topbella

Tuesday, November 9, 2010

Dosa Meninggalkan Solat

lAda sesuatu yang ku ingin kongsikan di sini, iaitu dosa meninggalkan solat.
Apakah dosanya sekiranya kita meninggalkan solat 5 waktu itu yang
merupakan tiang agama.
Tiada tiang, tiadalah rumah...
Tiada solat, ada ke agama? Anda jawab la sendiri.

Sembahyang itu tiang agama

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-
Subuh
 Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun di akhirat. (*** 1 tahun di akhirat = 1000 tahun di dunia = 60,000 tahun)

Zuhur 
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar 
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib 
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak 
Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."
Subhanallah, betapa besarnya dosa kita sekitanya kita meninggalkan solat dengan sengaja.
Ini peringatan kepada diriku yang sentiasa lalai dan juga seluruh umat Islam di luar sana.
Di bawah ini pula merupakan antara azab kerana meninggalkan solat.

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
  • Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
  •  Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
  • Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
  •  Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
  • (su'ul khatimah)
  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
  • Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
  •  Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
  • (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
  • Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
  •  Allah SWT tersangat murka kepadanya.
  • Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
p/s : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Sumber : http://tazkirah.yolasite.com/info-islam.php

Renung-renungkanlah kata-kata di atas. 
Adakah kia terlalu kuat untuk menerima azab neraka yang maha hebat?
Adakah kita terlalu bijak pandai untuk bersoal jawab dengan Mungkar dan Nakir?
Apa guna kita bekerja siang malam mencari rezeki tetapi kita mengabaikan solat.
Sesungguhnya rezeki yang kita perolehi dengan hasil titik peluh kita sendiri itu
tidak mendapat keberkatan dari Allah swt.
Apakah kita terlalu gagah berani dan mampu tahan sakit apabila sakaratul maut
datang mencabut nyawa kita?

SAMA-SAMALAH KITA INSAFI DAN MUHASABAH DIRI...
Apakah cukup sembahyang 5 waktu kita selama ini?
Sama-samalah kita insaf dan bertaubat sekiranya kita sedar akan kesilapan kita itu.
Sesunggunhnya Allah swt itu Maha Pengampun.

DIA sentiasa ada untuk kita cuma kita yang sentiasa tiada untuk DIA.

Wallahualam...

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

Esok cuti!!!
Esok merupakan cuti umum persekutuan seluruh Malaysia bersempana sambutan 
Hari Deepavali yang di rayakan oleh semua penganut agama Hindu 
di seluruh dunia dan juga Malaysia.
Mungkin ramai yang mengambil kesempatan cuti ini untuk
balik ke kampung masing-masing.


 Sedikit info tentang sambutan Deepavali di Malaysia
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu
dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat.
Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam",
hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat
daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan
lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam"
di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu 
dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Akhir kata,
Happy Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia
yang menganut agama Hindu.
Semoga seluruh rakyat Malaysia dapat hidup aman damai dan harmoni
tanpa mengira agama dan bangsa.


Monday, November 1, 2010

Emosi

Manusia mempunyai pelbagai emosi dan perasaan setiap hari.
Setiap hari kita mengalami pelbagai emosi.
Ada marah, suka, duka, tangis, tawa, gembira, bahagia, sengsara, derita
dan macam-macam lagi la.
Begitu juga aku, insan yang lemah dan kerdil di sisi Allah swt.
Adakala emosi yang datang membuatkan 
kita tidak mampu menangani dengan cara yang betul.
Adakala kita dipengaruhi emosi yang menyebabkan kita begitu senang untuk buat kesilapan.
Bila emosi menguasai diri, tiada guna lagi akal yang diberikan Allah swt ini.
Sudah hilang segala kebijaksanaan akal
Sudah hilnag ketenangan jiwa.

 
Emosi aku sekarang 'frust' ataupun kecewa...
SEBAB 
Aku gagal ujian memandu tadi. Aku gagal di bahagian 3 penjuru...
GERAM BETUL!!! 
Aku yakin aku mampu buat dan boleh buat,
suamiku juga yakin aku boleh buat, cikgu yang mengajarku juga yakin aku boleh buat.
Tapi, itulah hakikat...aku gagal.
Tapi, hati aku terubat apabila aku lulus ujian jalan raya. Kata cikguku, ujian jalan raya lagi susah tapi aku lulus. Dia katakan padaku, tiada rezeki awak untuk lulus lagi.
Selepas sembahyang zohor tadi, aku terfikir kenapa aku gagal?
 Hatiku jawab, supaya aku tidak bangga diri. Supaya aku sedar akan kekuasaan Allah swt
yang mampu mengubah segalanya walaupun kita sudah sehabis daya mencubanya.
Kalau aku lulus, mungkin aku akan cakap, hebatnya aku...
Mungkin disitu nanti aku lupa akan kekuasaan Allah swt yang membuatkan aku nampak hebat. Kita sering lupa akan kekuasan Allah swt bila kita berjaya.
Kita akan kata, ini kerana usaha aku, padahal kita lupa ada yang ESA yang 
membuatkan kita berjaya.
Begitulah emosi, sekejap sedih dan kecewa, selepas itu gembira.
Sentiasa datang silih berganti.
Aku pernah mendengar ceramah LA' TAHZAN. Maksudnya JANGAN BERSEDIH.
Di dalam ceramah itu mengatakan 
kenapa kita perlu bersedih apabila kita kehilangan orang tersayang?
Kenapa kita perlu sedih bila usaha kita tidak mendatangkan hasil?
JANGAN BERSEDIH...
Kerana, siapalah kita untuk bersedih apabila kehilangan orang tersayang...
kerana Allah swt sudah mengatakan bahawa DIA meminjamkan kepada kita untuk sementara waktu. 
Kita yang salah kerana buat seperti harta sendiri padahal ia milik Allah swt.
Ini semua buat peringatan untuk diriku, 
aku banyak berfikir apabila mendengar ceramah ini.
Siapalah kita untuk mengatakan kenapa usaha aku tidak berhasil?
Allah swt memberikan kita segalanya, nyawa, ibubapa, keluarga, kasih sayang, rezeki dan macam-macam lagi. Memang tidak dapat dihitung. 
Tapi, apa yang kita buat untuk Allah swt?
Sembahyang kita jarang yang sempurna, puasa kita ada yang tertinggal, apa yang disuruh kita liat untuk membuatnya, apa yang dilarang kita galak membuatnya.
Apa kita fikir kita harus bersedih?
Adakah kita layak untuk mengatakan kenapa tuhan buat aku begini?
Apa dosaku?
KITA TIDAK LAYAK!!!
Dosa kita terlalu banyak, tanpa sedar ataupun tidak.
Untuk diriku sendiri dan semua, janganlah terlalu ikut emosi, boleh bersedih tapi jangan melampau dan meraung-raung seperti orang hilang akal. Jangan ikut hati, nanti mati.
Yang penting setiap kesalahan yang kita buat, kita sedar dan menyesal
dan cuba dekatkan diri dengan Allah swt
Tepuk dada tanya iman,
jangan ditanya pada selera kerana 
kalau ikut selera semuanya mahu tanpa mengira halal atau haram.

Okeh, sebelum berakhir, aku ingin ucapkan sesuatu...
Takziah kepada sahabat kami,  Mohd Najimudin dan keluarganya, di atas
pemergian ibunya ke rahmatullah pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada abang kami, Mohd Yusri Mat Yusof dan pasangannya, di atas kelahiran puteri sulung mereka, Ummu Althafunnisaa Mohd Yusri pada 29 Oktober 2010.
Tahniah kepada diriku sendiri, hehe...:)
kerana telah lulus ujian memandu di jalan raya pada 1 November 2010,  walaupun gagal
ujian di dalam litar, it's ok, it's alright. Aku akan cuba lagi.

Begitulah kehidupan, ada gembira, ada sedih...
Kita sebagai hambaNYA harus menerima dengan redha walaupun payah.
AL-FATIHAH untuk arwah ibu sahabat kami.....

Friday, October 29, 2010

Tarikan wanita


Tarikan wanita memang hebat.
Mata seorang lelaki akan terus memandang kepada seorang wanita.
Ada yang memandang kerana tarikan yang disebabkan kecantikan raut wajah, keseksian tubuh badan atau pemakaian ataupun lenggang lenggok si wanita berjalan.
Teringat peristiwa ketika aku dan suamiku menghadiri majlis perkahwinan kawan suamiku
di Kota Tinggi hujung minggu lepas. 
Si lelaki memandang si wanita dari jauh lagi, aku sendiri pelik kenapa
hendak melihat wanita lain sedangkan sudah beristeri.
Kalutnya dia apabila suamiku mengatakan isterinya datang.
Mungkin inilah dinamakan tarikan wanita tanpa mengira seseorang itu 
sudah berkahwin ataupun tidak.
Selepas itu, aku terpandang pula si teruna yang masih belum berkahwin sedang asyik
melihat tubuh si wanita yang berbaju jarang. 
Aku tak pasti si wanita tadi sudah berkahwin ke belum.
Wahai wanita, mengapa didedahkan tubuh anda untuk santapan mata lelaki
atau anda sedang cuba menarik menarik perhatian lelaki?
atau lelaki yang semenangnya mudah tertarik kepada anda?

 Itu tarikan wanita di dunia, ia sesuatu yang mengasyikkan dan menyeronokkan bagi si mata lelaki.
Sekarang aku nak kongsikan tarikan wanita di akhirat kelak.
Kalau di dunia, rasanya semua golongan lelaki akan tertarik kepada wanita
tak kira muda atau tua, berkahwin atau bujang.
Tapi, kalau di akhirat nanti terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan apabila lelaki
ditarik wanita seperti di dunia, kerana ini ditarik ke neraka.
Mereka itu adalah:
Ayahnya
Apabila seorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. 
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.  
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?menutup aurat?pengetahuan agama?
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
 
Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.  
(p
/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 
Keluarga yang sakinah
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
Adik-adk perempuannya yang menjadi tanggungjawab abangnya
Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. 
Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.  
(p/s; Duhai anak-anak lelaki...sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa...
keran ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa. 
Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak,
kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)  
 
Lihatlah.....
Betapa hebatnya tarikan wanita.
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.  
 
Azab api neraka itu maha hebat

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

 
 p/s: Ambillah ikhtibar dari petikan ini. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi petikan ini kepadaku.
Sesunggunhnya azab api neraka itu maha hebat. Sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain kerana manusia itu mudah lupa. Bukan hanya Melayu sahaja. 
Selagi ia digelar manusia, selagi itulah sifat lupa adalah dekat dengannya. Tanpa mengira seseorang itu adalah Melayu, Cina. India atau apa bangsa sekalipun.

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo