topbella

Thursday, January 6, 2011

Kau, tulang rusukku...

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA 

           dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah 
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI    : Apa khabar?
WANITA    : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang

            hilang?
LELAKI    : Belum.
WANITA    : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
            berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon
                            saya kalau kamu berkesempatanKamu tahu nombor  
            telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, 
Apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? 
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1699.msg190223;topicseen#new

*****


Ini hanya sebuah satu perkongsian daripada aku.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita itu.
Lelaki mempunyai 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. 
Lelaki itu sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.
Allah swt kurniakan lelaki dengan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional, tidak mudah tersinggung. Tidak seperti wanita yang cepat emosi, mudah tersinggung dan selalu menggunakan perasaan berbanding akalnya. Jika lelaki memanfaatkan kekuatan akal ini dengan sebaik-baiknya dan ditambah pula kesabaran, sudah pasti suami akan menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik yang hebat untuk anak dan isterinya. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Lelaki itu adalah makhluk yang banyak menggunakan akal 
(9 akal + 1 nafsu)
Wanita pula makhluk yang banyak menggunkana emosi. 
(9 nafsu + 1 akal)
Sebab itulah Allah swt meletakkan wanita di bawah penguasaan seorang lelaki.
Untuk memandu dan mendidik wanita supaya tidak terlalu ikut perasaan.
Bagi mendidiknya dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Kerana ia terjadi dari tulang rusuk yang bengkok.
Kalau terlalu kasar dalam membetulkannya, tulang rusuk akan patah.
Kalau tidak dibetulkan, tulang rusuk akan terus bengkok.
Untuk menghadapi kareneh wanita itu bukan senang. Sebab itulah lelaki perlu menggunakan akalnya untuk menghadapi kerenah wanita ini.
Nak atau tidak, suami terpaksa belajar sedikit sebanyk ilmu psikologi wanita dan memenuhkan dada dengan ilmu agama. Barulah dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dan menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Ceh...macam ahli psikologi la plak.
Fikir-fikirkanlah wahai kaum Adam...
Sudahkah anda mendidik tulang rusukmu sebaiknya?


0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© Diseñado por: Compartidisimo