topbella

Sunday, December 12, 2010

Wanita Merokok

Katakan tidak merokok!!!
Kita sering kali mengaitkan rokok dengan lelaki.
Namun, dunia makin canggih dan moden sehingga wanita pun merokok.
YE!!!
Begitu ramai sekarang perokok di kalangan wanita...
Ada yang masih bujang dan ada juga yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Sudah hilang rasa kasih sayang seorang ibu apabila merokok di saat mengandung.
Betul..... rasa kasih sayang seorang ibu sudah tidak sehebat dulu...
Ibu mengandung sedang memberi racun kepada anak yang dikandungnya.
Seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang dilahirkannya di lorong-lorong sepi, di tepi-tepi jalan, di tempat buangan sampah dan merata tempat.
Semalam, aku terserempak lagi dengan wanita merokok.
Kali pertama aku tengok wanita merokok ialah ketika aku tinggal di Kuala Lumpur.
Amat terkejut dengan fenomena itu.
Mungkin inilah baru kata moden dan 'rock' ek.
Sedih melihat wanita merokok.
Aku tidak dapat menguraikan bagaimana perasaan aku apabila melihat wanita merokok.
Seolah-olah hilang norma sebagai seorang wanita. Yang penuh dengan kelembutan.
Entah lah dunia...
Pelbagai racun ada di sebalik sebatang rokok.

Di bawah ini adalah fakta tentang ROKOK...
 
MEROKOK ADALAH HARAM
 Muzakarah Jawantankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan  
bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995
bersetuju  membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. 
Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut.
Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.






Memang sah dan nyata bahawa rokok mendatangkan keburukan di dalam hidup kita.
Kepada perokok di luar sana...tidak kiralah lelaki atau wanita...
Berhentilah merokok....
Sayangilah diri anda dan orang di sekeliling anda.
Betul ke anda sayangkan anak, isteri dan keluarga anda?
Kalau betul la anda sayang, berhentilah merokok.
Orang di sekeliling anda mendapat extra keburukan dari anda akibat merokok.
Orang yang menyedut asap rokok lagi bahaya berbanding orang yang menghispa rokok.

Fikir-fikirkanlah...
Kenapa rokok harus menjadi keperluan anda?

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!!!




0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo