topbella

Tuesday, December 13, 2011

Potassium

Potassium ada dalam badan kita dan ianya AMAT PENTING.
Aku pun baru tahu yang potassium ni penting dalam badan kita. Kekurangan potassium dalam badan kita menyebabkan kita lemah badan. Tak mampu nak berjalan sendiri. Jangan kata nak berjalan sendiri...nak basuh muka sendiri pun tak mampu, nak bersihkan hadas kecil pun tak mampu.
Nak pegang gelas pun tak mampu sebab tak dapat nak genggam. Nak pegang sudu pun tak mampu...nak suapkan ke mulut lagi la kan...
Jangan tak percaya...
That's reality...

Sebab aku sendiri pernah kena panahan kurangnya potassium di dalam badan ni.
Masa tu aku masih dalam pantang. Aku ingat lagi...hari yang ke-20 aku pantang, aku tak mampu nak buat apa-apa. Nak angkat kaki pun tak mampu...nak pakai spek mata pun tak boleh.
Takde tanda-tanda awal...terus je kena.
Aku terus dibawa ke klinik kesihatan berdekatan. Ujian darah dibuat dan hasilnya kekurangan potassium yang amat sangat. Aku terus dimasukkan air garam dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Takut rupanya naik ambulans ni...first time dalam hidup.
Masa tu aku ditemani ma aku dan anak aku.
Aku terus dimasukkan ke wad. Lima hari gak ar aku tinggal kat wad tu.
Hari ni aku keluar wad, esoknya raya haji.
Nasib baik dapat keluar...kalau tak beraya dalam hospital la aku.

Doktor tanya aku...
adakah aku cirit birit? muntah-muntah? makan ubat tradisional atau minum air akar kayu?
Katanya potassium boleh kurang disebabkan hal-hal di atas.
Sedangkan aku tidak mengalami gejala yang dinyatakan doktor itu.
Sampai sekarang doktor tidak dapat kenal pasti kenapa potassium boleh hilang sebegitu banyak di dalam badan aku.
Tapi.......
Bila aku baca info yang aku baca kat internet tadi...aku rasa tanda tu ada la yang kena dengan aku. Sebab aku seorang yang minum air banyak.
Masa dalam wad tu, jururawat suruh aku makan pisang banyak-banyak sebab dalam pisang mengandungi banyak potassium. Aku asyik makan pisang je.



Ni infonya...

Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

Kesan kekurangan dan lebihnya potassium....
 Keletihan, lemah badan. Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot

 Sumber : http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm

12 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

thx utk pengkongsian ilmu pasal potassium :)

izan said...

boleh saya tau. Sampai sekarang ke masih belum tahu punca kekurangan pottasium tu? Ada buat futher test or check x lepas tu? Selepas tu ada lagi berulang kekurangan pottasium tu?

Anonymous said...

Sakit ni boleh sembuh x?

Junaida Watie said...

Baru tau mengenai penyakit ini, bahaya juga jika tidak dirawat, mungkin memerlukan suplemen kesihatan agar mereka sembuh sama-sama kita membantu:)

Anonymous said...

Saya pun kena masa pregnant,tgh tgu hari...mlm kedua dah bersalin...tiba2 je kaki menggeletar...takde muntah2 or cirit birit...tp saya pun jenis kuat minum air...doc suh mkn pisang jugak tp dah bersalin mana boleh mkn pisang...huhu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nk Tanya kurang potassium sama x dgn kurang garam DLM badan?

Unknown said...

Saya dh kena masa mengandung admit semiggu..paling teruk menganďung anak ke 2..takleh wat apa, seksa sgt hmm...

Unknown said...

Saya dh kena masa mengandung admit semiggu..paling teruk menganďung anak ke 2..takleh wat apa, seksa sgt hmm...

Unknown said...

So mcm mna nak sembuh?..sy pn kena bnda yg sma..skrg still mkn ubat..degupan jantung sy x normal..muntah, mual, xda nafsu makan tu normal x ??..lgi2 lpas mkn ubat..

Unknown said...

So mcm mna nak sembuh?..sy pn kena bnda yg sma..skrg still mkn ubat..degupan jantung sy x normal..muntah, mual, xda nafsu makan tu normal x ??..lgi2 lpas mkn ubat..

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© Diseñado por: Compartidisimo