topbella

Monday, November 1, 2010

Emosi

Manusia mempunyai pelbagai emosi dan perasaan setiap hari.
Setiap hari kita mengalami pelbagai emosi.
Ada marah, suka, duka, tangis, tawa, gembira, bahagia, sengsara, derita
dan macam-macam lagi la.
Begitu juga aku, insan yang lemah dan kerdil di sisi Allah swt.
Adakala emosi yang datang membuatkan 
kita tidak mampu menangani dengan cara yang betul.
Adakala kita dipengaruhi emosi yang menyebabkan kita begitu senang untuk buat kesilapan.
Bila emosi menguasai diri, tiada guna lagi akal yang diberikan Allah swt ini.
Sudah hilang segala kebijaksanaan akal
Sudah hilnag ketenangan jiwa.

 
Emosi aku sekarang 'frust' ataupun kecewa...
SEBAB 
Aku gagal ujian memandu tadi. Aku gagal di bahagian 3 penjuru...
GERAM BETUL!!! 
Aku yakin aku mampu buat dan boleh buat,
suamiku juga yakin aku boleh buat, cikgu yang mengajarku juga yakin aku boleh buat.
Tapi, itulah hakikat...aku gagal.
Tapi, hati aku terubat apabila aku lulus ujian jalan raya. Kata cikguku, ujian jalan raya lagi susah tapi aku lulus. Dia katakan padaku, tiada rezeki awak untuk lulus lagi.
Selepas sembahyang zohor tadi, aku terfikir kenapa aku gagal?
 Hatiku jawab, supaya aku tidak bangga diri. Supaya aku sedar akan kekuasaan Allah swt
yang mampu mengubah segalanya walaupun kita sudah sehabis daya mencubanya.
Kalau aku lulus, mungkin aku akan cakap, hebatnya aku...
Mungkin disitu nanti aku lupa akan kekuasaan Allah swt yang membuatkan aku nampak hebat. Kita sering lupa akan kekuasan Allah swt bila kita berjaya.
Kita akan kata, ini kerana usaha aku, padahal kita lupa ada yang ESA yang 
membuatkan kita berjaya.
Begitulah emosi, sekejap sedih dan kecewa, selepas itu gembira.
Sentiasa datang silih berganti.
Aku pernah mendengar ceramah LA' TAHZAN. Maksudnya JANGAN BERSEDIH.
Di dalam ceramah itu mengatakan 
kenapa kita perlu bersedih apabila kita kehilangan orang tersayang?
Kenapa kita perlu sedih bila usaha kita tidak mendatangkan hasil?
JANGAN BERSEDIH...
Kerana, siapalah kita untuk bersedih apabila kehilangan orang tersayang...
kerana Allah swt sudah mengatakan bahawa DIA meminjamkan kepada kita untuk sementara waktu. 
Kita yang salah kerana buat seperti harta sendiri padahal ia milik Allah swt.
Ini semua buat peringatan untuk diriku, 
aku banyak berfikir apabila mendengar ceramah ini.
Siapalah kita untuk mengatakan kenapa usaha aku tidak berhasil?
Allah swt memberikan kita segalanya, nyawa, ibubapa, keluarga, kasih sayang, rezeki dan macam-macam lagi. Memang tidak dapat dihitung. 
Tapi, apa yang kita buat untuk Allah swt?
Sembahyang kita jarang yang sempurna, puasa kita ada yang tertinggal, apa yang disuruh kita liat untuk membuatnya, apa yang dilarang kita galak membuatnya.
Apa kita fikir kita harus bersedih?
Adakah kita layak untuk mengatakan kenapa tuhan buat aku begini?
Apa dosaku?
KITA TIDAK LAYAK!!!
Dosa kita terlalu banyak, tanpa sedar ataupun tidak.
Untuk diriku sendiri dan semua, janganlah terlalu ikut emosi, boleh bersedih tapi jangan melampau dan meraung-raung seperti orang hilang akal. Jangan ikut hati, nanti mati.
Yang penting setiap kesalahan yang kita buat, kita sedar dan menyesal
dan cuba dekatkan diri dengan Allah swt
Tepuk dada tanya iman,
jangan ditanya pada selera kerana 
kalau ikut selera semuanya mahu tanpa mengira halal atau haram.

Okeh, sebelum berakhir, aku ingin ucapkan sesuatu...
Takziah kepada sahabat kami,  Mohd Najimudin dan keluarganya, di atas
pemergian ibunya ke rahmatullah pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada abang kami, Mohd Yusri Mat Yusof dan pasangannya, di atas kelahiran puteri sulung mereka, Ummu Althafunnisaa Mohd Yusri pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada diriku sendiri, hehe...:)
kerana telah lulus ujian memandu di jalan raya pada 1 November 2010,  walaupun gagal
ujian di dalam litar, it's ok, it's alright. Aku akan cuba lagi.

Begitulah kehidupan, ada gembira, ada sedih...
Kita sebagai hambaNYA harus menerima dengan redha walaupun payah.
AL-FATIHAH untuk arwah ibu sahabat kami.....

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo