topbella

Tuesday, August 16, 2011

Mentega dan Marjerin

Genap 16 hari kita berpuasa hari ini.
Alhamdulillah...
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dan pahala dari segi amalan puasa kita kali ini.
Semua duk pakat sibuk dah buat kuih raya dan kek raya.
Masing-masing duk fikir nak buat kuih yang tesedap dan terbaik untuk tetamu nanti.
Duk asyik-asyik nak buat kuih raya dan pilih bahan buat kuih raya tu, jangan pula kita lupa check tanda halal kat barang yang kita beli tu yer.
Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.
Sekadar perkongsian daripada akhbar Kosmo semalam.


JAKIM SAHKAN MENTEGA HARAM!!!

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama 

Sama-samalah kita berhati-hati yer...
Di luar sana terlalu banyak yang haram.
Cuma itu 1 dalam seribu yang dapat dipantau dan dikesan.

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo