topbella

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha adalah perayaan terbesar bagi umat Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri.

Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri  kerana meraikan kemenangan kita dalam ibadah berpuasa.
Berlainan pula dengan Hari Raya Korban, kita menyambutnya kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dalam menunaikan perintah Allah swt dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah swt. 
Istimewanya Hari Raya Aidiladha ini adalah ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiapkali menjelang Hari Raya Aidiladha ini.

Mengikut sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam iaitu 10 Zulhijjah, merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Al- Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
 Tidak sampai beberapa jam lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada suamiku yang tercinta, keluargaku yang tersayang, saudara maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini.


Di dalam hidup kita, kita sentiasa perlu berkorban, untuk mendapatkan sesuatu, kita juga perlu korbankan sesuatu. Itulah lumrah kehidupan yang sentiasa datang dan pergi dalam hidup kita.
Tahun lalu, aku dapat merasai satu perasaan yang lain apabila ku melihat saatnya lembu itu mahu dikorbankan...memang besar pengorbanan dan ketaatan  Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as  terhadap Allah swt. Di sudut hatiku, aku ingin sekali melakukan ibadah korban sekiranya diberikan rezeki oleh Allah swt. Insyaallah, impian aku itu akan tercapai.

Akhir kalam,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada seluruh umat Islam.
Maaf Zahir dan Batin





0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo