topbella

Tuesday, November 23, 2010

Aidiladha dan Korban

Beberapa hari yang lalu, seluruh umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha.
Bila kita sebut Aidiladha, kita akan teringat tentang korban.
Kita juga akan menyebut Hari Raya Aidiladha sebagai Hari Raya Korban,
begitulah rapatnya ibadah korban itu dengan Aidiladha.

Mengikut sumber daripada http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/

Hukum korban adalah sunat dalam Mazhab Syafie, tidak kira orang itu adalah miskin ataupun berada.
Manakala bagi Mazhab Hanafi pula, wajib korban bagi orang yang berada dan sunat bagi orang miskin.

Boleh juga kita diniatkan aqiqah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding dengan korban. Tujuh bahagian daging korban (tidak termasuk aqiqah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di akhirat kelak.

Kita disunatkan memakan daging korban sendiri, yakni lembu yang dikorbankan oleh kita.
Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorbankan tetapi daging lembu B yang diberi,
(dicampur-campur daging lembu A dan B).
Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).
Daging korban boleh dibahagikan kepada orang kaya ataupun miskin, walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberikan kepada orang kafir (bukan Islam).
Mengenai daging  korban boleh disimpan ataupun tidak, pada permulaan Islam, tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.
 Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
 --------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini, pada hari raya pertama, 
adik lelaki aku telah melakukan ibadah korban sebanyak 1 bahagian daripada 7 bahagian.
Orang kata, raya Aidiladha di Kelantan adalah meriah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Pada pendapatku, kerana di Kelantan, begitu ramai orang di Kelantan yang melakukan ibadah korban, tak kira orang itu miskin ataupun kaya.
Yang penting, setiap orang berlumba-lumba untuk membuat ibadah korban
Aku rasa di situlah sebab meriahnya raya Aidiladha di Kelantan.
Kalau tidak melakukan korban di Hari Raya Aidiladha, ku dapat rasakan tiada meriahnya dan 'feel' raya Aidiladha itu sendiri.
Bezanya raya Aidiladha adalah kami di Kelantan tidak menyediakan makanan sebanyak seperti Hari Raya Aidilfitri kerana lebih suka untuk menjamah daging korban.
Aktiviti kunjung mengunjung juga sedikit kurang berbanding Raya Aidilfitri kerana
masing-masing sibuk untuk menjalankan ibadah korban yang hanya dapat dilakukan
selama 4 hari sahaja.
Kuih raya juga kurang disediakan, malah ada yang tidak menyediakannya langsung.
Biasanya, kalau ada tetamu yang berkunjung, kami hanya menjamu tetamu dengan hidangna daripada daging korban dan nasi putih. Bermacam-macam jenis masakan tetapi daripada daging korban, seperti sup tulang, sup daging, singgang tulang, gading goreng, sup perut dan bermacam-macam lagi la...
Yang penting, tetamu di jamu dengan daging korban.
Itulah bezanya di Kelantan, mungkin di situlah kemeriahannya.

Lembu baru ditumbangkan.

Sesudah bertakbir, tiba saatnya untuk disembelih.

Lembu baru sudah disembelih.
Mengagihkan daging korban kepada 7 bahagian.

Begitulah yang berlaku di pagi raya Aidiladha di kampungku baru-baru ini.
Saat melihat lembu itu disembelih terasa kelainan di hati ini.
Sejurus disembelih sehingga putus halkum, lembu mengerang kesakitan.
Syahdunya ketika itu.
Selepa situ, kita hendaklah menunggu lembu itu sampai mati.
Kemudian, barulah dilapah kulitnya dan dagingnya dibahagikan kepada 7 bahagian.
Aku teringin untuk menunaikan ibadah korban ini.
Insyaallah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku ingin menunaikan ibadah korban ini pada tahun hadapan. Insyaallah...
Semoga Allah swt memakbulkan doaku ini.






0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo