topbella

Friday, October 29, 2010

Tarikan wanita


Tarikan wanita memang hebat.
Mata seorang lelaki akan terus memandang kepada seorang wanita.
Ada yang memandang kerana tarikan yang disebabkan kecantikan raut wajah, keseksian tubuh badan atau pemakaian ataupun lenggang lenggok si wanita berjalan.
Teringat peristiwa ketika aku dan suamiku menghadiri majlis perkahwinan kawan suamiku
di Kota Tinggi hujung minggu lepas. 
Si lelaki memandang si wanita dari jauh lagi, aku sendiri pelik kenapa
hendak melihat wanita lain sedangkan sudah beristeri.
Kalutnya dia apabila suamiku mengatakan isterinya datang.
Mungkin inilah dinamakan tarikan wanita tanpa mengira seseorang itu 
sudah berkahwin ataupun tidak.
Selepas itu, aku terpandang pula si teruna yang masih belum berkahwin sedang asyik
melihat tubuh si wanita yang berbaju jarang. 
Aku tak pasti si wanita tadi sudah berkahwin ke belum.
Wahai wanita, mengapa didedahkan tubuh anda untuk santapan mata lelaki
atau anda sedang cuba menarik menarik perhatian lelaki?
atau lelaki yang semenangnya mudah tertarik kepada anda?

 Itu tarikan wanita di dunia, ia sesuatu yang mengasyikkan dan menyeronokkan bagi si mata lelaki.
Sekarang aku nak kongsikan tarikan wanita di akhirat kelak.
Kalau di dunia, rasanya semua golongan lelaki akan tertarik kepada wanita
tak kira muda atau tua, berkahwin atau bujang.
Tapi, kalau di akhirat nanti terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan apabila lelaki
ditarik wanita seperti di dunia, kerana ini ditarik ke neraka.
Mereka itu adalah:
Ayahnya
Apabila seorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. 
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.  
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?menutup aurat?pengetahuan agama?
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
 
Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.  
(p
/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 
Keluarga yang sakinah
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
Adik-adk perempuannya yang menjadi tanggungjawab abangnya
Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. 
Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.  
(p/s; Duhai anak-anak lelaki...sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa...
keran ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa. 
Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak,
kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)  
 
Lihatlah.....
Betapa hebatnya tarikan wanita.
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.  
 
Azab api neraka itu maha hebat

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

 
 p/s: Ambillah ikhtibar dari petikan ini. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi petikan ini kepadaku.
Sesunggunhnya azab api neraka itu maha hebat. Sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain kerana manusia itu mudah lupa. Bukan hanya Melayu sahaja. 
Selagi ia digelar manusia, selagi itulah sifat lupa adalah dekat dengannya. Tanpa mengira seseorang itu adalah Melayu, Cina. India atau apa bangsa sekalipun.

Tuesday, October 26, 2010

Terengganu Kite!!!

 Aku ada sebuah kisah yang ingin dikongsikan bersama.
Aku dapat cerita ini daripada suami aku yang menghantar email kepadaku.
Kisah ini buat aku tergelak sorang-sorang ketika membacanya.
Aku harap kisah ini mampu menceriakan hidup kepada yang membacanya.
Kepada sesiapa yang tidak faham akan cerita ini,
aku mintak maaf sebab cerita ini di dalam loghat Terengganu.
Kita kan 1 Malaysia...pelbagai bahasa ada di Malaysia, pelbagai loghat yang dpertuturkan oleh rakyat Malaysia. 
Kisanya adalah KISAH AMING G SEJID 


Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . 
Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising bango. 
Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak,  mesti dok kusuk semayang.
Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale,  baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. 
Nok buwak gane , budok dua  taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale.
Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. 
Panda ye jawak “Aming  uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”.
Uhh,  jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang Jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.
 Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang.
Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .
Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..
 Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. 
Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” 
Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.
 Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit.
Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang.
 Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia.
Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih. 
Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat  abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. 
Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. 
Ye kejut ke mate sembul ayoh dia, Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. 
Ayoh dia saoung  slow-slow  “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”
Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”.
Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”.
Ye kejut, watpe semua orang kata Aming. 
Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh?”
Tok Imang  bace doa. Makmung jawab aminggggg.
Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg...
muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. 
Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”.
Tok  Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang,
kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. 
Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan.
Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi  jerba ke ayoh dia.
Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing.
Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang  sof.

Saturday, October 23, 2010

Sushi King

Sushi King!!!


Aku tahu di luar sana ramai peminat sushi.
Peminat sushi terdiri daripada pelbagai golongan.
Ada orang dewasa, kanak-kanak, orang Islam dan bukan orang Islam.
Nampaknya, apa yang aku nak perkatakan ini mendatangkan
kekecewaan atau kesedihan di kalangan peminat sushi yang beragama Islam.
Tapi, apalah nak disedihkan...bak kata suamiku
sushi bukan makanan ruji kita pun...
dah tahu tak halal jangan la di makan lagi.
Aku ada terbaca aduan tentang Sushi King ini di laman web halal JAKIM.
Ni aduannya.....

Saya adalah pelanggan tetap di restoren jepun Sushi King Sdn Bhd.
Saya kerap bertandang ke tempat tersebut hampir setiap hujung minggu. Baru-baru ini saya mendapat kejutan dari pekerja premis tersebut yang beragama Islam memaklumkan kepada saya yang terdapat makanan di premis tersebut adalah tidak halal kerana mengandungi sejenis arak iaitu mirin. Selain itu, status bahan mentah seperti ayam dan daging juga diragui kehalalannya kerana paket membungkus dari pengilang tidak tertera logo halal dari JAKIM, dan juga produk beasaskan ikan , ikan sebelah dan belut juga dikhuatiri tidak halal kerana produk tersebut ialah produk siap dari kilang. Mendengarkan berita ini saya merasa sungguh terkejut, dan bila diperhatikan tiada sebarang logo halal ditampal di tempat tersebut. Terdetik dalam hati saya bagaimanakah sekiranya makanan ini tidak halal? Bagaimana dengan beribu orang Islam yang menjadi pelanggan seperti saya ini. Kebetulan pada masa itu terdapat satu keluarga yang berpakaian berserban berjubah dan berpurdah turut menjadi pelanggan. Saya mohon agar perkara ini dapat disiasat oleh pihak tuan bagi membebaskan umat Islam dari perkara haram ini.

Aduan ini dibuat pada 01/11/2007 pada jam 11:17:51

Ni pula jawapan daripada pihak JAKIM...

Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum.





Walaupun adaun ini ditulis pada tahun 2007,  iaitu 3 tahun yang lepas
aku tetap nak tulis juga walaupun dah terlewat.
Sebab aku rasa tak ramai yang tengok tentang aduan ini di website JAKIM.
Tapi, aku rasa ramai umat Islam di luar sana yang membeli sushi dan juga mungkin
peminat sushi seperti pengadu di atas tadi.
Aku juga baru membuat semakan status halal Sushi King
Mana la tahu syarikat diorang sudah memohon sijil halal dari JAKIM.
Nampaknya jawapan yang aku terima juga mengecewakan.
Sushi King tiada dalam rekod JAKIM.
Masih belum memohon sijil halal dari pihak JAKIM.
Di blog yang lain, dia mengatakan bahawa sushi di celup dengan 0.01% alkohol.
Aku tidak dapat mengesahkan pernyataan ini benar ataupun  tidak kerana ia di luar kuasa aku. Satu lagi, aku tak tahu apa beza Sushi King dengan sushi lain.
Kalau korang nak tengok sendiri ataupun nak periksa sekali lagi

Pergilah singgah di website JAKIM  

Korang klik e-Halal taupun korang boleh terus ke link di bawah :-



Kepada umat Islam di luar sana, periksa betul-bbetul sushi yang anda makan.
Seeloknya tinggalkan lah makan sushi ini. Syubhah, kalau makanan itu syubhah, eloklah ditinggalkan. Banyak lagi makanan yang halal di Malaysia ini.
 Kepada sesiapa yang terbaca blog kami ini, 
andai aku ada kesalahan dan kesilapan di atas maklumat yang kuberikan ini, ku pohon kemaafan dan nyatakanlah kebenaran itu dengan meninggalkan komen anda.
Supaya aku lebih berhati-hati dalam memberikan maklumat di masa hadapan

MENCARI YANG HALAL ITU 
ADALAH FARDHU BAGI UMAT ISLAM!!!



Wednesday, October 20, 2010

Bunga kebangsaan

Apakah bunga kebangsaan negara kita, Malaysia?
 Agaknya apalah jawapan anak-anak muda di negara kita sekarang. 
Adakah mereka tahu bahawa bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita?
Kenalkah mereka bunga raya?
Alangkah sedihnya kalau ada di antara kita, rakyat Malaysia yang tidak tahu apa bunga kebangsaan kita
dan tidak kenal bagaimana rupanya bunga raya itu.

Bunga raya
Nama tempatan: Bunga raya
Nama saintifik: Hibiscus rosasinensis
Nama keluarga(family) : Malvaceae

Kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan?
Ye la...dalam negara kita, terdapat pelbagai jenis bunga. Ada bunga matahari,
bunga kekwa, bunga ros, dan macam-macam lagi la...
Kenapa ye?
Agak-agaknya la tentu ramai di kalangan kita yang tidak tahu kenapa memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga raya juga dikenali sebagai 
“Queen Tropical Flowers”,  di mana ia mempunyai 300 spesis tumbuhan.



Bunga Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960
oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj.
Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

 Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya
memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran 
menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang
hidup harmoni di negara tercinta ini. 
Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
(Sumber: http://ibnismail.wordpress.com)

Tahun ini genap 50 tahun bunga raya menjadi bunga kebangsaan negara kita.
Adanya di kaca televisyen yang menceritakan perihal bunga raya sempena
tahun ke 50. Tanpa sedar, di sekeliling kita dipenuhi oleh bunga raya.
Lihatlah pada wang syiling dan wang kertas kita. Sehari-hari kita menggunakan wang
tapi mungkin kita tidak sedar adanya bunga kebangsaan negara kita di situ.



Harapanku,
Semoga seluruh rakyat Malaysia menanam sikap sayang akan negara kita
yang tercinta ini. Ambil beratlah akan negara kita ini.
Mungkin generasi kini kurangnya semangat patriotisme, ubahlah diri kita 
agar kita menjadi lebih sayang akan negara kita yang tercinta ini.
Satu lagi harapanku,
Gunalah bahasa kebangsaan kita...Bahasa Malaysia
Jangan terlalu ghairah belajar bahasa lain sedangkan bahasa kita sendiri
terkontang kanting. Pada mulanya aku ingin menggunakan bahasa rojak
untuk blog aku. Tetapi, kesedaran itu datang walaupun lambat.
Aku ingin menggunakan bahasa kebangsaan negaraku yang ku cintai ini, iaitu
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.
Aku ingin menggunakannya dengan cara yang betul. Tanpa ada kesalahan bahasa
atau tatabahasa. Ini kerana, Bahasa Melayu sudah cukup rosak dek bahasa 'SMS'.
Jadi, kufikir biarlah ku menggunakan bahasa kebangsaan kita...

I LOVE MALAYSIA!!!

Tuesday, October 12, 2010

Facebook

Facebook? Apa tu? Muka buku ke buku muka?

Rasanya semua orang tahu tentang Facebook, dari budak sekolah hinggalah orang dah berusia. Facebook atau digelar Fb ini adalah salah satu laman sosial yang ada kat alam maya sekarang ni, selain MySpace, Twitter, Friendster, Tagged dan macam-macam lagi la yang aku tak tau. Pada bulan Julai 2010, 
Facebook mempunyai lebih 500 JUTA pengguna aktif!!!
Banyak tu...
Facebook ni banyak baik ke banyak buruknya?
Pada aku, Facebook ni banyak buruk dari baiknya. Walaupun begitu, terpulang juga kepada diri sendiri bagaimana meguruskan Facebook itu sendiri. Samada mencari dosa atau pahala.
Kenapa aku kata begitu?
Ketika aku membaca di satu forum Islam, aku terbaca tentang Facebook. Diorang membincangkan tentang dosa dan Facebook. Apa yang diorang cakapkan tak pernah terlintas di hati aku selama ini tentang Facebook. Secara peribadi aku memang tidak berminat dengan Facebook kerana padaku banyak keburukan dari kebaikannya.
Gambar? Yup, gambar. Rata-rata yang ada akaun Facebook mesti ada upload gambarnya kan? Macam-macam gambar ada, menutup aurat, yang tak menutup aurat, mengoda, seksi dan macam-macam lagi la.
Citer pasal komen-komen yang diorang tulis plak, macam-macam ada. Kalah Astro...
Mana tak nya, ada yang mencaci, mengutuk dan mengata, yang menyumpah seranah pun ada. Ayat-ayat cinta pun ada gak. Bab kata orang, apa yang di rasai semuanya nak tulis kat situ. Tak menutup aurat meamang berdosa, lagi bertambah-tambah la dosa bila seluruh manusia kat dunia ni tengok gambar kita yang tak tutup aurat tu...
Ya Allah swt, Nauzubillah...
Tak tertanggung rasanya dosa di bahu kita ni. Bab gambar yang mengoda plak, ada amik gambar posing manja la, jerling manja la...kalau orang lelaki yang bukan mahram kita tengok cam ne? Lagi-lagi kalau lelaki tengok sehingga bernafsu. Berdosa ke tak?
Aku ada terbaca satu komen akak ni yang mengatakan dia ada terbaca artikel tentang alamat kiamat semakin hampir adalah apabila manusia berbaik-baik dengan orang yang tak dikenali tetapi berjauhan dengan orang dekat dan disayangi oleh kita.  
Fikir-fikirkanlah...muslimin dan muslimat sekalian.
Kalau budak sekolah duk giler kat Facebook ni, mau tak nak pergi sekolah dia. Semangat untuk ke sekolah sudah tiada kerana penangan Facebook.
Ada yang bergaduh kerana Facebook, ada yang bercerai kerana Facebook...
Nauzubillah...Begitu hebat penangan Facebook ini...

Ada suami yang mengabaikan isteri demi Facebook
 Ada juga yang terkena penangan games dalam Facebook ni, aku terbaca tentang ini dalam akhbar. Aku  tidak faham kerana aku tiada Facebook dan aku tak faham akan selok belok Facebook ni, lalu kawan aku ni pun menceritakanlah apa maksudnya artikel itu. Games dalam Facebook ni banyak. Ada kedai kek, restoran, ladang dan macam-macam lagi la. Kalau yang ada ladang tu, dia boleh ternak lembu, kambing, itik, ayam dan pelbagai binatang ternakan lain la. Macam kat alam realiti kerja ternakannya cuma ia di alam maya.  Kata kawanku,
GAMES DALAM FACEBOOK JADI KETAGIH!!!
Ada yang rela bangun jam 3 4 pagi untuk pungut tanaman dalam games. Bukannya nak bangun buat qiamulail tapi nak pungut tanaman, takut tanaman mati kalau tunggu jam 8 pagi. Mengucap aku mendengar cerita kawanku...Begitu rupanya kataku...



 Sedar atau tidak sedar, kita sebeanrnya telah dikuasai oleh Facebook. 
Setiap benda ada baik dan buruknya, kalau kita menggunakan sesuatu dengan baik, ia akan jadi baik dan juga sebaliknya. Baiknya Facebook ini...
boleh berdakwah dan meyebarkan ajaran Islam kepada orang bukan Islam secara meluas...
boleh bertanya khabar dengan saudara mara, guru-guru dan teman-teman
yang telah terpisah selama ini
membina jaringan untuk perniagaan...
Kepada umat ISLAM di luar sana yang ada akaun Facebook, berfikirlah dan berubahlah. Lebih baik kiranya kita semuanya jadikan ia sebagai medan dakwah yang lebih efektif, kita boleh menghebahkan ajaran ISLAM dengan lebih meluas lagi, bukannya meruntuhkan akhlak orang Islam itu sendiri. Sedarkah anda ia sedikit sebanyak menyebabkan agama kita semakin tercalar kerana kita. Sedangkan kita tahu ISLAM ITU INDAH. Namun yang menyedihkan umat Islam itu sendiri tak seindah ajaran agama ISLAM.

Sesiapa yang belum ada akaun Facebook, fikirkan dan niatkan betul-betul dalam hati apa yang anda inginkan dengan akaun Facebook ini. Kiranya niat ingin berdakwah, teruskan. Semoga mendapat keredhaan Allah swt.
Aku berharap sesiapa yang ada Facebook itu, sebarkanlah Islam, berdakwahlah dengan cara anda sendiri. Gunakanlah kemudahan yang Allah swt berikan ini ke arah kebaikan.
Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua sentiasa mendapat 
petunjuk dan hidayah dari Allah swt. 
Sesunggunhya azab neraka itu amat memeritkan...





Saturday, October 9, 2010

Kahwin??? BEST GILER!!!

Argh!!! Nak kahwin!!!
Tapi duit tak cukup-cukup lagi. Awek aku asyik tanya je, 
BILE NAK MASUK MEMINANG? 
LAMBAT LAGI KE?
TENSION!!!!!!!!

tension wei!!!
Mungkin inilah luahan hati seorang lelaki yang ingin kahwin tapi kewangan tidak mengizinkan untuk berbuat demikian. Lagi la tension kalau mak kita plak asyik duk tanye,
Hang ni bile nak nikah ni? Mak ni teringin sangat dah nak timang cucu.
Alahai nasib badan, bagai jatuh di timpa tangga plak rasanya. 
Mana tak nye awek duk tanye, mak duk tanye...PENING....tu tak masuk lagi hutang piutang yang selama ni duk keliling pinggang aku.

Mau giler rasanye... Kalau aku buat loan unutk kahwin...kang jadi lain lak. Aku taknk jadi cam kawan aku tu, buat loan sampai 20RIBU RINGGIT MALAYSIA masa nak kahwin. Tup.tup. Tak sampai 1 tahun, dah cerai. Nauzubillah... Ari tu aku baca paper pun cakap hutang kahwin faktor rumahtangga retak. Mana tak retaknyer makcik oi...belum buat loan kahwin,
hutang dah banyak. Bile dah buat loan kahwin, makin bertambahlah hutangnya. Tambah lagi bile ada anak, pampers la, susu la,tu la, ni la...macam-macam lagi. Mana tak tension nye. Bile dah tension tu terlepas la kata, maka runtuhlah hubungan yang dibina selama ini.

Aku rasa banyak fenomena yang macam aku cakap tu berlaku kat luar sana. 
Aku ni nak kongsi sikit la ngan korang semua. Nak tolong kahwinkan korang pun tak boleh sebab aku bukan tok kadi. Tapi aku nak tolong gak. Masa aku duk klik-klik mouse tadi, aku terklik la bende ni...

 
Gambarnye plak ni hah, macam kat bawah nie...

Ni plak contoh bukunya...
 
Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang klik la link kat bawah ni.



Aku nak citer kat sini,payah...coz citernye panjang.
Aku tolong salin link ni untuk korang jer. Harap-harap dapatlah membantu korang semua mencapai impian korang tu...AMIN...




Semoga kita semua berbahagia di dunia akhirat. AMIN...

Friday, October 8, 2010

Tudung di Akhir Zaman


Kali ini ku ingin kongsikan  email yang diforwardkan ke inbox aku. Aku rasa wajar untuk aku kongsikan maklumat yang aku dapat. Untuk tau lebih lanjut, korang baca la kat bawah ni.....

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden
by Mohamad Zameer Bin Zailan on Sunday, September 26, 2010 at 9:55pm



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN 
Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud. 

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam...

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul tinggi seperti bonggol unta. Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat.
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan.




Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
 Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah, Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif, isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..
Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,
SALAM PERINGATAN…..

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo