topbella

Monday, December 27, 2010

Bola... Bola... Bola...

Kaki apa yang paling banyak kat dunia ni?
Jawapannya kaki bola la...
Tak terbilang ramainya kaki bola di seluruh pelusuk dunia ini.
Tahun ni juga berlangungnya Piala Dunia...
Piala untuk sukan apa?
Sukan bola la...
Time tu semua duk pakat demam bola. Ada yang gaduh dengan isteri semata-mata nak tengok bola.
Ada juga isteri yang merajuk disebabkan bola ni.
Majikan jugak duk komen akan prestasi anak buahnya. Makin merosot.
Ada yang MC, ada yang tidur waktu keje, ada yang lambat masuk kerja.
Mana tak lewatnya...pukul 5 pagi baru nak tidur sebab lawan bola baru habis.
Hebat juga penangan bola ni, lagi-lagi time piala dunia.
Terbaru...semalam...malam tadi la...Piala Suzuki AFF.
Malaysia menang bro!!!!!! 

picture from harian metro online


kalahkan Indonesia dengan 3-0.
Boleh tahan jugak malam tadi. Aku pun layan jugak bola ni walaupun perempuan.
Orang kata perempuan ni jarang layan bola.
Biasanya aku layan sebab nak teman husband aku tengok bola la.
Best jugak Malaysia main semalam.
Apa-apa pun...
Tahniah untuk semua pemain Malaysia yang telah bertungkus lumus menyumbatkan gol.
Skrip berbeza dipamerkan oleh anak didik Rajagobal bermula separuh masa kedua dengan lebih banyak mengawal permainan dan saat yang ditunggu oleh jutaan rakyat 
Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-62 apabila Mohd Safee menewaskan penjaga gol lawan, Markus Harison Rihihina dengan rembatan leret di dalam kotak penalti.
Bola berpunca gerakan licik Norshahrul Idlan Talaha yang menewaskan pemain pertahanan Indonesia, Maman Abdurachman disebelah kiri gol lawan sebelum membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan dengan yakin menolak kepada Mohd Safee yang sedia menunggu.
Pemain gantian, Mohd Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal di bahagian sayap kiri menambah derita Sang Garuda apabila rembatan kencang menewaskan Markus pada minit ke-67.
Belum pun Markus kembali tenang, Mohd Safee sekali lagi mempamerkan ketajamannya apabila tandukannya menewaskan penjaga gol veteran itu sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol mengatasi Cristian Gonzales yang menjaringkan tiga gol.
Quote from http://www.hmetro.com.my/articles/Strategimemukau/Article/

Time separuh masa pertama tu...macam tak best je aku tengok.
Husband aku pun tukar siaran lain. Kitorang pun layan la citer pulak.
Selepas itu, terkejut aku...tiba-tiba je dengar suara orang menjerit gembira.
Nak bergegar aku rasa rumah ni. Dah la rumah aku atas sekali.
Aku cakap mesti gol ni.
Apa lagi, terus tukar siaran la...sekali betul daa...gol.
Hahaha...gembiranya...
Apa lagi...terus layan bola la...pastu gol lagi...pastu gol lagi....
Hahaha....amik ko...3 gol kitorang bagi.
Tapi, ada gak kekecewaan yang aku nak cakap kat sini.
Tak baik la diorang halakan cahaya laser kat pemain Indonesia tu.
Tak tahu la angkara siapa...tapi tak elok kita buat macam tu.
Menang kalah adalah adat pertandingan.
Kalau kita kalah sekalipun, biar kita kalah secara bermaruah.
Kalau kita menang, kita akan menang dengan bangga.
Ni kita nak halakan laser kat pemain lawan pulak sampai permainan tergendala.
Tak best la gitu kan?
Tunjukkan kita, rakyat Malaysia punya sifat yang baik, nilai murni yang tinggi.
Kalau orang luar tengok...dia pasti kata...oh...macam ni rupanya orang Malaysia.
Tak best la kalau kita dengar.
So, kepada rakyat Malaysia semua termasuk aku...
ubah sikap itu...jangan di buat lagi...
buat malu Malaysia je. 
Walau apa pun...
Tahniah kepada semua pemain Malaysia untuk kemenangan malam tadi.
Teruskan bemain dengan lebih hebat lagi untuk pertandingan yang kedua ini yang akan berlangsung di Jakarta.
Semoga kemenangan milik Malaysia.
Kalau menang...first time la kita menang ek...
hehehe...mintak-mintak la menang.
Pemenang Piala Suzuki AFF bagi tahun 2010 ialah MALAYSIA!!!
hahaha....
Berangan jap...mintak-mintak la jadi kenyataan ye....




0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo