topbella

Tuesday, December 13, 2011

Potassium

Potassium ada dalam badan kita dan ianya AMAT PENTING.
Aku pun baru tahu yang potassium ni penting dalam badan kita. Kekurangan potassium dalam badan kita menyebabkan kita lemah badan. Tak mampu nak berjalan sendiri. Jangan kata nak berjalan sendiri...nak basuh muka sendiri pun tak mampu, nak bersihkan hadas kecil pun tak mampu.
Nak pegang gelas pun tak mampu sebab tak dapat nak genggam. Nak pegang sudu pun tak mampu...nak suapkan ke mulut lagi la kan...
Jangan tak percaya...
That's reality...

Sebab aku sendiri pernah kena panahan kurangnya potassium di dalam badan ni.
Masa tu aku masih dalam pantang. Aku ingat lagi...hari yang ke-20 aku pantang, aku tak mampu nak buat apa-apa. Nak angkat kaki pun tak mampu...nak pakai spek mata pun tak boleh.
Takde tanda-tanda awal...terus je kena.
Aku terus dibawa ke klinik kesihatan berdekatan. Ujian darah dibuat dan hasilnya kekurangan potassium yang amat sangat. Aku terus dimasukkan air garam dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Takut rupanya naik ambulans ni...first time dalam hidup.
Masa tu aku ditemani ma aku dan anak aku.
Aku terus dimasukkan ke wad. Lima hari gak ar aku tinggal kat wad tu.
Hari ni aku keluar wad, esoknya raya haji.
Nasib baik dapat keluar...kalau tak beraya dalam hospital la aku.

Doktor tanya aku...
adakah aku cirit birit? muntah-muntah? makan ubat tradisional atau minum air akar kayu?
Katanya potassium boleh kurang disebabkan hal-hal di atas.
Sedangkan aku tidak mengalami gejala yang dinyatakan doktor itu.
Sampai sekarang doktor tidak dapat kenal pasti kenapa potassium boleh hilang sebegitu banyak di dalam badan aku.
Tapi.......
Bila aku baca info yang aku baca kat internet tadi...aku rasa tanda tu ada la yang kena dengan aku. Sebab aku seorang yang minum air banyak.
Masa dalam wad tu, jururawat suruh aku makan pisang banyak-banyak sebab dalam pisang mengandungi banyak potassium. Aku asyik makan pisang je.



Ni infonya...

Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

Kesan kekurangan dan lebihnya potassium....
 Keletihan, lemah badan. Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot

 Sumber : http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm

Tuesday, December 6, 2011

Lama Bebenor...

Assalamualaikum...
Lama bebenor aku tak menulis apa-apa kat blog ni dan juga tak membaca apa-apa dari mana-mana blog. Aku cuti panjang...hehe...
Aku cuti bersalin...
Tahun depan akan memulakan kerja seperti biasa...huhu...
Aku dapat baby girl...hehe...
Bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT kerana memberikan kami anugerah yang tak ternilai ini.
Seronok sangat-sangat...
Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...
Aku melahirkan anak perempuanku tanggal 10 Oktober 2011 jam 9.21 pagi...
Alhamdulillah...
Semuanya selamat walaupun begitu banyak ujian yang terpaksa kami hadapi sebelum dan sesudah baby kami dilahirkan.
Alhamdulillah...
Suami dan keluarga sentiasa di sisi memberi sokongan dan kekuatan kepadaku untuk mengharungi dugaan dan ujian dari Allah SWT ini.
Nama puteri kesayangan kami...
...Nur Raihan Mohd Yunus...



Friday, September 9, 2011

Salam Aidilfitri....

Dah terlewat sebenarnya....
Tak pe la kan....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA INI...
dan juga...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA YANG FOLLOW BLOG INI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEGALANYA...

Semoga kalian semua bergembira di Hari Raya ini...
Eratkanlah silaturahim di antara sanak saudara dan juga rakan taulan...
Jangan juga dilupa pada orang tua dan adik beradik...


Friday, August 19, 2011

Sokongan...

Sebut pasal sokongan ni, rasanya setiap orang memerlukan sokongan.
Tak kira la siapa, keluarga ke, suami ke, isteri ke, anak-anak ke, kawan-kawan ke dan maca-macam lagi la.
Pada aku, sokongan ni penting.
Penguat semangat dan juga boleh mengurangkan rasa derita atau sakit yang ditanggung.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa ada satu pun sakongan untuk kita.
Mau runtun jiwa kita yer. Menanggung kesorangan. Tapi, jangan lupa masih ada lagi yang sentiasa bersama kita walau apa pun yang berlaku....Allah SWT...

Lupa nak kongsi...
Kandungan aku sekarang dah masuk 34 minggu. Dah tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran si comel ni.
Sebut pasal mengandung ni...
Of course la sokongan suami amat-amat diperlukan oleh seorang isteri dari awal kehamilan sehinggalah tempoh berpantang.
Kalau tiada sokongan suami, rasa lemah jer nak hadapi segala macam ujian dan dugaan mengandung ni. Ye la setiap orang lain dugaannya ketika mengandung. Ada orang yang sihat walafait jer time mangandung, ada juga orang yang rasa pelbagai derita bila mengandung. Tu semua ujian untuk si ibu dan semoga beroleh ganjaran daripada Allah SWT.



 Kepada para suami...
Hargailah isteri anda...Bukan senang untuk membawa kandungan selama 9 bulan lebih. Isteri rela berkorban untuk memberikan zuriat kepada suami tercinta.
Banyak yang dikorbankan untuk itu. Hargailah dan sokonglah isteri anda semua.
Tiba-tiba lari topik...:)
Tak pe...yang penting ada something yang kita dapat bila membacanya..
Insyaallah...

Wednesday, August 17, 2011

Zakat Fitrah


Alhamdulillah...
Dah lebih setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Sinonim dengan bulan Ramadhan, tentulah zakat fitrah.
Kali ni nak cerita pasal zakat fitrah ni. Sama-sama yer kita mencari ilmu...


Mengikut website Lembaga zakat Selangor adalah...
http://www.e-zakat.com.my/jenis-jenis-zakat-2/zakat-fitrah/pengenalan-syarat/
 
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat 

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
 
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
 Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber daripada http://denaihati.com/zakat-fitrah-seluruh-malaysia-2011
 
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

Akhir pesanan: Jangan lupa bayar zakat fitrah yer...:)


Tuesday, August 16, 2011

Mentega dan Marjerin

Genap 16 hari kita berpuasa hari ini.
Alhamdulillah...
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dan pahala dari segi amalan puasa kita kali ini.
Semua duk pakat sibuk dah buat kuih raya dan kek raya.
Masing-masing duk fikir nak buat kuih yang tesedap dan terbaik untuk tetamu nanti.
Duk asyik-asyik nak buat kuih raya dan pilih bahan buat kuih raya tu, jangan pula kita lupa check tanda halal kat barang yang kita beli tu yer.
Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.
Sekadar perkongsian daripada akhbar Kosmo semalam.


JAKIM SAHKAN MENTEGA HARAM!!!

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama 

Sama-samalah kita berhati-hati yer...
Di luar sana terlalu banyak yang haram.
Cuma itu 1 dalam seribu yang dapat dipantau dan dikesan.

Sunday, August 14, 2011

Nikmat Allah SWT...

Nampaknya aku berpeluang untuk mencoret sedikit hari ini.
Sebut pasal nikmat Allah SWT ni...
Subhanallah...
Tidak terhitung banyaknya...memang tak cukup kaki tangan untuk kiranya.
Cuma kita sebagai insan biasa yang sentiasa lupa dan alpa. Sentiasa lupa akan nikmat Allah SWT.
Tidak kira tanpa kita sedari atau kita menyedarinya.
Aku berpeluang diberi sedikit keinsafan tentang nikmat Allah SWT ini.
Sebelum ini, kita berjalan ke sana ke mari dengan lincah, tanpa ada sedikit rasa sakit pun.
Itu nikmat Allah SWT, tapi waktu tu mungkin kita tidak sedar kita sedang lalai dengan nikmat yang diberi olehNYA. Bila tuhan menguji kita dengan sedikit rasa sakit sehingga kita tidak dapat berjalan.
Ya Allah...betapa besarnya nikmat berjalan itu yang kita anggap tiada apa-apa sebelum ni.



Itu dari segi berjalan jer...dari segi makan minum, mendengar, melihat, ketawa, tersenyum dan pelbagai lagi la...memang tak terhitung dek jarinya kalu nak citer pasal nikmat Allah SWT ini.

Oleh itu...
Sama-samalah kita bersyukur dengan segala limpah nikmat dari kurnia Allah SWT ini.




Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan...

Ramadhan menjenguk kembali.
Syukur alhamdulillah, kalau dipanjangkan umur oleh Allah SWT, kita sempat merasai lagi nikmatnye berada di dalam Ramadhan al Mubarak ini.
Semoga kita semua beroleh keberkatan di dalam bulan yang mulia ini.
Amin...


Aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini. 
Walau di mana kita berada kita tetap di bawah langit Allah SWT.
Semoga kita sama-sama dapat menjalankan ibadat Allah SWT ini dengan sempurna di samping ibadat-ibadat sunat yang lain.
Sempena Ramadhan ini, semoga kita juga dapat mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Selamat berpuasa semua....:)

Saturday, June 11, 2011

Kenapa Wanita Menangis?

Aku ada satu petikan yang ku temui dan 
aku ingin kongsikan ini semua dengan kalian yang membaca entry ini...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
 Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
 

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. " "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
 
"Kau tahu..
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ? 
Tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, May 29, 2011

Cuti Sekolah

Dah cukup sebulan rasanya aku tak update ni.
Takde langsung entry untuk bulan Mei punya walaupun aku boleh berbuat demikian.
Aku pun tak tahu kenapa aku begitu malas untuk update blog aku sekarang ni.
Idea pun macam takde jugak.


Untuk semua budak-budak sekolah...
Mesti korang enjoy sakan sekarang kan. Ye la...cuti sekolah...2 minggu pulak tu.
Walau apa pun...jangan assyik main je sampai buku terus dilupakan. Jangan pulak janggal pegang pensil bila sekolah dah mula nanti.
Manfaatkan masa cuti sekolah ini dengan hal-hal yang berfaedah yer...
Sebut pasal cuti sekolah ni, confirm la banyak kenduri kahwin kan. Sana sini ada orang kahwin. Kat kampung ke bandar ke semuanya pakat dok ambil kesempatan masa cuti sekolah ni.
Cuti sekolah kali ni...adik aku pun join sekaki untuk menamatkan zaman bujangnya.
Hehehe...


Selain semua pakat dok wat kenduri kahwin...ada jugak yang sibuk nak sunatkan anak bujang masing-masing. Lagipun ini lah kesempatan yang terbaik.
Takkan nak sunat time sekolah pulak kan?
Of course la cuti sekolah adalah waktu yang terbaik untuk sunatkan diorang ni semua.
Mesti diorang yang bakal bersunat ni takutkan...
Hehehe...

Banyak lagi aktiviti time cuti sekolah ni.
Antaranya  yang aku sebut kat atas tu la. Kenduri kahwin dan juba bersunat atau berkhatan.
Boleh jugak balik kampung, berkhemah, melancong atau apa-apa je la asalkan bermanfaat.
Happy Holiday!!!

Saturday, April 2, 2011

Obimin Oh Obimin....

Malam semalam aku pergi la ke klinik untuk check up kandungan aku.
Usia kandungku dah 3 bulan 2 minggu atau 14 minggu.
So...doktor tu bagilah aku ubat obimin dan juga asid folik. Asid folik tu ok la sebab saiznya kecil je. Yang obimin tu...terkebil-kebil aku tengik saiznya. 
Alahai...nape la besar sangat saiz ubatnye ye...
Dah la aku jenis penakut telan ubat. Aku tak malu pun mengaku takut ubat walaupun aku dah bergelar isteri orang dan juga bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Insyaallah...
Korang tengok ek saiz obimin tu...Gambar ni aku amik kat internet je. Tapi macam ni la ubat obimin yang aku dapat tu. Warnanya pun pink terang macam ni la...

Besar kan saiznya?
Aku duk tengah pening ni nak makan ubat ni. Semalam pun duk sibuk tanya doktor apa tujuannnya makan obimin tu. Tujuan tanya...nak tahu la kan...dan dalam masa yang sama aku dah ada akal untuk tak nak makan ubat tu. Hahaha...
Macam budak-budak pulak aku ni.
Masa nak keluar klinik tu kan...ada la sorang kakak ni tegur aku. Dia cakap obimin tu boleh menyebabkan baby besar dan nanti susah nak bersalin. Dia suruh aku pergi farmasi beli satu jenis vitamin apa ntah. Dia pun tak ingat nama apa vitamin tu. Aku cakap terima kasih di atas infonya itu.
Petang tadi, aku cerita la kat maksu aku. Maksu aku cakap bila 3 bulan ke atas memang doktor bagi obimin. Maksu aku pun makan sampai kandungan 7 bulan. Lepas 7 bulan, maksu aku dah stop makan obimin. Maksu aku cakap ia bagus untuk baby. Kita pun akan rasa bertenaga. Baby pun aktif.
Tak puas hati lagi dengan info tu...aku google la. Berdasarkan info yang aku dapat terpaksa la aku makan obimin tu demi anak yang tersayang. Obimin tu kena makan 1 biji je 1 hari tapi ia tetap satu masalah besar pada orang macam aku ni.
Walaupun 1 biji tapi di dalamnya terdapat pelbagai jenis vitamin. Kiranya tak payah makan vitamin lain la sebab dalam obimin tu dah ada semuanya. Itu cakap doktor malam tadi.
Dan sekarang aku rasa makan obimin boleh menyebabkan baby besar adalah salah. Mitos tu. Maksu aku cakap tak la besar baby tu...biasa je, dalam 3 kilo lebih cam tu je la.
Kesimpulannya...
Aku kena makan obimin tu untuk baby tersayang.
Sebelum aku dibebeli oleh suami tercinta.
Tapi kan...malam ni aku tak makan lagi obimin tu. Hehehe...
Tunggu la nak tidur nanti...
:)
Obimin oh ibimin...kenapa engkau yang aku kena telan tiap-tiap hari sepanjang 7 bulan ini...




Friday, April 1, 2011

Lelaki dan Perempuan

Kali ni nak citer pasal lelaki dan perempuan.
Pointnye adalah...perkara remeh bagi seorang lelaki tapi tidak pada perempuan. Begitu jugalah sebaliknya.
Sebagai contoh...
Perempuan anggap menemaninya saat ke klinik atau hospital adalah sesuatu yang penting. Tapi tidak bagi lelaki. Mungkin lelaki akan menganggap itu perkara biasa saja. Buat apa nak teman sedangkan isteri boleh pergi sendiri. Betul...boleh pergi sendiri tapi bagi seorang perempuan, itu satu keprihatinan dan juga satu sokongan dan semangat untuk dia. Pasti seorang perempuan akan tersenyum gembira hatta suaminya menemaninya mengambil ubat tika di klinik.
Kalau nak dikaji...rasanya banyak perkara yang lelaki anggap remeh tapi tidak bagi seorang perempuan.Begitu juga dengan perempuan...padanya adalah remeh tapi tidak bagi lelaki.
Contohnya bagi lelaki, dia akan rasa amat bermakna apabila isterinya menemaninya makan. Mungkin pada perempuan, takpe la tak teman makan pun janji aku dah masak.
Sedangkan itu adalah salah...
Allah swt menciptakan perempuan dan lelaki itu amat berbeza. Allah swt bekalkan 9 akal kepada lelaki untuk menangani nafsu isterinya yang 9 itu. Lelaki patut bijak menggunakan akal yang diberikan Allah swt itu sebaiknya. Bukan hanya tahu melenting bila isteri terlebih emosi sebabnya fitrah seorang wanita memang begitu. 9 nafsu itu bukan senang dikawal. Wanita perlukan lelaki untuk menanganinya.


Maaf...
Perkataan yang selalu dinantikan oleh perempuan apabila lelaki bersalah tapi itulah paling sukar dan payah untuk lelaki ungkapkan.
Mungkin bagi lelaki itu perkara remeh...buat apa nak minta maaf yang penting aku dah sedar dan rasanya tidak perlu mohon maaf. Tapi bagi wanita pula perkataan itu mampu menyejukkan segala amarah di dalam hati dan membuang segala rajuknya.
Lelaki dan wanita itu berbeza tapi kita disatukan di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kita perlu saling memahami dan cuba memahami antara satu sama lain kerana lelaki dan wanita amat berbeza sikapnya dan perangainya. Begitu juga dengan emosinya.

Sunday, March 20, 2011

Kenapa begitu?

Dah lama tak menjelma di blog ni. Maklum la aku dah start keje...bila malam pulak...penat...tak larat nak update blog ni.
Aku nak citer pasal fenomena sekarang ni. Pasal tudung...
Sebab baru ni 2 hari lepas aku terfikir 1 soalan....
Kenapa ada sesetengah orang bertudung bila ke ofis...ke sekolah...ke kolej...?
Maksud aku tak bertudung sepenuhnya la. Kalau pergi jalan-jalan atau pergi mana-mana...diorang tak bertudung. Diorang akan bertudung untuk ke tempat kerja atau ke kolej je.
Aku terfikir kenapa diorang nak buat begitu?
Kenapa tak pakai tudung je walau ke mana pun?
Itu kan lebih baik.


Baru ni kan...budak ofis aku join company trip ke Hanoi. Bila diorang balik tu, aku tengok la gambar diorang sepanjang diorang kat sana.
Pendekkan cerita aku terkejut la jugak sebab tengok ada seorang budak ofis ni tidak bertudung. Padahal aku tengok dia kat ofis memang bertudung. Aku akui dia memang manis bertudung. Lagipun itu kan kewajipan kita sebagai seorang Islam.  Aku ingatkan dia memang bertudung full time. Tapi...tu la...
Sedih jugak aku bila tengok tu memang dia. Aku siap tanya lagi...sape orang ni. Dia cakap tu la dia. Ye ke? Dia cakap yer...akak memang tak bertudung bila kat luar. Pakai tudung time datang keje je.
Ooo...itulah jawapan aku. Nampak sangat lain. Aku memang tak cam tu dia.
Citer dah habis....
Dari dia cakap tu sampai la balik rumah, aku asyik terfikir je kenapa diorang boleh bertindak demikian. Aku nak tahu sebab musabab dia. Sebab aku takde jawapan untuk itu.
Adakah menutup aurat itu satu benda yang main-main?
Aku pun bukannya baik sangat tapi tu la alhamdulillah aku sentiasa diberi kesedaran oleh Allah swt untuk menutup aurat dengan lebih baik lagi.
Aku tak cakap orang tak bertudung ni jahat atau hati busuk. Sebab ada juga orang yang bertudung tapi hatinya busuk. Cuma pada aku walaupun dia jahat atau hatinya busuk...dia telah melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah swt iaitu menutup aurat. Cuma dari segi akhlak je sedikit masalah.
Kalau nak dianggarkan dari segi peratus, sekurang-kurangnya dia telah dapat 50% daripada 100%.
Sekarang ni ramai sangat yang macam tu. Sekejap bertudung sekejap tak. Contohnya...masa akad nikah bertudung tapi bila majlis resepsi...terbang segala tudung dan hijab. Suami pula bangga dapat menayangkan kejelitaan isteri kepada umum walhal itu haknya seorang. Tapi tu la...terlalu baik hati atau dayus...sampai ingin dikongsikan dengan orang ramai.
Apa jawapan orang yang bertudung 'on off'' ni yer...
Aku nak tahu la...
Pe yang aku baca kat surat khabar adalah...tunggu dulu...biar ikhlas bertudung...tak nak hipokrit menutup aurat.
Ikhlas? Anda rasa perlu ke rasa ikhlas sedangkan itu adalah arahan atau perintah dan peraturan Allah swt?
Anda ikhlas tak setiap kali tunggu traffic light warna merah? Kalau aku...tak ikhlas pun lagi-lagi bila kita nak cepat tapi aku tetap tunggu traffic light tu hijau baru jalan sebab itu satu arahan atau peraturan yang telah ditetapkan. Namun, lama-kelamaan keikhlasan itu datang sendiri.
Nak tunggu anda ikhlas dulu ke nak ikut perintah Allah swt?
Tepuk dada tanya iman...
Jangan ditanya pada selera kerana ikutkan selera semuanya nak tanpa kira halal atau haram.

Aku ada yang ingin dikongsikan... 







Monday, March 14, 2011

Aku kebosanan...

Bosan...
Itulah gambaran kerja aku hari ini.
Ofis unyi sepi bak dilanda garuda. Tapi bukan sebab angkara garuda yer. Diorang semua terbang ke Hanoi.
Aku juga kesorangan di sini. Bos sementara pulak keluar.
Teramat la bosan...

Saturday, March 12, 2011

Kerja

Dah lama aku tak update blog ni.
Bukan aku melarikan diri atau apa...cuma aku dah start keje Isnin lepas.
Dah lama tak keje...sangat penat.
Hari ni cuti sebab company tu ada buat trip untuk staf diorang. Aku tak join sebab baru masuk keje. Tak confirm pun lagi. Diorang pergi Hanoi 4 hari. Rabu baru start keje semula.
Tapi, aku terkecuali sebab Isnin dan Selasa ni aku kena masuk keje jugak sebab adik ipar bos tu tak pergi trip tu. So, dia nak buka ofis dan aku kena keje la...
Dalam 4 orang je kot yang keje Isnin dan Selasa ni. Mesti kebosanan kan...
Diorang sekarang ni dah dalam kapal terbang kot ke Hanoi.
Citer pasal keje...penat...hihi...


Lama tak keje kan...asyik duk rumah je. Tetiba pulak start keje...mana tak penat.
2 hari pertama aku keje je yang aku tido dalam pukul 10 malam.
Lepas tu...lepas Maghrib je terus tertidur. Mengantuk sangat-sangat. Pukul 12 lebih tengah malam tu la baru aku tersedar. Nasib baik tersedar sebab tak de la aku terlepas solat Isyak. Biasanya memang akan sedar la.
Seronok ke keje?
Aku pun tak tahu.
Tapi, sejak aku kerja ni aku fikir macam mana kalau aku ada anak nanti. Kesian kat diorang...bila balik je penat dan risau tak terlayan kerenah anak-anak.
Aku juga terfikir sebab tu kot anak zaman sekarang tak rapat dengan keluarga. Tidak memikirkan keluarga sebab pada fikiran diorang ibu dan ayah diorang pun tak fikirkan diorang. Asyik sibuk dengan kerja je sampai tiada masa untuk bersama mereka dan bergurau senda dengan mereka.


Thursday, March 3, 2011

Ujian...

Sudah lama aku tak update blog ni.
Aku ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Keluargaku diberi ujian oleh Allah SWT.
21 Februari yang lalu...ma, abah, aqil dan pak saudara aku kemalangan di Kemaman.
Ma dan abah aku nak hantar bapa saudara aku ke Pahang. 1 jam sebelum sampai, mereka mengalami kemalangan. Ma aku patah tangan kiri. Abah aku cedera di bahagian kening dan dagu dan dikenakan beberapa jahitan. Bapa saudara aku pula mengalami kecederaan di dalam mulut dan dikenakan beberapa jahitan di bahagian dalam mulut. Aqil pula hanya bengkak sedikit di kepala.
Sebab itulah aku tidak dapat mengupdate blog ini.
Dalam waktu itu juga...aku sendiri tidak berapa sihat.
Sekarang ini pun masih lagi sakit tapi alhamdulillah...tangan aku sudah tidak sakit lagi seperti beberapa hari yang lalu. 
Begitulah kehidupan yang diberikan Allah SWT. Dipenuhi ujian untuk menguji iman dan kesabaran hambaNYA. Namun, kadang-kadang kita lupa untuk bersabar di atas semua ujian itu.
Semalam, aku ke Hospital Serdang kerana ma aku mempunyai temujanji dengan pakar ortopedik. Begitu lama menunggu untuk berjumpa doktor dan seterusnya untuk membuat x-ray tangan ma aku.
Masa tu, pelbagai orang dapat kulihat.
 Pelbagai sakit dapat ku tengok terutama berkaitan optopedik. Ada yang patah tangan, ada yang patah kaki. Ada yang hilang kaki dan ada juga yang hilang tangan. Ada juga ku lihat, bayi yang berbalut simen kakinya. Mungkin patah. Aku tak pasti. 
Ia mengajar aku untuk insaf. Masih ramai lagi orang yang menderita daripada kita. Derita dan sakit kita hanya sedikit berbanding orang lain. 
Untuk insaf...pergilah ke hospital. Kita akan dapat lihat pelbagai orang dengan kesakitan masing-masing. Ia mengajar kita untuk bersyukur. Itu yang aku alami setiap kali aku ke hospital.
Di sebalik musibah dan ujian ini...Allah SWT masih memberikan banyak rezeki kepada aku.
Semalam, aku dapat panggilan kerja. Hari ini sepatutnya aku start kerja tapi aku minta hari Isnin ini kerana hari ini aku ingin pulang ke kampung.
Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan...
Hanya itu doaku...

Friday, February 18, 2011

Hidup ini...


Aku baru je singgah ke blog kawan aku.
Bila baca entry dia kali ni, aku teringat diri aku yang dulu.
Lagi la aku teringat bila soalan pasal kerja tu.
Tapi...itu dulu.
Kini, aku dah mencuba sedaya upaya untuk berubah dan alhamdulillah...
Nak kata berjaya tu tidak la jugak tapi aku bersyukur kini aku mampu terima ujian yang Allah swt bagi padaku dengan redha. Bukan saja bersabar tapi redha.
Insyaallah...hidup kita pasti bahagia dan gembira jika kita hadapi ujian dan dugaan yang Allah swt berikan ini dengan penuh redha dan penuh kesyukuran.
Nanti ada jugak orang kata...giler ke nak bersyukur ketika ditimpa musibah.
Why not?
Mesti bersyukur sebab nasib baik Allah swt tak berikan musibah yang lagi buruk dari itu kan?
Itulah kita manusia. Selalu lupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Kita lupa yang kita tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan apa jua yang Allah swt berikan pada kita. Apa jua..
Yang kita selalu buat...
Kenapa aku tak dapat kerja? Kenapa orang lain dapat?
Kenapa aku tak kawin lagi? Kawan-kawan aku semua dah kahwin.
Kenapa aku tak dapat anak lagi? Orang lain dah ramai.
Kenapa aku tak dapat pakai kereta lagi? Kawan aku ramai dah pakai kereta.
Kenapa aku gemuk? Kawan aku tu kurus je.
Macam-macam lagi la soalan-soalan yang sebegitu rupa.
Tanpa sedar...kita telah mempersoalkan dan mempertikaikan apa yang Allah swt berikan pada kita.
Aku tak kata kepada sesiapa kerana aku dulu pun begitu.
Soalan-soalan sebegitulah yang selalu datang.
Tapi, alhamdulillah...Allah swt berikan aku kesedaran untuk berubah.
Alhamdulillah...aku telah berjaya sedikit.
Kita tiada hak untuk berbuat begitu sebab kita hanya hambaNYA. DIA adalah Pencipta kita.
DIA berhak buat apa saja kepada kita.
Jangan sesekali kita berprasangka buruk terhadap Allah swt.
Sebab Allah swt itu Maha Penyayang. Apa yang DIA aturkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun mungkin pada kita bukan yang terbaik.
Sebab Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Beprasangka baik lah pada Allah swt.
Aku masih belum dapat kerja....
Redhalah...mungkin ini yan terbaik untuk aku setakat ini.
Rezeki Allah swt itu luas...


Redhalah...
kerana dengan itu...hidup kita makin tenang...
Semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt di atas segala dugaan dan ujian ini.





Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua...
Aku sekarang berada di dalam mood yang amat malas.
Aku pun tak tahu kenapa...
cuma sejak aku hamil ni...malas tu memang selalu ada.
Kadang-kadang berjaya atasi...kadang-kadang terlingkup dek malas.


Walaupun dah terlewat...
Aku nak jugak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam...
Semoga dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini akan mengingatkan kita akan jasa-jasa baginda dalam menyebarkan syiar Islam. Semoga kita juga ingat dan amalkan sunnah-sunnah baginda dengan istiqomah.
Semoga kita akan menjadi umat yang soleh dan solehah. Semoga menjadi umat yang sentiasa mengingati Rasulnya. Semoga akhlak-akhlak baginda menjadi ikutan kita.
Rasulullah SAW adalah ikon yang terbaik di dunia ini.




Saturday, February 12, 2011

Anti Hari Valentine


Aku pasti ramai yang tahu tentang Hari Valentine yang akan disambut setiap kali datangnya 14 Februari.
Kadang kala ia bagaikan satu kegilaan atau kemestian kepada para remaja sekarang.
Semuanya sudah dirancang apa yang hendak dibuat tika hari itu tiba.
Yang aku hairannya...ia juga menjadi satu kemestian untuk menyambutnya di kalangan orang Islam sendiri.
Aku terlalu kecewa untuk itu.
Kepada semua umat Islam semua...adakah anda pasti Hari Valentine itu ada dalam ajaran Islam yang sebenarnya?



Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa
perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi ampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama nashrani bersama 46 kerabatnya.”
Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama Tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.”
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “Dengan nama Tuhan Ibu” dengan kalimat “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.
Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, Tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, Tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab Tuhan-Tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya Tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya merupakan lambang Tuhan cinta bagi orang-orang Romawi.

Sumber : http://isrona.wordpress.com/2007/02/18/sejarah-hari-valentine/ 

Ini pula asal muasal Hari Valentine...

Perayaan hari Valentine termasuk salah satu hari raya bangsa Romawi paganis (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah agama mereka semenjak lebih dari 17 abad silam. Perayaan valentin tersebut merupakan ungkapan dalam agama paganis Romawi kecintaan terhadap sesembahan mereka.

Perayaan Valentine's Day memiliki akar sejarah berupa beberapa kisah yang turun-temurun pada bangsa Romawi dan kaum Nasrani pewaris mereka. Kisah yang paling masyhur tentang asal-muasalnya adalah bahwa bangsa Romawi dahulu meyakini bahwa Romulus (pendiri kota Roma) disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fisik dan kecerdasan pikiran. Bangsa Romawi memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan peringatan yang megah. Di antara ritualnya adalah menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang kuat fisiknya. Kemudian keduanya mencuci darah itu dengan susu. Setelah itu dimulailah pawai besar dengan kedua pemuda tadi di depan rombongan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Romawi sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, karena meyakini dengan itu mereka akan dikurniai kesuburan dan melahirkan dengan mudah.

Sumber : http://ugiq.blogspot.com/2010/01/sejarah-hari-valentine-mitos-valentine.html 

Berdasarkan apa yang tertulis di atas, anda rasa apa yang patut anda buat?
Menyambutnya atau tidak?
Adakah anda Islam atau tidak?
Kalau anda Islam, anda pasti tahu apa yang patut dibuat...
Kepada agama lain...terpulang kepada pegangan masing-masing.
Janganlah mengagungkan ajaran agama lain yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebab ajaran Islam sudah terlalu baik untuk kita.
Islam adalah jalan yang benar lagi nyata.
Islam itu perfect!!! 



Friday, February 11, 2011

Kenapa ramai yang bercerai?


Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi dari setahun ke setahun.
Tu hakikatnya...
Kenapa ramai yang bercerai yer?
Apakah faktor-faktornya?
Rasanya banyak rancangan temu bual kat tv yang membincangkan topik ini.
Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai?
Entah...no comment.
Kalau aku, aku nak sebuah perkahwinan itu kekal di dunia dan akhirat.
Di kalangan artis begitu banyak kes-kes seperti ini.
Di kalangan orang ramai seperti kita yang tak dikenali pun ramai yang bercerai tapi tak dihebohkan seperti artis la kan. Tapi, kita boleh baca kes-kes seperti ini kat surat khabar.
Kenapa ramai yang bercerai?


Faktor-faktor kat bawah ni adalah pemikiran aku semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.
1. Kurangnya kesedaran tanggungjawab terhadap Allah swt, ibubapa, isteri dan anak-anak.
2. Masing-masing nak ada kehidupan luar walaupun dah berkahwin. Ye...kita perlukan kawan walaupun dah berkahwin. Tapi, kenapa harus kita mencari kawan yang berlainan jantina dengan kita?  Bukan ke mencari bala namanya tu? Kalau ada juga lah yang berkawan dengan berlainan jantina ni. Kenapa tak perkenalkan kepada suami atau isteri?
3. Kurangnya rasa cemburu di kalangan suami isteri. Cemburu itu perlu k tapi jangan melampau. Dalam Islam seorang suami atau isteri wajib cemburu. Cemburu yang bagaimana diwajibkan? Seorang suami wajib cemburu apabila isterinya dilihat berbual mesra dengan lelaki yang bukan muhrim baginya. Kalau sekarang ni, susah rasanya suami nak cemburu yer. Kalau tak, takkan la kita tengok kat tv tu, isteri orang berlakon adegan pegang-pegang tangan dengan suami orang. Itu semua lakonan katanya. Lakonan? Hello, dia tu isteri you. You bayar mahal-mahal, terketar-ketar pegang tangan tok kadi untuk dapatkan dia. Si isteri pun sama, masih kurang cemburunya. Kalau si suami bercakap lemah lembut dan bergurau senda dengan wanita lain pun takpe. Kawan katanya. Bukan ada hubungan sulit. Sedar atau tidak kita sedang memberi ruang kepada sebuah penceraian di dalam rumahtangga kita.


4. Ambil mudah perkara yang remeh temeh. Kalau masa bercinta, selalu tanya you sihat ke?dah makan ke? Tapi, bila dah jadi suami isteri, berat mulut rasanya nak tanya soalan-soalan macam tu lagi. Kenapa tak tanya macam zaman bercinta dulu? Yup...nampak remeh tapi tu tanda ambil berat.

Sebenarnya terlalu banyak sebab untuk bercerai itu. Ada orang ketiga, masalah kewangan dan macam-macam lagi la.
Kita mesti ingat akan sejarah. Tak kira la sejarah apa pun. Sejarah negara ke, sejarah diri sendiri ke, sejarah ape-ape je la. barulah kita akan menjadi seorang yang tidak lupa diri. Cuba fikir... 
Kenapa nak bercerai? Kenapa dulu, dia yang anda pilih untuk berkahwin? Apa sebabnya?
Kalau anda berkahwin sebab dia kaya, memang akan berlaku penceraian kalau dia jatuh miskin.
Kalau anda berkahwin sebab dia hensem, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah hodoh.
Kalau anda berkahwin sebab dia penyayang dan penyabar, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah bertukar sikap kepada panas baran.
Jangan lupa manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Berkahwinlah kerana Allah swt, kerana agama. Insyaallah, kita akan berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau sesiapa berkahwin di atas beberapa sebab, masih sempat untuk mengubah niat itu kerana Allah swt. Dengan siapa pun yang Allah swt jodohkan dengan kita, ingat itu yang terbaik untuk kita. Tiada lagi yang terbaik untuk kita selain yang Allah swt jodohkan itu. Walaupun kita ada dengar orang cakap...You tak sesuai la dengan dia. Hello...siapa dia untuk tentukan sesuai atau tidak.
Jaga rumah tangga masing-masing.
Jangan biarkan orang lain memasuki rumah tangga kita. Sembunyi atau terang-terangan. Kenapa ada sembunyi? Sebab ramai yang ada Facebook, MySpace dan sebagainya.
Jangan lupa Facebook penyebab banyak rumah tangga yang runtuh. Sebab tu kot sampai sekarang aku dan suami masih belum ada akaun Facebook.
Cuba beri yang terbaik untuk pasangan.
Bercintalah hingga ke akhirat dengan suami atau isteri anda. Percintaan yang paling manis adalah percintaan di alam rumah tangga.




Tuesday, February 8, 2011

Aku Hamil!!!


Khabar gembira yang aku nak sambung semalam tu adalah
AKU HAMIL!!!

Syukur sangat-sangat pada Allah SWT kerana mengizinkan aku untuk bergelar seorang ibu.
Insyaallah... 
Aku dan suami aku sangat gembira dan bersyukur di atas kegembiraan ini.
Maklum la dah 1 tahun 1 bulan 1 minggu dan 4 hari kami berkahwin, barulah aku hamil.
Dah lama dah tunggu saat-saat ni.
Dan kami sangat-sangat gembira tentang berita ini.
Sehinggakan aku mengalirkan airmata saat aku tahu keputusan ujian tu. Tak tahu nak cakap apa. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kecuali rasa syukur yang amat sangat pada Allah SWT. Barulah aku faham apa ertinya tangisan gembira. Sebab masa aku kahwin dulu pun, takde la pulak aku menangis kegembiraan walaupun aku gembira.
Tapi, bila tahu aku hamil ni aku mengalirkan airmata kegembiraan.
Aku tak sangka yang aku hamil walaupun aku selalu berangan begitu kalau period aku lambat.
Sebab aku dah hamil...so, aku gunakanlah internet ni untuk mencari info tentang amalan ketika ibu mengandung ni. So, aku ingin kongsikan di sini ye...
 Bacalah doa di bawah ini setiap masa tidak kira masa dan dimana kita berada yer...

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam kandunganku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, sempurnakan dia yang ada dikandunganku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Ok...
Tu je untuk kali ni yer...
Banyak lagi amalan-amalan lain untuk ibu mengandung tapi nanti kang panjang berjela pulak aku punya entri kali ni kan. So, cukup la yang tu.


Monday, February 7, 2011

No Idea


Tak de idea sebenarnya ni.
Layan je la...huhuhu...
Kita sekarang dah bulan Februari dalam tahun 2011.
Masih ingat lagi akan azam anda yang ditanam tika awal tahun baru ni? Adakah sudah hambar atau masih hangat seperti mana masuknya tahun baru?
Aku pulak takde azam yang tertentu cuma berharap tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.
Alhamdulillah...tahun 2011 membuka lembaran baru buat aku.
Banyak yang terjadi di dalam kehidupan kami suami isteri sejak di awal tahun 2011 lagi.
Di awal tahun 2011 aku berjaya dapatkan lesen kereta yang bertangguh sejk pertengahan tahun 2010 lagi. Alhamdulillah...leh la aku pusing-pusing dengan kereta kan lepas ni.
Gembira sangat dapat lesen kereta tu. Walaupun kena repeat kan. Masa tu aku fail untuk ujian 3 penjuru. Aku pernah citer kat dalam blog ni dulu.
Lepas tu untuk bulan Januari di tahun 2011 juga, kami membaut keputusan untuk berhijrah ke Selangor. Suami aku ambil keputusan untuk berhenti kerja kat Johor. Aku ikut saja ke mana suamiku pergi. Akhirnya kami kat Puchong la sekarang ni. Alhamdulillah....
Aku masih belum dapat kerja lagi. Ada juga pergi cari dan interview tapi Allah swt masih belum tentukan aku untuk bekerja. Takpe la. Apa yang Allah swt aturkan untuk aku adalah yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Aku juga sudah belajar untuk menerima apa pun ujian untukku. Kalau dulu, aku juga sering bermuram durja sebab tak dapat kerja. Sekarang ni aku makin menerima apa yang Allah swt berikan untukku. Untuk apa aku bermuram durja sebab aku hamba yang selalu lalai. Kiranya aku perlu sangat bersyukur sebab Allah swt masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah....
Dan untuk Februari 2011...
Aku juga ada khabar gembira...
Alhamdulillah...syukur yang amat sangat pada Allah swt.
Apa dia khabar gembira tu?
Sambung esok la ek...




Saturday, February 5, 2011

Baca Quran Pakai Speaker


Kali ni kita citer pasal bacaan Al-Quran ataupun wirid dengan menggunakan speaker sebelum menunggu waktu masuknya azan. Rasanya banyak masjid yang buat macam ni. Masa aku duk kat Johor dulu pun macam tu. Kalau bulan puasa, lagi awal dibaca Quran dan berhenti bila masuknya waktu berbuka. Aku ada baca tentang ni di blog Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ataupun drmaza.com. Aku ingin kongsikannya di blog aku ni. Sebab aku pun baru tahu tentang ni. Baca la yer...

Sumber : http://smma59.files.wordpress.com/2007/12/7140728.jpg 

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.
Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik.
Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. 
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”.
( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.




Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo