Kali ni nak citer pasal lelaki dan perempuan.
Pointnye adalah...perkara remeh bagi seorang lelaki tapi tidak pada perempuan. Begitu jugalah sebaliknya.
Sebagai contoh...
Perempuan anggap menemaninya saat ke klinik atau hospital adalah sesuatu yang penting. Tapi tidak bagi lelaki. Mungkin lelaki akan menganggap itu perkara biasa saja. Buat apa nak teman sedangkan isteri boleh pergi sendiri. Betul...boleh pergi sendiri tapi bagi seorang perempuan, itu satu keprihatinan dan juga satu sokongan dan semangat untuk dia. Pasti seorang perempuan akan tersenyum gembira hatta suaminya menemaninya mengambil ubat tika di klinik.
Kalau nak dikaji...rasanya banyak perkara yang lelaki anggap remeh tapi tidak bagi seorang perempuan.Begitu juga dengan perempuan...padanya adalah remeh tapi tidak bagi lelaki.
Contohnya bagi lelaki, dia akan rasa amat bermakna apabila isterinya menemaninya makan. Mungkin pada perempuan, takpe la tak teman makan pun janji aku dah masak.
Sedangkan itu adalah salah...
Allah swt menciptakan perempuan dan lelaki itu amat berbeza. Allah swt bekalkan 9 akal kepada lelaki untuk menangani nafsu isterinya yang 9 itu. Lelaki patut bijak menggunakan akal yang diberikan Allah swt itu sebaiknya. Bukan hanya tahu melenting bila isteri terlebih emosi sebabnya fitrah seorang wanita memang begitu. 9 nafsu itu bukan senang dikawal. Wanita perlukan lelaki untuk menanganinya.
Maaf...
Perkataan yang selalu dinantikan oleh perempuan apabila lelaki bersalah tapi itulah paling sukar dan payah untuk lelaki ungkapkan.
Mungkin bagi lelaki itu perkara remeh...buat apa nak minta maaf yang penting aku dah sedar dan rasanya tidak perlu mohon maaf. Tapi bagi wanita pula perkataan itu mampu menyejukkan segala amarah di dalam hati dan membuang segala rajuknya.
Lelaki dan wanita itu berbeza tapi kita disatukan di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kita perlu saling memahami dan cuba memahami antara satu sama lain kerana lelaki dan wanita amat berbeza sikapnya dan perangainya. Begitu juga dengan emosinya.
0 comments:
Post a Comment