topbella
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Lelaki dan Perempuan

Kali ni nak citer pasal lelaki dan perempuan.
Pointnye adalah...perkara remeh bagi seorang lelaki tapi tidak pada perempuan. Begitu jugalah sebaliknya.
Sebagai contoh...
Perempuan anggap menemaninya saat ke klinik atau hospital adalah sesuatu yang penting. Tapi tidak bagi lelaki. Mungkin lelaki akan menganggap itu perkara biasa saja. Buat apa nak teman sedangkan isteri boleh pergi sendiri. Betul...boleh pergi sendiri tapi bagi seorang perempuan, itu satu keprihatinan dan juga satu sokongan dan semangat untuk dia. Pasti seorang perempuan akan tersenyum gembira hatta suaminya menemaninya mengambil ubat tika di klinik.
Kalau nak dikaji...rasanya banyak perkara yang lelaki anggap remeh tapi tidak bagi seorang perempuan.Begitu juga dengan perempuan...padanya adalah remeh tapi tidak bagi lelaki.
Contohnya bagi lelaki, dia akan rasa amat bermakna apabila isterinya menemaninya makan. Mungkin pada perempuan, takpe la tak teman makan pun janji aku dah masak.
Sedangkan itu adalah salah...
Allah swt menciptakan perempuan dan lelaki itu amat berbeza. Allah swt bekalkan 9 akal kepada lelaki untuk menangani nafsu isterinya yang 9 itu. Lelaki patut bijak menggunakan akal yang diberikan Allah swt itu sebaiknya. Bukan hanya tahu melenting bila isteri terlebih emosi sebabnya fitrah seorang wanita memang begitu. 9 nafsu itu bukan senang dikawal. Wanita perlukan lelaki untuk menanganinya.


Maaf...
Perkataan yang selalu dinantikan oleh perempuan apabila lelaki bersalah tapi itulah paling sukar dan payah untuk lelaki ungkapkan.
Mungkin bagi lelaki itu perkara remeh...buat apa nak minta maaf yang penting aku dah sedar dan rasanya tidak perlu mohon maaf. Tapi bagi wanita pula perkataan itu mampu menyejukkan segala amarah di dalam hati dan membuang segala rajuknya.
Lelaki dan wanita itu berbeza tapi kita disatukan di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kita perlu saling memahami dan cuba memahami antara satu sama lain kerana lelaki dan wanita amat berbeza sikapnya dan perangainya. Begitu juga dengan emosinya.

Friday, February 11, 2011

Kenapa ramai yang bercerai?


Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi dari setahun ke setahun.
Tu hakikatnya...
Kenapa ramai yang bercerai yer?
Apakah faktor-faktornya?
Rasanya banyak rancangan temu bual kat tv yang membincangkan topik ini.
Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai?
Entah...no comment.
Kalau aku, aku nak sebuah perkahwinan itu kekal di dunia dan akhirat.
Di kalangan artis begitu banyak kes-kes seperti ini.
Di kalangan orang ramai seperti kita yang tak dikenali pun ramai yang bercerai tapi tak dihebohkan seperti artis la kan. Tapi, kita boleh baca kes-kes seperti ini kat surat khabar.
Kenapa ramai yang bercerai?


Faktor-faktor kat bawah ni adalah pemikiran aku semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.
1. Kurangnya kesedaran tanggungjawab terhadap Allah swt, ibubapa, isteri dan anak-anak.
2. Masing-masing nak ada kehidupan luar walaupun dah berkahwin. Ye...kita perlukan kawan walaupun dah berkahwin. Tapi, kenapa harus kita mencari kawan yang berlainan jantina dengan kita?  Bukan ke mencari bala namanya tu? Kalau ada juga lah yang berkawan dengan berlainan jantina ni. Kenapa tak perkenalkan kepada suami atau isteri?
3. Kurangnya rasa cemburu di kalangan suami isteri. Cemburu itu perlu k tapi jangan melampau. Dalam Islam seorang suami atau isteri wajib cemburu. Cemburu yang bagaimana diwajibkan? Seorang suami wajib cemburu apabila isterinya dilihat berbual mesra dengan lelaki yang bukan muhrim baginya. Kalau sekarang ni, susah rasanya suami nak cemburu yer. Kalau tak, takkan la kita tengok kat tv tu, isteri orang berlakon adegan pegang-pegang tangan dengan suami orang. Itu semua lakonan katanya. Lakonan? Hello, dia tu isteri you. You bayar mahal-mahal, terketar-ketar pegang tangan tok kadi untuk dapatkan dia. Si isteri pun sama, masih kurang cemburunya. Kalau si suami bercakap lemah lembut dan bergurau senda dengan wanita lain pun takpe. Kawan katanya. Bukan ada hubungan sulit. Sedar atau tidak kita sedang memberi ruang kepada sebuah penceraian di dalam rumahtangga kita.


4. Ambil mudah perkara yang remeh temeh. Kalau masa bercinta, selalu tanya you sihat ke?dah makan ke? Tapi, bila dah jadi suami isteri, berat mulut rasanya nak tanya soalan-soalan macam tu lagi. Kenapa tak tanya macam zaman bercinta dulu? Yup...nampak remeh tapi tu tanda ambil berat.

Sebenarnya terlalu banyak sebab untuk bercerai itu. Ada orang ketiga, masalah kewangan dan macam-macam lagi la.
Kita mesti ingat akan sejarah. Tak kira la sejarah apa pun. Sejarah negara ke, sejarah diri sendiri ke, sejarah ape-ape je la. barulah kita akan menjadi seorang yang tidak lupa diri. Cuba fikir... 
Kenapa nak bercerai? Kenapa dulu, dia yang anda pilih untuk berkahwin? Apa sebabnya?
Kalau anda berkahwin sebab dia kaya, memang akan berlaku penceraian kalau dia jatuh miskin.
Kalau anda berkahwin sebab dia hensem, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah hodoh.
Kalau anda berkahwin sebab dia penyayang dan penyabar, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah bertukar sikap kepada panas baran.
Jangan lupa manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Berkahwinlah kerana Allah swt, kerana agama. Insyaallah, kita akan berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau sesiapa berkahwin di atas beberapa sebab, masih sempat untuk mengubah niat itu kerana Allah swt. Dengan siapa pun yang Allah swt jodohkan dengan kita, ingat itu yang terbaik untuk kita. Tiada lagi yang terbaik untuk kita selain yang Allah swt jodohkan itu. Walaupun kita ada dengar orang cakap...You tak sesuai la dengan dia. Hello...siapa dia untuk tentukan sesuai atau tidak.
Jaga rumah tangga masing-masing.
Jangan biarkan orang lain memasuki rumah tangga kita. Sembunyi atau terang-terangan. Kenapa ada sembunyi? Sebab ramai yang ada Facebook, MySpace dan sebagainya.
Jangan lupa Facebook penyebab banyak rumah tangga yang runtuh. Sebab tu kot sampai sekarang aku dan suami masih belum ada akaun Facebook.
Cuba beri yang terbaik untuk pasangan.
Bercintalah hingga ke akhirat dengan suami atau isteri anda. Percintaan yang paling manis adalah percintaan di alam rumah tangga.




Tuesday, January 25, 2011

Cantik Ke Hodoh?


Kali ni nak citer pasal cantik ke hodoh.
Tak kira la apa-apa pun kan, semua orang nak cantik-cantik saje kan. Padahal tanpa kita sedar, ciptaan Allah swt itu semuanya cantik dan indah belaka. Tapi, tu la mata kita kadang-kadang dikaburi oleh si setan yang durjana dan nafsu. Kalau tak, takkan ada orang yang silap menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Biasanya, kita selalu fikir orang akan hanya pilih yang cantik-cantik saja. Tak kira la baju ke, kasut ke, kereta ke, pinggan mangkuk ke...semua nak yang cantik.dan.....termasuklah dalam memilih pasangan.
Kalau perempuan...nak yang handsome je. 
Kalau lelaki...nak yang cantik dan lawa saja.
 Tak dinafikan masih ada yang tidak memilih rupa asalkan sedap mata memandang dah la kan. Lagipun setiap pandangan orang itu berbeza. Kita kata cantik, orang kata tak cantik. Kita kata tak lawa, orang kata lawa. Masing-masing punya pandangan yang berbeza. Cantik atau handsome bukannya jaminan untuk dapat kebahagiaan.
Pada aku, tak guna orang tu cantik tapi hatinya busuk. Biar tak berapa cantik pun, asalkan hatinya cantik, penuh dengan sifat mahmudah. Kecantikan itu akan terserlah di muka dengan sendirinya.


Kenal tak orang kat dalam gambar ni? Dialah heroin untuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Namanya Oki. Pada aku, dia tak cantik tapi dia sedap mata memandang. Lagi la sedap memandang sebab dia berjilbab dengan sempurna. Bukannya berjilbab tapi nampak leher. Lagi la nampak cantik sebab dia suka tersenyum.
Sebab tu tidak perlulah kita kejar orang cantik je. Kejarlah orang yang hatinya cantik. Kalau dapat rupawan dan hati yang cantik, itu rezeki dan anugerah daripada Allah swt.
So, cantikkan akhlak kita masing-masing sebelum kita cantikkan muka kita yer.
Untuk perempuan yang rasa dia tidak cantik, jangan terus rasa rendah diri kerana lelaki bukan menilai anda dari rupa walaupun ada juga lelaki yang sedemikian rupa. Tapi, masih begitu ramai lelaki yang tidak memandang rupa sebagai perkara utama untuk dijadikan pasangan. Yang penting...agama kita.
Carilah yang beragama tidak kira dia lelaki atau perempuan sebab hanya itu yang mampu membawa kita ke arah kebahagian. Insyaallah..kebahagian di dunia dan juga akhirat.






Thursday, January 6, 2011

Kau, tulang rusukku...

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA 

           dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah 
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI    : Apa khabar?
WANITA    : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang

            hilang?
LELAKI    : Belum.
WANITA    : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
            berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon
                            saya kalau kamu berkesempatanKamu tahu nombor  
            telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, 
Apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? 
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1699.msg190223;topicseen#new

*****


Ini hanya sebuah satu perkongsian daripada aku.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita itu.
Lelaki mempunyai 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. 
Lelaki itu sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.
Allah swt kurniakan lelaki dengan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional, tidak mudah tersinggung. Tidak seperti wanita yang cepat emosi, mudah tersinggung dan selalu menggunakan perasaan berbanding akalnya. Jika lelaki memanfaatkan kekuatan akal ini dengan sebaik-baiknya dan ditambah pula kesabaran, sudah pasti suami akan menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik yang hebat untuk anak dan isterinya. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Lelaki itu adalah makhluk yang banyak menggunakan akal 
(9 akal + 1 nafsu)
Wanita pula makhluk yang banyak menggunkana emosi. 
(9 nafsu + 1 akal)
Sebab itulah Allah swt meletakkan wanita di bawah penguasaan seorang lelaki.
Untuk memandu dan mendidik wanita supaya tidak terlalu ikut perasaan.
Bagi mendidiknya dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Kerana ia terjadi dari tulang rusuk yang bengkok.
Kalau terlalu kasar dalam membetulkannya, tulang rusuk akan patah.
Kalau tidak dibetulkan, tulang rusuk akan terus bengkok.
Untuk menghadapi kareneh wanita itu bukan senang. Sebab itulah lelaki perlu menggunakan akalnya untuk menghadapi kerenah wanita ini.
Nak atau tidak, suami terpaksa belajar sedikit sebanyk ilmu psikologi wanita dan memenuhkan dada dengan ilmu agama. Barulah dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dan menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Ceh...macam ahli psikologi la plak.
Fikir-fikirkanlah wahai kaum Adam...
Sudahkah anda mendidik tulang rusukmu sebaiknya?


Tuesday, December 21, 2010

Tahniah sahabatku!!!

Setiap orang mesti mempunyai sahabat.
Samada sahabat itu sahabat sejati ataupun tidak.
Ramai kawan tika kita senang, tiada seorang pun di sisi kita kala kita susah.
Adakah kawan ini digelar sahabat?
Pada aku, ini hanya kawan sahaja.
Untuk seronok dan senang je dia hadir. Dikala susah, ditinggalnya kita terkapai-kapai.
Baik tiada kawan daripada mempunyai kawan yang begini.
Sahabat terbaikku adalah suamiku dan mak aku.
Mereka adalah sahabat terbaik aku. Sentiasa di sisi aku kala susah dan senang.
Seterusnya barulah sahabat-sahabatku yang lain.
Sahabat pertamaku, Siti Ruhaila Abd Rahman.
Ku gelarnya Ila sahaja.
Anak tunggal.
Sekarang sudah bergelar 'teacher' di sebuah sekolah rendah di Kelantan.
Pejam celik pejam celik, sudah 11 tahun persahabatan kami.
Perkenalan kami tika kami masing-masing di Form One.
Dialah sahabat baik aku yang pertama.
Sebelum dia, aku tiada sahabat baik.
Sudah lama perkenalan kami tapi kami belum sekali pun bergaduh.
Kami jarang berjumpa tapi persahabatan kami kekal hingga sekarang.
Contact pun kadang-kadang je tapi dia selalu ku ingat sebagai seorang sahabat.
Dia tak pernah lupa hari jadiku...aku pula selalu lupa hari jadi dia.
Selalu tertukar...6 bulan 8 ke...8 bulan 6...??? tapi ku rasa???
Teruknya aku....tapi aku sayang sahabatku ini.
Nickname ku sekarang ini diberi oleh dia.
Semua kawan-kawanku panggil aku dengan nickname yang diberi oleh dia.
Tika di universiti, bila oarng tanya nak panggil apa ni?
Aku cakap je nickname yang Ila bagi. Ia tanda ingatan aku sebagai sahabat.
Doa-doaku sentiasa ada untuk dia.

Tika perkahwinanku, nasib baik dia datang...kalau  tak...memang kena la...
Kedatangan Ila bersama umi dan abinya buatku gembira.
Walaupun dah lewat petang dia datang...aku tak buka baju pengantin semata-mata tunggu dia datang.

Tidak lama lagi, sahabatku ini akan menjadi isteri orang....sepertiku juga.
Ku gembira dia temui jodohnya.
Bakal suaminya adalah 'classmate' ku tika tingkatan lima.
Keciknya dunia...agaknya inillah dipanggil jodoh.
Selepas tingkatan 3, Ila mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh.
2 tahun di SMK Tengku Muhammad Faris Petra.
Selepas itu, Ila terus ke matrikulasi.
Tidak lama, Ila mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke maktab.
Ila ke maktab dan akhirnya...menjadi
Seorang guru Bahasa English. Dipanggil 'teacher' bila di sekolah.
Sekarang bakal pula bertemu jodoh dengan teman sekelasnya juga
tika dalam tingkatan 1 hingga 3.
Terkejut juga aku pabila dia khabarkan tentang jodohnya itu.
Walaupun aku tidak dapat menghadirkan diri pada hari pertunangannya...
Aku ada gambarnya...!!!

Inilah sahabatku...Siti Ruhaila.

Bersama bakal suaminya...classmate dia dulu.hehe....


bersama barang hantarannya.

10 Disember baru-baru ini adalah hari pertunangan.
Maafkan sahabatmu ini kerana tidak dapat menghadirkan diri.
Namun, doa-doaku sentiasa mengiringimu.
Semoga bahagia sentiasa milikmu.

Untuk sahabatku ila...
Ku doakan kalian berdoa selamat diijab kabulkan.
Semoga kalian berdua tabah dan sabar menghadapi ujian dan rintangan sepanjang pertunangan ini.
Semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat.
Doaku untukmu sentiasa ada...
Semoga bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.
Tahniah di atas pertunanganmu...
Congratulation for your engagment...


Tuesday, October 5, 2010

Suamiku, Kekasihku

Dengan lafaz Bismillah
Aku memulakan bicara
Menyusun kata buat kekasihku, suamiku…

Kakanda,
Suami pujaan hatiku…
Di kala bait-bait puisi ini kurangkaikan
Dadaku terlalu berat
Nafasku sesak…
Ku rasakan hari merangkak lambat
Manakala kita tidak saling bertemu
Gunung kerinduan seakan-akan runtuh
oleh arus perpisahan yang menerjang
lautan dilihat sempadan
begitu zalim memisahkan
kau dan aku

Di dasar ketulan daging berwarna merah kehitaman,
Terbit rasa hiba yang mencuit nostalgia pilu,
Kerinduan tidak dapat dibendung lagi
Ketulan darah kehitaman antara ketulan daging yang berdegup
Dan rongga yang bernafas itu
Serasa dicucuk koyak dan cairan merah pekat
Mengalir di mana-mana

Suamiku, kekasihku…
Tetapi usahlah kau gundah
Kerana aku isterimu…
Sudah bisa mengerti
Pengorbanan kasih sucimu
Dan kerinduan itu bukanlah apa-apa
Hanya sekelumit gelora
Yang menguji cinta suci kita
Aku redha…
Demi Tuhan Yang Maha Mengetahui

Suamiku…pujaan hatiku…..
Di kala kedua bibirmu
Bergetar melafazkan akad
Aku sudahpun meletakkan dirimu
Sebagai raja dihatiku
Mana mungkin kumungkiri lafaz itu kerana
Martabatku
Kau lonjakkan ke persada mulia
Maruahku
Kau junjung ke puncak persona
Dari saat itu,
Jangan sesekali kau ragui cintaku
kerana
Jiwamu adalah hidupku
Nafasmu adalah nadiku
Tawamu adalah kebahagian
Tangismu adalah kedukaanku

Kakanda, suamiku…
Ingin aku lafazkan janji
Sebagai isteri kepadamu,
Inilah hak-hak mu ke atas diriku:
 Pertama
Akan ku patuhi kehendakmu
Tapi jangan engkau ingkari syariat-Nya
 Kedua
Akan ku terima dirimu sepenuh hatiku
Kurangmu kuredhai lebihmu kusyukuri
 Ketiga
Akan ku layani mu setiap detik
Sehingga nafasku yang terakhir
 Keempat
Keizinanmu ku pohonkan
Agar langkahku ke syurga tidak pincang
 Kelima
Kemampuanmu ku kagumi
Kerana engkau suami yang aku hormati
Keenam
Pemberianmu ku syukuri
Jerih perihmu aku hargai
 Ketujuh
Keindahanku hanya untukmu
Nikmatilah sepuas hatimu

Kekanda, suamiku…
Agar langkah kita tidak pincang
Berjalan tidak tempang
Larian kita tidak songsang
Maka berikanlah hak-hakku ke atas dirimu:
 Pertama
Berikan aku mahar mu
Itulah isyarat kewajipanmu
 Kedua
Layani aku bagaikan permaisuri
Kerana aku pilihanmu
 Ketiga
Berikan aku nafkah yang halal
Kerana aku tak mampu tanggung azab neraka
Keempat
Berlemah lembut dan sabarlah terhadapku
Kerana aku wanita lemah
 Kelima
Didiklah aku dan anak-anakmu
Kerana engkau pemimpin ke jalan syurga

Suamiku…
Demi keluarga sakinah
Yang penuh mawaddah dan rahmah
Izinkan aku
Untuk terus berada di sampingmu
Menjadi penghiburmu
Di kala sedih
Menjadi penyembuhmu
Di kala sakit
Menjadi penglipur laramu
Di kala sunyi
Menjadi tasik madumu
Di kala kau di puncak kerinduan
Jangan kau zalimi aku
Dengan memisahkan aku
Jauh darimu
Kerana redhamu aku dambakan
Untukku menuju
Ke syurga bahagia
Sebagaimana Yang Allah
Telah janjikan kepadaku

Suamiku….kekasihku
Aku mohon padamu
Dambakanlah aku
Sebagaimana Adam mendambakan Hawa
Hargailah aku
Sebagaimana Syah Jehan menghargai Mumtaz
Nescaya aku akan…
 Setia kepadamu
Sebagaimana Laila setia kepada Majnun
Mengagumimu
Sebagaimana khadijah mengagumi RasulNya.

Kakanda…suamiku…kekasih hatiku…
Adinda ingin akhiri puisi ini
Sebagai tanda bermulanya langkah
Menjadikan dirimu, kakanda  sebagai matlamat hidupku…
Jangan kakanda murka
Jika kata-kata ini menggetarkan amarahmu
Kerana niat adinda ikhlas
Mengungkapkan rasa cinta membara kepada mu Kakanda…
Semoga usaha kita menuju ke jalan bahagia
Dunia dan akhirat
Akan mendapat Keredhaan-Nya…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala apa yang terdetik di dasar hati hamba-hambanya...

Tuesday, September 28, 2010

Because of LOVE...

Love, kasih sayang, cinta
Ia satu perasaan yang tak mampu kita ungkapkan. Hanya orang yang rasa saja akan tau penangannya.

Kasihnya Allah SWT kepada kita dengan memberi apa saja pada kita walaupun kita lalai akan tanggungjawab kita sebagai hambaNYA di muka bumi Allah SWT ini. DIA bagi segalanya pada kita...nyawa, ibu dan ayah, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, suami atau isteri, rezeki, kerjaya, kenderaaan (x kira la motor ke kete), tempat tinggal yang selesa dan mcm2 lagi...
Memang x habis kalau nak disebut...Dalam hidup ini, ujian dan dugaan silih berganti menerpa hidup kita, yang mana kita gelarkannya sebagai masalah. Kata orang, bukan hidup namanya kalau tiada masalah. RIGHT?
Ujian dan dugaan ini, Allah SWT berikan pada kita kerana Allah SWT sayangkan kita.

Kasihnya ibubapa, ayah ibu, umi walid, mama papa pada kita dengan memberi segala kasih sayang dan apa saja pada kita. Kasihnya ibu pada kita dengan menjaga kita sejak dari kecil tanpa rasa letih dan penat. Ibu xkan biar sesekali nyamuk mengigit badan kita. Kasihnya ibu pada kita dengan memberi kita susu dari badanya. Yang kompem memang xde kat Tesco, Giant, Jusco n mana2 supermarketkat dunia ni.
Kasihnya ayah pada kita dengan mencari rezeki yang halal unutk diberi pada kita. Supaya kita dapat makan, pakai, tempat tinggal yng terbaik. Bekerja tanpa penat lelah demi menyara kita sekeluarga. Subahanaallah...hebatnya kasih sayang ibu bapa yang diberi oleh Allah SWT ini.
Kasihnya ibu bapa kita ...membuatkan mereka memarahi kita tatkala kita malas sembahyang, malas puasa, ponteng kelas, malas mengaji dan sebagainya...Kita dengan senang hati mengatakan ibu dan ayahku x sayangkan aku...sesunggunhya kasih sayang mereka tiada tandingan di dunia ini.
Mereka marah kita TAK SEMBAHYANG, TAK MENGAJI, TAK PUASA sebab TAKNAK kita MASUK NERAKA. Mereka marah kita PONTENG KELAS sebab mereka nak kita BERJAYA di DUNIA AKHIRAT. Marah itu TANDA SAYANG.

Untuk ma dan abah y ku sayangi...
Terima kasih kuucapkan untuk segalanya...pengorbananmu, kasih sayangmu dan semuanya...memang ku tak mampu untuk membalasnya. Kasih sayangmu pada kami 4 beradik tidak pernah putus sejak kami kecil sehinggalah kami berumahtangga. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Doaku semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa2 ma n abah dan semoga ma n abah bahagia d dunia dan akhirat.
Kak Long sayangkan Ma n Abah....SAYANG SGT2...

ma dan abah aku


Kasihnya suami pada isteri akan berkorban segalanya untuk membahagiakan isteri. Marahnya suami pada isteri kerana sayangnya pada isteri. Ujian dan dugaan yang Allah SWT berikan dalam rumahtangga adalah untuk mengikatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Kepada semua pasangan suami isteri termasuklah kami...bersabarlah dalam menangani segala ujian yang diberikan Allah SWT.

For my beloved husband,
Thanks for everything... I love u so much.
Ku doakan semoga kasih sayang kita akan mekar sehingga di akhirat kelak dan aku doakan semoga kita bahagia dunia akhirat.

nie gambar kartun suamiku jer...


p/s: For my husband and my mum, I'M SO SORRY for what happened on this day....

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo