa musibah.
Why not?
Mesti bersyukur sebab nasib baik Allah swt tak berikan musibah yang lagi buruk dari itu kan?
Itulah kita manusia. Selalu lupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Kita lupa yang kita tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan apa jua yang Allah swt berikan pada kita. Apa jua..
Yang kita selalu buat...
Kenapa aku tak dapat kerja? Kenapa orang lain dapat?
Kenapa aku tak kawin lagi? Kawan-kawan aku semua dah kahwin.
Kenapa aku tak dapat anak lagi? Orang lain dah ramai.
Kenapa aku tak dapat pakai kereta lagi? Kawan aku ramai dah pakai kereta.
Kenapa aku gemuk? Kawan aku tu kurus je.
Macam-macam lagi la soalan-soalan yang sebegitu rupa.
Tanpa sedar...kita telah mempersoalkan dan mempertikaikan apa yang Allah swt berikan pada kita.
Aku tak kata kepada sesiapa kerana aku dulu pun begitu.
Soalan-soalan sebegitulah yang selalu datang.
Tapi, alhamdulillah...Allah swt berikan aku kesedaran untuk berubah.
Alhamdulillah...aku telah berjaya sedikit.
Kita tiada hak untuk berbuat begitu sebab kita hanya hambaNYA. DIA adalah Pencipta kita.
DIA berhak buat apa saja kepada kita.
Jangan sesekali kita berprasangka buruk terhadap Allah swt.
Sebab Allah swt itu Maha Penyayang. Apa yang DIA aturkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun mungkin pada kita bukan yang terbaik.
Sebab Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Beprasangka baik lah pada Allah swt.
Aku masih belum dapat kerja....
Redhalah...mungkin ini yan terbaik untuk aku setakat ini.
Rezeki Allah swt itu luas...


Redhalah...
kerana dengan itu...hidup kita makin tenang...
Semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt di atas segala dugaan dan ujian ini.





Friday, January 21, 2011

Ayoub

Kali ni nak cerita pasal Ayoub.
Bukan siapa-siapa pun cuma pasal citer kat tv3 tu.
Semalam episod akhir. Sempat la aku tengok semalam.
Aku sebenarnya jarang tengok citer kat tv ni. Lagi-lagi la selera aku dan buah hati aku tu berlainan. Minatnya lebih kepada cerita luar Malaysia or omputih la senang citer. Aku pulak layan je selagi citer tu best kat deria aku.
Aku sebenarnya tak ikut pun citer Ayoub tu. Tapi ada la tengok 2 3 kali sepanjang citer tu kat tv.
Minggu ni aku tengok la cuma malam semalam je terlepas sebab ada hal. Aku suka tengok citer Ayoub ni walaupun aku jarang-jarang tengok. Aku suka sebab kisah dan jalan ceritanya. Mirip kisah Nabi Ayoub a.s kan?
Kesabarannya...Ketabahannya...Keimanannya...
Tetap teguh untuk Allah swt walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa hidupnya.
Namapaknya pelakon-pelakon tu semua berjaya menghidupkan watak dengan baik.hehe...tiba-tiba pulak jadi juri.
Ok, continue pasal citer Ayoub tu.



Ia betul-betul berkesan kat jiwa aku ni. Terfikir juga aku, kalau dugaan begitu yang menimpa aku, mampukah aku menerimanya dengan redha. Ya Allah...begitu banyaknya dosaku kepadaMu. Begitu alpa aku kepadaMu sebagai hambaMu yang perlu mengingatiMu setiap masa. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah swt. Iman kita begitu nipis umpama senipis kulit bawang. Lagi-lagi la kita umat di akhir zaman. Apakah penyebab yang menyebabkan kita tersungkur di kaki si syaitan durjana itu. Godaan syaitan yang kuat atau iman kita yang lemah? Ya Allah....lindungilah kami semua daripada syaitan durjana itu.
Begitu banyak pengajaran yang terdapat dalam cerita Ayoub itu. Ada juga watak jahatnya tapi kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran yang dikurniakan Allah swt perlulah memilih mana yang baik untuk dijadikan ikutan dan jauhkanlah apa yang tidak baik itu.
Pada aku inilah pengajarannya dalam citer Ayoub ni...
Jadilah seorang pemberi kepada sesiapa pun. Tanamkanlah sifat bersedekah di dalam diri kita. Ringankanlah tangan kita untuk membantu sesiapa saja yang di dalam kesusahan. Percayalah, sifat sedekah itu cukup hebat. Dengan sedekah, umur seseorang itu akan panjang dengan diizinkan Allah swt. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah kepada ahli keluarga kita. So, jangan kedekut lagi dengan mama daddy dan adik kakak korang yer.
Sabar dan redhalah dengan apa yang menimpa kita. Kenapa sabar dan redha itu perlu sekali? Sebab dengan sabar saja kita takkan mampu bertahan sampai ke akhirnya. Pernah dengar kan orang kata...sabar itu ada tahapnya. Sebab tu kita perlu sabar dan redha. Sebab redha itu kita menerima apa saja tanpa keluh resah. Redha tiada masa seperti sabar yang perlu menunggu masa untuk meletus bila tiba masanya. Ayoub begitu sabar dan redha dengan ujian yang dihadapinya. Hartanya hilang, anak-anaknya tiada, mak nye meninggal dunia, isterinya jauh daripadanya. Tapi, dia tak pernah gusar sebab dia tahu Allah swt sentiasa ada. Tidak pernah tinggalkannya walaupun sesaat. Cinta Allah swt itu hakiki. Membawa kita ke syurga.
Beribadat hingga ke mati. Apa yang aku tengok dalam citer Ayoub ni begitu menyentuh hati. Walaupun sakit yang amat sangat, tidak mampu berdiri dengan sempurna, badan yang dipenuhi darah dan luka tapi dia tetap tegar beribadat kepada Allah swt. Mampu ke kita menjadi begitu? Ada orang sakit kepala sikit dah tak leh sembahyang. Demam sikit dah tak sembahyang. Sakit kaki dah tak sembahyang. Ya Allah...begitu lalainya kami dalam menunaikan tanggungjawab kepadaMu. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Hmm...panjang dah ni. Betul la ckap suami aku. Aku ni kalai bercerita, panjang lebar dibuatnya.hehe...
Ok, kalau sape-sape nak tengok citer tu singgah la kat website tv3 tu. Ada kot. Ambil la iktibar daripada cerita tu. Ada satu lagi nak tambah...walau apa pun yang kita buat, baik atau jahat...pasti ada balasannya.
Okeh...meh kita sama-sama pakat upgrade iman kita.
Cepat!!! Masa terhad.
Mungkin 1 saat lepas ni kita akan meninggalkan dunia ini.
Ayuh!!!

Saturday, January 15, 2011

Islamic Komik

Sebut pasal komik ni, pasti ramai peminat komik ni.
Tak kira la komik apa pun, manga ke... yang pasti komik.
Suami aku pun suka baca komik. One Piece la favourite dia. Aku lalu kut depan dia pun dia tak perasan. Aku tak hairan sebab memang macam tu la dia kalau tengah membaca. 100% fokus. Tak kira la baca apa pun...walaupun baca surat khabar yang dah berkurun lamanya.
Kawan aku pun ada juga yag suka baca komik ni, Aini nama dia. Jarang nak jumpa perempuan yang suka komik ni. Antara yang pernah dia baca adalah Hetalia. Aku pun tak tahu apa kebendanya Hetalia tu. Korang cari la sendiri ek.
Biasanya selalu baca kut online la.
Aku pun pernah baca gak komik ni, layan gitu je la. Komik Anak-anak Sidek.hahaha...
Masa aku sekolah rendah dulu, selalu juga la baca komik Anak-anak Sidek ni. Best kan?
Tapi, tu la...sekarang dah takde dah komik Anak-anak Sidek ni. Sedih...:(
Kali ni aku nak citer pasal Islamic Komic. Komik ini menyampaikan mesej tentang agama Islam.
Aku baru je jumpa web ini...so, nak kongsi la kan...sebab sekarang ni payah nak cari komik yang sebegini. Selalunya kita dihidangkan dengan komik yang kartunnya seksi-seksi. Kartun pun seksi wei...
Sebab tu budak sekarang semua tahu walaupun baru berusia 6 tahun.
Aku pernah baca dalam surat khabar tentang kerisauan seorang ayah kerana kartun yang seksi ni.
Tak tahu la berkaitan ke tak kartun dan komik ni. Takpe la kan...dah blog aku. Suka hati aku la kan...hehe...
Sambung citer kepada si bapa tadi...masa dia berjalan-jalan dengan anak dia, anak dia ni berhenti kat kedai  yang jual barangan kartun ni la. Alangkah terkejut bapa tadi sebab ada kartun perempuan yang teramat seksi.
Ada juga kartun lelaki. Terkejut bapa tadi bila si anak bercerita pasal kartun tu.
Ok...sekarang ni..jom kita layan komik ke arah Islam pula yer...

Tajuknya Mengumpat Pensyarah

Ai...aku dulu pun pernah gak mengumapt pensyarah ni. Tapi, sebelum habis belajar tu dah pergi mintak maaf dah. Entah la...nak kata mengumpat pun tak juga. Cuma melahirkan rasa tidak puas hati. Sebab tidak dinafikan ada pensyarah yang tidak menjalankan tugasnya dengan betul. Sebab aku pernah jumpa pensyarah macam tu...Tengok...mengata lagi...Asatafirullah...KAU jauhkanlah aku dari sifat mazmummah...AMINN...
Mungkin di sinilah berperanan komik yang sebegini sebab kita akan tersedar bila baca kata-kata dalam komik ini.

Mengintip Couple  
Kita sentiasa lupa akan kehadiran Raqib dan Atid di sisi kita pada setiap masa. Kita lupa ada yang mencatat segala kebaikan dan kejahtan yang kita buat.




Komik di atas menceritakan pasal aurat. Ada yang bangga bila tidak menutup aurat. Ada juga yang kata, belum tiba masanya lagi nak tutup aurat, kena ikhlas dulu...bukannya boleh paksa-paksa.
Tapi, pernahkah kita fikir itu satu tanggungjawab atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Sebagai contoh, JPJ dan POLIS akan saman sesiapa saja yang melanggar lampu isyarat yang berwarna merah. Sebab merah itu tanda berhenti. So, sesiapa yang bergerak juga walaupun merah, ia akan disaman. Sebab itu sudah peraturannya. Pernah dengar ke ada orang cakap, nape saman saya?saya tak ikhlas lagi nak berhenti bila lampu isyarat merah. Kalau ada yang jawab begitu, memang orang tu bangang la kan.
Begitu juga dengan menutup aurat. Itu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Tapi, hambaNYA begitu berani untuk melanggar peraaturan itu. Siap cakap  nak tunggu keihklasan itu datang sendiri. Wajarkah sikap kita begitu sebagai hambaNYA yangs erba kekurangan?

Okeh...sesiapa yang nak baca lebih banyak lagi komik yang seperti ini. Ini sumbernya...http://dakwah.info/komik/

Marilah kita bersama-sama membaiki diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Kita hidup di duniaini hanya sekejap saja. Ntah bila kita akan meninggalkan apa yang kita ada sekarang.

Sumber komik di dalam blog ini adalah dari http://dakwah.info/komik/

Thursday, January 6, 2011

Kau, tulang rusukku...

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA 

           dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah 
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI    : Apa khabar?
WANITA    : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang

            hilang?
LELAKI    : Belum.
WANITA    : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
            berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon
                            saya kalau kamu berkesempatanKamu tahu nombor  
            telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, 
Apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? 
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1699.msg190223;topicseen#new

*****


Ini hanya sebuah satu perkongsian daripada aku.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita itu.
Lelaki mempunyai 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. 
Lelaki itu sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.
Allah swt kurniakan lelaki dengan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional, tidak mudah tersinggung. Tidak seperti wanita yang cepat emosi, mudah tersinggung dan selalu menggunakan perasaan berbanding akalnya. Jika lelaki memanfaatkan kekuatan akal ini dengan sebaik-baiknya dan ditambah pula kesabaran, sudah pasti suami akan menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik yang hebat untuk anak dan isterinya. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Lelaki itu adalah makhluk yang banyak menggunakan akal 
(9 akal + 1 nafsu)
Wanita pula makhluk yang banyak menggunkana emosi. 
(9 nafsu + 1 akal)
Sebab itulah Allah swt meletakkan wanita di bawah penguasaan seorang lelaki.
Untuk memandu dan mendidik wanita supaya tidak terlalu ikut perasaan.
Bagi mendidiknya dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Kerana ia terjadi dari tulang rusuk yang bengkok.
Kalau terlalu kasar dalam membetulkannya, tulang rusuk akan patah.
Kalau tidak dibetulkan, tulang rusuk akan terus bengkok.
Untuk menghadapi kareneh wanita itu bukan senang. Sebab itulah lelaki perlu menggunakan akalnya untuk menghadapi kerenah wanita ini.
Nak atau tidak, suami terpaksa belajar sedikit sebanyk ilmu psikologi wanita dan memenuhkan dada dengan ilmu agama. Barulah dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dan menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Ceh...macam ahli psikologi la plak.
Fikir-fikirkanlah wahai kaum Adam...
Sudahkah anda mendidik tulang rusukmu sebaiknya?


Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia!!!

Fuyoooo!!!!!!!!
Malaysia menang bro....hehe...
Akhirnya penantian selama 14 tahun ini membuahkan hasil yang cukup manis.
Malaysia adalah juara baru bagi Piala Suzuki AFF bagi tahun 2010.
Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Malaysia mencipta sejarah yang tersendiri apabila berjaya menjadi 
juara buat kali pertama bagi Piala Suzuki AFF.
Negara yang pernah menjadi juara adalah Thailand, Singapura dan juga Vietnam.

picture from metro online 

Malaysia memang hebat bermain malam tadi.
Penjaga gol kita, Khairul Fahmi memang penjaga gol yang terbaik.
Terkena pancaran laser pun tetap mantap menahan bola dari memasuki jaring.
Ternyata, Khairul fahmi tidak selembik Markus.
Hahaha....
Ada ke patut sebab pancaran laser tu dijadikan sebab yang mereka kalah 3-0 di Bukit Jalil baru-baru ni.
Ntah apa-apa la Markus ni.
Tengok Harimau kita...
Terkena pancaran laser pun tetap hebat. 
Sepakan penalti pun mampu tangkap dengan mantap
Rugi betul Garuda semalam...sepakan penalti tak berhasil.
Amik ko...jangan main-main tau dengan Harimau Malaya ni.
Pancaran laser tu yang bagi kekuatan yang lagi hebat tau.
Sorry ye Markus.hehe....

picture from kosmo online



Aku tengok kat rumah je malam tadi.
Cemas dan mendebarkan permainan semalam.
Tapi, gembira sebab Malaysia menang.
Garuda hilang kepak semalam. Harimau Malaya pula baru tunjuk taring.

Ucapan tahniah diberikan kepada
skuad bola sepak negara di atas kemenangan malam tadi.
Tambahan pula, penyerang kebangsaan kita, Mohd. Safee Mohd. Sali membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee dan trofi yang dimenanginya.


picture from kosmo online

Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak. Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951). Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia.
Quote from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Kemenangan Malaysia amat bermakna walaupun terlalu banyak insiden yang berlaku di Indonesia. Antaranya mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Harimau Malaya.
Sedih sungguh dengan sikap penyokong Indonesia.
Tidak pandai langsung melayan tetamu yang datang.
Bila dah kalah tu, suka je nak salahkan orang lain. Laser punca Garuda kalah.
Cakap ada serbuk la kat gol Markus.
Cakap badan Markus gatal-gatal la lepas buat latihan kat Bukit Jalil.
Alahai...memang la gatal kalau tak mandi lepas buat latihan. Kat padang rumput pulak tu.
Kalau dah kalah tu, terimalah kekalahan itu dengan redha.
Dah la kalah, kalah dengan tidak bermarauh pulak tu. 
Kesian kat Garuda....
Nak kata laser punca kekalahan, 
Khairul Fhami pun kena laser gak, leh je tahan bola dari sepakan penalti tu.
Kalau dah memang hebat, bagilah laser ke, botol air ke, serbuk ke, tetap akan menang.
Jangan cari alasan di atas kesalahan orang lain untuk kekalahan anda.

Malaysia memang hebat dan tidak dapat dipertikaiakn lagi.
Semoga skuad bola sepak Malaysia akan terusakn persembahan yang hebat untuk di masa hadapan.

TAHNIAH MALAYSIA!!!





Wednesday, November 10, 2010

Kisah Isteri Derhaka

Kisah ini saya dapat ketika saya membaca di laman web halaqah. Kisah ini dipostkan oleh Ummi Munaliza. Ummi mengatakan kisah ini dipetik daripada sebuah laman web.
Tujuan aku berkongsi cerita ini supaya kita sama-sama dapat mengambilnya sebagai ikhtibar, pengajaran dan pedoman di dalam hidup kita.
Kisah ini betul-betul menyentuh hati tika saya membacanya. 
Sebagai isteri, kita boleh mengambilnya sebagai ikhtibar. 
 Kepada bakal isteri pula, jadikan ia sebagai pedoman.
Kepada isteri yang derhaka dan menduakan suami anda, insaf dan bertaubatlah
selagi nyawa masih dikandung badan. Selagi pintu taubat masih terbuka.
Kisahnya...layannnnn...

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.
Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. 
 Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
 
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan.
Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
  Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya.
Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
  Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang.
Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya.
Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu,
Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
 ” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim.
Itulah yang menghairankan Halim.
  Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit
dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.
Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu.
Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

 Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus.Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa.
Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
  Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.
Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah.
Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. 
Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia. Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain.
Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil.
Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut. Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan.
Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya.
Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
  
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu.
Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia.
Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak.
Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya.
Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
  Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan, racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
  Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik.
Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil. Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul.
Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu.
Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka".
 
........................................

Bagaimana?Cukup menginsafkan, kan?
Fenomena sekarang begitu banyak kisah-kisah isteri yang curang dan 'makan luar'.
Kalau dulu, begitu payah untuk mendapat kisah isteri curang tetapi sekarang....
Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah ini.
Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi isteri solehah.
Walaupun sukar untuk menjadi isteri solehah tapi sekurang-kurangnya niat dan usaha kita sentiasa ada untuk menjadi isteri solehah.
Wallahualam...

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo