topbella

Friday, October 29, 2010

Tarikan wanita


Tarikan wanita memang hebat.
Mata seorang lelaki akan terus memandang kepada seorang wanita.
Ada yang memandang kerana tarikan yang disebabkan kecantikan raut wajah, keseksian tubuh badan atau pemakaian ataupun lenggang lenggok si wanita berjalan.
Teringat peristiwa ketika aku dan suamiku menghadiri majlis perkahwinan kawan suamiku
di Kota Tinggi hujung minggu lepas. 
Si lelaki memandang si wanita dari jauh lagi, aku sendiri pelik kenapa
hendak melihat wanita lain sedangkan sudah beristeri.
Kalutnya dia apabila suamiku mengatakan isterinya datang.
Mungkin inilah dinamakan tarikan wanita tanpa mengira seseorang itu 
sudah berkahwin ataupun tidak.
Selepas itu, aku terpandang pula si teruna yang masih belum berkahwin sedang asyik
melihat tubuh si wanita yang berbaju jarang. 
Aku tak pasti si wanita tadi sudah berkahwin ke belum.
Wahai wanita, mengapa didedahkan tubuh anda untuk santapan mata lelaki
atau anda sedang cuba menarik menarik perhatian lelaki?
atau lelaki yang semenangnya mudah tertarik kepada anda?

 Itu tarikan wanita di dunia, ia sesuatu yang mengasyikkan dan menyeronokkan bagi si mata lelaki.
Sekarang aku nak kongsikan tarikan wanita di akhirat kelak.
Kalau di dunia, rasanya semua golongan lelaki akan tertarik kepada wanita
tak kira muda atau tua, berkahwin atau bujang.
Tapi, kalau di akhirat nanti terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan apabila lelaki
ditarik wanita seperti di dunia, kerana ini ditarik ke neraka.
Mereka itu adalah:
Ayahnya
Apabila seorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. 
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.  
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?menutup aurat?pengetahuan agama?
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
 
Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.  
(p
/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 
Keluarga yang sakinah
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
Adik-adk perempuannya yang menjadi tanggungjawab abangnya
Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. 
Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.  
(p/s; Duhai anak-anak lelaki...sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa...
keran ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa. 
Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak,
kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)  
 
Lihatlah.....
Betapa hebatnya tarikan wanita.
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.  
 
Azab api neraka itu maha hebat

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

 
 p/s: Ambillah ikhtibar dari petikan ini. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi petikan ini kepadaku.
Sesunggunhnya azab api neraka itu maha hebat. Sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain kerana manusia itu mudah lupa. Bukan hanya Melayu sahaja. 
Selagi ia digelar manusia, selagi itulah sifat lupa adalah dekat dengannya. Tanpa mengira seseorang itu adalah Melayu, Cina. India atau apa bangsa sekalipun.

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo