topbella

Friday, February 18, 2011

Hidup ini...


Aku baru je singgah ke blog kawan aku.
Bila baca entry dia kali ni, aku teringat diri aku yang dulu.
Lagi la aku teringat bila soalan pasal kerja tu.
Tapi...itu dulu.
Kini, aku dah mencuba sedaya upaya untuk berubah dan alhamdulillah...
Nak kata berjaya tu tidak la jugak tapi aku bersyukur kini aku mampu terima ujian yang Allah swt bagi padaku dengan redha. Bukan saja bersabar tapi redha.
Insyaallah...hidup kita pasti bahagia dan gembira jika kita hadapi ujian dan dugaan yang Allah swt berikan ini dengan penuh redha dan penuh kesyukuran.
Nanti ada jugak orang kata...giler ke nak bersyukur ketika ditimpa musibah.
Why not?
Mesti bersyukur sebab nasib baik Allah swt tak berikan musibah yang lagi buruk dari itu kan?
Itulah kita manusia. Selalu lupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Kita lupa yang kita tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan apa jua yang Allah swt berikan pada kita. Apa jua..
Yang kita selalu buat...
Kenapa aku tak dapat kerja? Kenapa orang lain dapat?
Kenapa aku tak kawin lagi? Kawan-kawan aku semua dah kahwin.
Kenapa aku tak dapat anak lagi? Orang lain dah ramai.
Kenapa aku tak dapat pakai kereta lagi? Kawan aku ramai dah pakai kereta.
Kenapa aku gemuk? Kawan aku tu kurus je.
Macam-macam lagi la soalan-soalan yang sebegitu rupa.
Tanpa sedar...kita telah mempersoalkan dan mempertikaikan apa yang Allah swt berikan pada kita.
Aku tak kata kepada sesiapa kerana aku dulu pun begitu.
Soalan-soalan sebegitulah yang selalu datang.
Tapi, alhamdulillah...Allah swt berikan aku kesedaran untuk berubah.
Alhamdulillah...aku telah berjaya sedikit.
Kita tiada hak untuk berbuat begitu sebab kita hanya hambaNYA. DIA adalah Pencipta kita.
DIA berhak buat apa saja kepada kita.
Jangan sesekali kita berprasangka buruk terhadap Allah swt.
Sebab Allah swt itu Maha Penyayang. Apa yang DIA aturkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun mungkin pada kita bukan yang terbaik.
Sebab Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Beprasangka baik lah pada Allah swt.
Aku masih belum dapat kerja....
Redhalah...mungkin ini yan terbaik untuk aku setakat ini.
Rezeki Allah swt itu luas...


Redhalah...
kerana dengan itu...hidup kita makin tenang...
Semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt di atas segala dugaan dan ujian ini.





Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua...
Aku sekarang berada di dalam mood yang amat malas.
Aku pun tak tahu kenapa...
cuma sejak aku hamil ni...malas tu memang selalu ada.
Kadang-kadang berjaya atasi...kadang-kadang terlingkup dek malas.


Walaupun dah terlewat...
Aku nak jugak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam...
Semoga dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini akan mengingatkan kita akan jasa-jasa baginda dalam menyebarkan syiar Islam. Semoga kita juga ingat dan amalkan sunnah-sunnah baginda dengan istiqomah.
Semoga kita akan menjadi umat yang soleh dan solehah. Semoga menjadi umat yang sentiasa mengingati Rasulnya. Semoga akhlak-akhlak baginda menjadi ikutan kita.
Rasulullah SAW adalah ikon yang terbaik di dunia ini.




Saturday, February 12, 2011

Anti Hari Valentine


Aku pasti ramai yang tahu tentang Hari Valentine yang akan disambut setiap kali datangnya 14 Februari.
Kadang kala ia bagaikan satu kegilaan atau kemestian kepada para remaja sekarang.
Semuanya sudah dirancang apa yang hendak dibuat tika hari itu tiba.
Yang aku hairannya...ia juga menjadi satu kemestian untuk menyambutnya di kalangan orang Islam sendiri.
Aku terlalu kecewa untuk itu.
Kepada semua umat Islam semua...adakah anda pasti Hari Valentine itu ada dalam ajaran Islam yang sebenarnya?



Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa
perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi ampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama nashrani bersama 46 kerabatnya.”
Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama Tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.”
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “Dengan nama Tuhan Ibu” dengan kalimat “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.
Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, Tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, Tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab Tuhan-Tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya Tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya merupakan lambang Tuhan cinta bagi orang-orang Romawi.

Sumber : http://isrona.wordpress.com/2007/02/18/sejarah-hari-valentine/ 

Ini pula asal muasal Hari Valentine...

Perayaan hari Valentine termasuk salah satu hari raya bangsa Romawi paganis (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah agama mereka semenjak lebih dari 17 abad silam. Perayaan valentin tersebut merupakan ungkapan dalam agama paganis Romawi kecintaan terhadap sesembahan mereka.

Perayaan Valentine's Day memiliki akar sejarah berupa beberapa kisah yang turun-temurun pada bangsa Romawi dan kaum Nasrani pewaris mereka. Kisah yang paling masyhur tentang asal-muasalnya adalah bahwa bangsa Romawi dahulu meyakini bahwa Romulus (pendiri kota Roma) disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fisik dan kecerdasan pikiran. Bangsa Romawi memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan peringatan yang megah. Di antara ritualnya adalah menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang kuat fisiknya. Kemudian keduanya mencuci darah itu dengan susu. Setelah itu dimulailah pawai besar dengan kedua pemuda tadi di depan rombongan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Romawi sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, karena meyakini dengan itu mereka akan dikurniai kesuburan dan melahirkan dengan mudah.

Sumber : http://ugiq.blogspot.com/2010/01/sejarah-hari-valentine-mitos-valentine.html 

Berdasarkan apa yang tertulis di atas, anda rasa apa yang patut anda buat?
Menyambutnya atau tidak?
Adakah anda Islam atau tidak?
Kalau anda Islam, anda pasti tahu apa yang patut dibuat...
Kepada agama lain...terpulang kepada pegangan masing-masing.
Janganlah mengagungkan ajaran agama lain yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebab ajaran Islam sudah terlalu baik untuk kita.
Islam adalah jalan yang benar lagi nyata.
Islam itu perfect!!! 



Friday, February 11, 2011

Kenapa ramai yang bercerai?


Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi dari setahun ke setahun.
Tu hakikatnya...
Kenapa ramai yang bercerai yer?
Apakah faktor-faktornya?
Rasanya banyak rancangan temu bual kat tv yang membincangkan topik ini.
Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai?
Entah...no comment.
Kalau aku, aku nak sebuah perkahwinan itu kekal di dunia dan akhirat.
Di kalangan artis begitu banyak kes-kes seperti ini.
Di kalangan orang ramai seperti kita yang tak dikenali pun ramai yang bercerai tapi tak dihebohkan seperti artis la kan. Tapi, kita boleh baca kes-kes seperti ini kat surat khabar.
Kenapa ramai yang bercerai?


Faktor-faktor kat bawah ni adalah pemikiran aku semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.
1. Kurangnya kesedaran tanggungjawab terhadap Allah swt, ibubapa, isteri dan anak-anak.
2. Masing-masing nak ada kehidupan luar walaupun dah berkahwin. Ye...kita perlukan kawan walaupun dah berkahwin. Tapi, kenapa harus kita mencari kawan yang berlainan jantina dengan kita?  Bukan ke mencari bala namanya tu? Kalau ada juga lah yang berkawan dengan berlainan jantina ni. Kenapa tak perkenalkan kepada suami atau isteri?
3. Kurangnya rasa cemburu di kalangan suami isteri. Cemburu itu perlu k tapi jangan melampau. Dalam Islam seorang suami atau isteri wajib cemburu. Cemburu yang bagaimana diwajibkan? Seorang suami wajib cemburu apabila isterinya dilihat berbual mesra dengan lelaki yang bukan muhrim baginya. Kalau sekarang ni, susah rasanya suami nak cemburu yer. Kalau tak, takkan la kita tengok kat tv tu, isteri orang berlakon adegan pegang-pegang tangan dengan suami orang. Itu semua lakonan katanya. Lakonan? Hello, dia tu isteri you. You bayar mahal-mahal, terketar-ketar pegang tangan tok kadi untuk dapatkan dia. Si isteri pun sama, masih kurang cemburunya. Kalau si suami bercakap lemah lembut dan bergurau senda dengan wanita lain pun takpe. Kawan katanya. Bukan ada hubungan sulit. Sedar atau tidak kita sedang memberi ruang kepada sebuah penceraian di dalam rumahtangga kita.


4. Ambil mudah perkara yang remeh temeh. Kalau masa bercinta, selalu tanya you sihat ke?dah makan ke? Tapi, bila dah jadi suami isteri, berat mulut rasanya nak tanya soalan-soalan macam tu lagi. Kenapa tak tanya macam zaman bercinta dulu? Yup...nampak remeh tapi tu tanda ambil berat.

Sebenarnya terlalu banyak sebab untuk bercerai itu. Ada orang ketiga, masalah kewangan dan macam-macam lagi la.
Kita mesti ingat akan sejarah. Tak kira la sejarah apa pun. Sejarah negara ke, sejarah diri sendiri ke, sejarah ape-ape je la. barulah kita akan menjadi seorang yang tidak lupa diri. Cuba fikir... 
Kenapa nak bercerai? Kenapa dulu, dia yang anda pilih untuk berkahwin? Apa sebabnya?
Kalau anda berkahwin sebab dia kaya, memang akan berlaku penceraian kalau dia jatuh miskin.
Kalau anda berkahwin sebab dia hensem, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah hodoh.
Kalau anda berkahwin sebab dia penyayang dan penyabar, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah bertukar sikap kepada panas baran.
Jangan lupa manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Berkahwinlah kerana Allah swt, kerana agama. Insyaallah, kita akan berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau sesiapa berkahwin di atas beberapa sebab, masih sempat untuk mengubah niat itu kerana Allah swt. Dengan siapa pun yang Allah swt jodohkan dengan kita, ingat itu yang terbaik untuk kita. Tiada lagi yang terbaik untuk kita selain yang Allah swt jodohkan itu. Walaupun kita ada dengar orang cakap...You tak sesuai la dengan dia. Hello...siapa dia untuk tentukan sesuai atau tidak.
Jaga rumah tangga masing-masing.
Jangan biarkan orang lain memasuki rumah tangga kita. Sembunyi atau terang-terangan. Kenapa ada sembunyi? Sebab ramai yang ada Facebook, MySpace dan sebagainya.
Jangan lupa Facebook penyebab banyak rumah tangga yang runtuh. Sebab tu kot sampai sekarang aku dan suami masih belum ada akaun Facebook.
Cuba beri yang terbaik untuk pasangan.
Bercintalah hingga ke akhirat dengan suami atau isteri anda. Percintaan yang paling manis adalah percintaan di alam rumah tangga.




Tuesday, February 8, 2011

Aku Hamil!!!


Khabar gembira yang aku nak sambung semalam tu adalah
AKU HAMIL!!!

Syukur sangat-sangat pada Allah SWT kerana mengizinkan aku untuk bergelar seorang ibu.
Insyaallah... 
Aku dan suami aku sangat gembira dan bersyukur di atas kegembiraan ini.
Maklum la dah 1 tahun 1 bulan 1 minggu dan 4 hari kami berkahwin, barulah aku hamil.
Dah lama dah tunggu saat-saat ni.
Dan kami sangat-sangat gembira tentang berita ini.
Sehinggakan aku mengalirkan airmata saat aku tahu keputusan ujian tu. Tak tahu nak cakap apa. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kecuali rasa syukur yang amat sangat pada Allah SWT. Barulah aku faham apa ertinya tangisan gembira. Sebab masa aku kahwin dulu pun, takde la pulak aku menangis kegembiraan walaupun aku gembira.
Tapi, bila tahu aku hamil ni aku mengalirkan airmata kegembiraan.
Aku tak sangka yang aku hamil walaupun aku selalu berangan begitu kalau period aku lambat.
Sebab aku dah hamil...so, aku gunakanlah internet ni untuk mencari info tentang amalan ketika ibu mengandung ni. So, aku ingin kongsikan di sini ye...
 Bacalah doa di bawah ini setiap masa tidak kira masa dan dimana kita berada yer...

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam kandunganku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, sempurnakan dia yang ada dikandunganku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Ok...
Tu je untuk kali ni yer...
Banyak lagi amalan-amalan lain untuk ibu mengandung tapi nanti kang panjang berjela pulak aku punya entri kali ni kan. So, cukup la yang tu.


Monday, February 7, 2011

No Idea


Tak de idea sebenarnya ni.
Layan je la...huhuhu...
Kita sekarang dah bulan Februari dalam tahun 2011.
Masih ingat lagi akan azam anda yang ditanam tika awal tahun baru ni? Adakah sudah hambar atau masih hangat seperti mana masuknya tahun baru?
Aku pulak takde azam yang tertentu cuma berharap tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.
Alhamdulillah...tahun 2011 membuka lembaran baru buat aku.
Banyak yang terjadi di dalam kehidupan kami suami isteri sejak di awal tahun 2011 lagi.
Di awal tahun 2011 aku berjaya dapatkan lesen kereta yang bertangguh sejk pertengahan tahun 2010 lagi. Alhamdulillah...leh la aku pusing-pusing dengan kereta kan lepas ni.
Gembira sangat dapat lesen kereta tu. Walaupun kena repeat kan. Masa tu aku fail untuk ujian 3 penjuru. Aku pernah citer kat dalam blog ni dulu.
Lepas tu untuk bulan Januari di tahun 2011 juga, kami membaut keputusan untuk berhijrah ke Selangor. Suami aku ambil keputusan untuk berhenti kerja kat Johor. Aku ikut saja ke mana suamiku pergi. Akhirnya kami kat Puchong la sekarang ni. Alhamdulillah....
Aku masih belum dapat kerja lagi. Ada juga pergi cari dan interview tapi Allah swt masih belum tentukan aku untuk bekerja. Takpe la. Apa yang Allah swt aturkan untuk aku adalah yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Aku juga sudah belajar untuk menerima apa pun ujian untukku. Kalau dulu, aku juga sering bermuram durja sebab tak dapat kerja. Sekarang ni aku makin menerima apa yang Allah swt berikan untukku. Untuk apa aku bermuram durja sebab aku hamba yang selalu lalai. Kiranya aku perlu sangat bersyukur sebab Allah swt masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah....
Dan untuk Februari 2011...
Aku juga ada khabar gembira...
Alhamdulillah...syukur yang amat sangat pada Allah swt.
Apa dia khabar gembira tu?
Sambung esok la ek...




Saturday, February 5, 2011

Baca Quran Pakai Speaker


Kali ni kita citer pasal bacaan Al-Quran ataupun wirid dengan menggunakan speaker sebelum menunggu waktu masuknya azan. Rasanya banyak masjid yang buat macam ni. Masa aku duk kat Johor dulu pun macam tu. Kalau bulan puasa, lagi awal dibaca Quran dan berhenti bila masuknya waktu berbuka. Aku ada baca tentang ni di blog Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ataupun drmaza.com. Aku ingin kongsikannya di blog aku ni. Sebab aku pun baru tahu tentang ni. Baca la yer...

Sumber : http://smma59.files.wordpress.com/2007/12/7140728.jpg 

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.
Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik.
Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. 
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”.
( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.




Wednesday, February 2, 2011

Aku Benci...


Aku benci bila aku dikuasai perasaan...
Aku benci bila akal aku pendek...
   Aku benci bila syaitan menguasai hati dan minda aku...
Aku benci bila aku tak dapat kawal perasaan marah aku...
Aku benci bila aku menangis...
Aku benci bila aku tak dapat bersabar...
Aku benci bila emosi aku melebihi akal aku...sebab aku akan buat perkara yang aku tak terfikir pun aku akan buat. Contohnya kurang ajar dan tak menghormati orang lain.
Aku benci bila terjadinya begitu. Nampak jiwa aku yang lemah. Nampak yang syaitan telah berjaya menguasai aku. Nampak syaitan sedang tersengih dengan bangga.
BENCI!!!
Aku benci bila aku alpa dan lalai akan Penciptaku.
Aku benci bila aku berada di persimpangan...
Aku benci bila terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan...


Aku benci bila aku kalah dengan perasaan aku sendiri...
Aku benci bila aku rasa kecewa...
Aku benci bila aku moody tanpa sebab...

Argh!!!
Tak suka dengan perasaan benci ni tau tak?
Perasaan negatif.
Penuh dengan warna hitam dan tidak ceria kalau perasaan ini wujud.
Ya Allah...tolonglah hambaMu ini. Lindungilah aku dari syaitan durjana. Yang tak pernah puas-puas untuk menghasut aku dan menjahanamkan aku dari pelbagai cara. Yang tak pernah putus asa untuk melalaikan aku daripadaMu. Yang sentiasa meniup api untuk memecah belahkan rumahtangga kami. Yang sentiasa mengipas aku untuk rasa kecewa. Itu semua kerja syaitan durjana. Iman aku masih belum mantap untuk melawannya. Adakala aku tersungkur di atas hasutannya yang membawa aku lalai pada Yang Esa.
Lindungilah aku dari itu semua. Aku selalu berusha ke arah itu walaupun aku sering gagal dan memohon ampun padaMu di atas segala dosa-dosaku.
Selamatkanlah aku Ya Allah....
Yang Maha Pengasih...
Yang Maha Pengampun...ampunkan dosa-dosaku.

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo