topbella

Thursday, January 6, 2011

Kau, tulang rusukku...

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA 

           dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah 
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI    : Apa khabar?
WANITA    : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang

            hilang?
LELAKI    : Belum.
WANITA    : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
            berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon
                            saya kalau kamu berkesempatanKamu tahu nombor  
            telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, 
Apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? 
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1699.msg190223;topicseen#new

*****


Ini hanya sebuah satu perkongsian daripada aku.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita itu.
Lelaki mempunyai 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. 
Lelaki itu sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.
Allah swt kurniakan lelaki dengan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional, tidak mudah tersinggung. Tidak seperti wanita yang cepat emosi, mudah tersinggung dan selalu menggunakan perasaan berbanding akalnya. Jika lelaki memanfaatkan kekuatan akal ini dengan sebaik-baiknya dan ditambah pula kesabaran, sudah pasti suami akan menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik yang hebat untuk anak dan isterinya. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Lelaki itu adalah makhluk yang banyak menggunakan akal 
(9 akal + 1 nafsu)
Wanita pula makhluk yang banyak menggunkana emosi. 
(9 nafsu + 1 akal)
Sebab itulah Allah swt meletakkan wanita di bawah penguasaan seorang lelaki.
Untuk memandu dan mendidik wanita supaya tidak terlalu ikut perasaan.
Bagi mendidiknya dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Kerana ia terjadi dari tulang rusuk yang bengkok.
Kalau terlalu kasar dalam membetulkannya, tulang rusuk akan patah.
Kalau tidak dibetulkan, tulang rusuk akan terus bengkok.
Untuk menghadapi kareneh wanita itu bukan senang. Sebab itulah lelaki perlu menggunakan akalnya untuk menghadapi kerenah wanita ini.
Nak atau tidak, suami terpaksa belajar sedikit sebanyk ilmu psikologi wanita dan memenuhkan dada dengan ilmu agama. Barulah dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dan menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Ceh...macam ahli psikologi la plak.
Fikir-fikirkanlah wahai kaum Adam...
Sudahkah anda mendidik tulang rusukmu sebaiknya?


Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011 !!!

Masa terus berlalu tanpa kita sedari.
Tahun 2010 melabuhkan tirainya.
Tahun 2011 menjelma dengan seribu tanda tanya.

WELCOME 2011 !!!

Hari ini pembuka lembaran bagi tahun 2011.
Setiap orang menanam azam baru unttuk tahun baru ini.
Ada juga yang membawa azam tahun lepas untuk diteruskan.
Terpulang kepada individu.
Ada yang berazam untuk menamatkan zaman bujang tahun ini.
Ada yang berazam untuk beli rumah, kereta pada tahun ini.
Setiap individu mempunyai azam yang berlainan.

Selain azam yang disematkan di dalam dada...
Kita jangan lupa kepada sesuatu yang amat penting iaitu IMAN.
Sempena tahun baru ini, bagaimana pula dengan iman kita?
Masih di tahap lama atau sudah di upgrade?
Pada aku, setiap orang Islam perlu mempunyai azam yang satu ini untuk setiap hari.
Iaitu, terus memperbaiki iman masing-masing untuk akhirat sana.
Sedang kita terlalu asyik dengan dunia, kita seakan-akan lupa pada kehidupan yang kekal abadi kelak.
Kita mengejar tanggungjawab pada kerja, ibubapa, isteri dan keluarga,
tanpa kita sedari kita telah mengabaikan tanggungjawab pada Pencipta kita.
Adakah kita seorang yang betul-betul bertanggungjawab?
Tepuk dada tanya iman di dada anda...

Selain itu, umur kita juga semakin meningkat.
Ada apa pada umur ye?

Masa terus berlalu walaupun kita tidak ingin ia berlalu.
Ia terus berlalu walaupun kita tersungkur dan terjatuh.
Kita selalu mengejar masa yang tidak pernah berhenti, sehingga kita lupa kenapa kita berada di Bumi Allah swt ini. Aku sendiri kadang-kadang lupa.
Iman di dada yang turun naik di dada harus dijaga dan dibajai.

Okeh semua....

Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga tahun 2011 ini akan memberi seribu kebaikan kepada kita semua.
Semoga Allah swt sentiasa memberi rahmat dan hidayahNya kepada kita semua.
Semoa tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah.
Semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya daripada segi iman, ketakwaan, rezeki, kebahagian dan semua aspek yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita semua di dunia dan akhirat.

PEACE...NO WAR!!!
:)

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia!!!

Fuyoooo!!!!!!!!
Malaysia menang bro....hehe...
Akhirnya penantian selama 14 tahun ini membuahkan hasil yang cukup manis.
Malaysia adalah juara baru bagi Piala Suzuki AFF bagi tahun 2010.
Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Malaysia mencipta sejarah yang tersendiri apabila berjaya menjadi 
juara buat kali pertama bagi Piala Suzuki AFF.
Negara yang pernah menjadi juara adalah Thailand, Singapura dan juga Vietnam.

picture from metro online 

Malaysia memang hebat bermain malam tadi.
Penjaga gol kita, Khairul Fahmi memang penjaga gol yang terbaik.
Terkena pancaran laser pun tetap mantap menahan bola dari memasuki jaring.
Ternyata, Khairul fahmi tidak selembik Markus.
Hahaha....
Ada ke patut sebab pancaran laser tu dijadikan sebab yang mereka kalah 3-0 di Bukit Jalil baru-baru ni.
Ntah apa-apa la Markus ni.
Tengok Harimau kita...
Terkena pancaran laser pun tetap hebat. 
Sepakan penalti pun mampu tangkap dengan mantap
Rugi betul Garuda semalam...sepakan penalti tak berhasil.
Amik ko...jangan main-main tau dengan Harimau Malaya ni.
Pancaran laser tu yang bagi kekuatan yang lagi hebat tau.
Sorry ye Markus.hehe....

picture from kosmo online



Aku tengok kat rumah je malam tadi.
Cemas dan mendebarkan permainan semalam.
Tapi, gembira sebab Malaysia menang.
Garuda hilang kepak semalam. Harimau Malaya pula baru tunjuk taring.

Ucapan tahniah diberikan kepada
skuad bola sepak negara di atas kemenangan malam tadi.
Tambahan pula, penyerang kebangsaan kita, Mohd. Safee Mohd. Sali membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee dan trofi yang dimenanginya.


picture from kosmo online

Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak. Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951). Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia.
Quote from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Kemenangan Malaysia amat bermakna walaupun terlalu banyak insiden yang berlaku di Indonesia. Antaranya mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Harimau Malaya.
Sedih sungguh dengan sikap penyokong Indonesia.
Tidak pandai langsung melayan tetamu yang datang.
Bila dah kalah tu, suka je nak salahkan orang lain. Laser punca Garuda kalah.
Cakap ada serbuk la kat gol Markus.
Cakap badan Markus gatal-gatal la lepas buat latihan kat Bukit Jalil.
Alahai...memang la gatal kalau tak mandi lepas buat latihan. Kat padang rumput pulak tu.
Kalau dah kalah tu, terimalah kekalahan itu dengan redha.
Dah la kalah, kalah dengan tidak bermarauh pulak tu. 
Kesian kat Garuda....
Nak kata laser punca kekalahan, 
Khairul Fhami pun kena laser gak, leh je tahan bola dari sepakan penalti tu.
Kalau dah memang hebat, bagilah laser ke, botol air ke, serbuk ke, tetap akan menang.
Jangan cari alasan di atas kesalahan orang lain untuk kekalahan anda.

Malaysia memang hebat dan tidak dapat dipertikaiakn lagi.
Semoga skuad bola sepak Malaysia akan terusakn persembahan yang hebat untuk di masa hadapan.

TAHNIAH MALAYSIA!!!





Wednesday, December 29, 2010

Aqil dan Qaliesya

Eh, dah dapat anak?
Bestnya...
Baby girl ke baby boy?
Baby girl......comel......
Alhamdulillah...anugerah dari Allah swt yang tiada ternilai harganya.
Tak kisah la baby girl ke boy ke...
asalkan ibu dan anak selamat dan sihat walafiat.
Sudah pasti sinar kegembiraan terpancar jelas di raut wajah si ibu dan si ayah.
Bila aku nak rasai ni?
Belum tiba masanya lagi...
Sebab itulah Allah swt masih belum bagi anugerah itu kepada kami suami isteri.
Kami hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja.
Selainnya serahkan pada yang ESA, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Nak citer pasal qaliesya sebenarnya...hehe...
Anak buah aku la...sape lagi...
Lahir hari Jumaat baru ni, 24 Disember 2010.
Dalam tengah hari tu ar...qaliesya ni keluar tengok dunia ni.
Tapi, aku dan suamiku masih belum berkesempatan lagi untuk tengok ahli baru ni.
Tak sabar nak tengok dia...hehe...
Adik aku kata putih sikit dari abangnya...
Abangnya...Muhammad Aqil la..sape lagi..Aqil masa lahir, gelap...hehe...
Banyak makan kicap punya pasal...hehe...

Aqil masa berumur 2 hari.

Sekarang ni Aqil dah putih sikit dari dulu...hahaha...
Aqil ni kan...adik dia dah lahir...tapi dia...berjalan pun tak boleh lagi.
Padahal umur dia dah 1 tahun 1 bulan, 13 bulan la senang cakap.
Aqil...Aqil...rindu kat Aqil ucuk ni.
 Ni gambar terbaru Aqil...

Aqil ketawa...hahaha...


  Nak letak gambar Qaliesya tapi tak de la pulak...
Next time la ye...
Nampaknya letak gambar abang Qaliesya je la ye...
Aku ada seorang kawan, nama anak dia pun Qalesya tapi dia sebaya dengan Aqil.
Qalesya dah boleh berlari dah tapi Aqil belum boleh berjalan lagi.
Baru bertatih sekrang ni.hehe...
Takpe la Aqil...janji sihat dah la...syukur alhamdulillah.

Aqil bersama mok dan tok ayah.

Aqil bersama ibu dan abahnya.
Aqil dan ceksu nye.
Tu la pasal Aqil nye.
kena panggil abang Aqil la sekarang ni.
Dah tak boleh panggil adik Aqil lagi tau.
Nanti, bila dah besar...jadi anak yang soleh k. Jaga dan bimbing adik baik-baik ye.
Sayang Aqil......

Untuk abg chik dan achik...
Tahniah di atas kelahiran puteri mereka, Nur Qaliesya.
Semoga kalian terus bahagia dan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu dan abah yang terbaik.
Semoga rahmat dan redha Allah swt sentiasa bersama kalin dunia akhirat.




Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo