topbella

Monday, November 15, 2010

Perjalanan

Setiap yang bergelar manusia pasti akan melalui sebuah perjalanan,
sama ada senang atau sukar pasti kena melaluinya.
Kemalangan sering berlaku di Malaysia sehinggakan Malaysia menduduki tempat yang pertama di dalam dunia.
Hebatnya Malaysia...
Budi bahasa dikatakan cukup tinggi tetapi begitu kurang ajar dan gelojoh ketika di jalan raya.
Itulah perangai dan skap rakyat Malaysia.
Masing-masing lupa bahawa setiap pemandu berkongsi jalan raya, bukannya jalan raya itu kepunyaan anda seorang sehingga anda sesuka hati untuk tidak memberi signal ketika membelok.
Begitulah kebanyakan perangai para pemandu di Malaysia ini.
Di negara luar, laluan zebra adalah laluan paling selamat tetapi tidak di Malaysia, 
kerana di laluan zebra itulah anda berada di zon paling bahaya. 
Akhir-akhir ini, begitu banyak kemalangan yang melibatkan bas. 
Paling tragis melibatkan bas Delima baru-baru ini.
Perjalanan aku dari Johor ke Kuala Lumpur pada Sabtu lalu membuatkan hati aku kerisauan. 
Takut juga nak naik bas ni...
Teringat akan kawan aku yang sudah lama tidak pulang ke kampung kerana fobia akan kemalangan yang terlalu banyak melibatkan bas sehingga meragut nyawa.
Pemergianku dihantar oleh suami tercinta, perjalananku seorang diri kerana 
suamiku tidak dapat mengikut kerana bertugas.
Perasaan cemas bila naik bas keseorangan, lagi-lagi la tengah malam. Kelibat pemandu yang seakan bersikap kasar menambahkan lagi rasa 'cuak' di hati.
Perasaan ini agaknya dikongsi bersama penumpang lain.
Mungkin mereka juga teringat akan kemalangan ngeri yang melibatkan bas Delima.
Perasaan cemas masih di dalam hati...lantas ku sematkan di dalam hati, ajal maut di tangan tuhan, Allah swt. Kalau Allah swt menentukan aku mati malam ini disebabkan kemalangan, walau apa pun aku akan mati malam ini disebabkan kemalangan tanpa lewat sesaat pun. Keselamatan diriku, kusandarkan pada Yang Esa. 
Doaku semoga aku selamat sampai di tempat yang hendak dituju.
Sebelum itu, aku telah memohon kemaafan dari suamiku tercinta supaya
aku dimaafkan di dunia akhirat andai ajalku tiba malam ini. 
Maaf ku pinta kerana bercakap sedemikian sebelum ku pergi, cuma ku ingin ingatkan ajal itu begitu dekat, tanpa kita bersedia, orang yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata sahaja. 
Ajal itu datang tanpa kita sedari.
Alhamdulillah, aku selamat sampai jua ke destinasi.
Bersyukur pada Allah swt.
Perjalananku diteruskan lagi dari Kuala Lumpur ke kampungku.
Kali ini, perjalananaku bersama ma, abah, adik perempuanku dan juga 
anak saudaraku yang berumur 1 tahun. 
Kali ini, pemandu adalah adik perempuanku. 
Kami bergilir menemani adikku memandu, risau dia mengantuk jer.
Berkat dari Yang Maha Esa, alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.



Begitulah perjalanan di jalan raya di Malaysia.
Keadaan begitu menakut dan mengerikan.
Bertambah-tambah la kemalangan apabila tibanya perayaan.
Berbagai-bagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu di Malaysia ini.
Tetapi, pada pemerhatian aku, rakyat Malaysia begitu sombong dan ego ketika berada di jalan raya. Keselamatan diri menjadi taruhan. 
Semuanya ingin cepat tanpa mempedulikan keselamatan diri dan insan tersayang.
Apakah rakyat Malaysia terlalu berani? atau terlalu ganas di jalan raya?

Wahai rakyat Malaysia termasuk diriku...
Sedarlah, anda berkongsi jalan raya dengan pemandu lain.
Hormatilah hak pemandu lain dan sediakanlah diri anda untuk memberi hak anda kepada pemandu lain.
Bersedialah untuk berkongsi jalan raya itu...
Kalau perkongsian itu berjaya, Insyaallah perjalanan anda lebih selamat dan kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia...
Berhati-hatilah memandu ketika di jalan raya sempena kepulangan anda untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang tinggal 1 hari lagi.
Sentiasa berhati-hati memandu ketika di jalan raya.

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo