topbella

Wednesday, August 17, 2011

Zakat Fitrah


Alhamdulillah...
Dah lebih setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Sinonim dengan bulan Ramadhan, tentulah zakat fitrah.
Kali ni nak cerita pasal zakat fitrah ni. Sama-sama yer kita mencari ilmu...


Mengikut website Lembaga zakat Selangor adalah...
http://www.e-zakat.com.my/jenis-jenis-zakat-2/zakat-fitrah/pengenalan-syarat/
 
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat 

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
 
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
 Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber daripada http://denaihati.com/zakat-fitrah-seluruh-malaysia-2011
 
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

Akhir pesanan: Jangan lupa bayar zakat fitrah yer...:)


0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo