topbella

Saturday, February 5, 2011

Baca Quran Pakai Speaker


Kali ni kita citer pasal bacaan Al-Quran ataupun wirid dengan menggunakan speaker sebelum menunggu waktu masuknya azan. Rasanya banyak masjid yang buat macam ni. Masa aku duk kat Johor dulu pun macam tu. Kalau bulan puasa, lagi awal dibaca Quran dan berhenti bila masuknya waktu berbuka. Aku ada baca tentang ni di blog Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ataupun drmaza.com. Aku ingin kongsikannya di blog aku ni. Sebab aku pun baru tahu tentang ni. Baca la yer...

Sumber : http://smma59.files.wordpress.com/2007/12/7140728.jpg 

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.
Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik.
Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. 
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”.
( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.




Wednesday, February 2, 2011

Aku Benci...


Aku benci bila aku dikuasai perasaan...
Aku benci bila akal aku pendek...
   Aku benci bila syaitan menguasai hati dan minda aku...
Aku benci bila aku tak dapat kawal perasaan marah aku...
Aku benci bila aku menangis...
Aku benci bila aku tak dapat bersabar...
Aku benci bila emosi aku melebihi akal aku...sebab aku akan buat perkara yang aku tak terfikir pun aku akan buat. Contohnya kurang ajar dan tak menghormati orang lain.
Aku benci bila terjadinya begitu. Nampak jiwa aku yang lemah. Nampak yang syaitan telah berjaya menguasai aku. Nampak syaitan sedang tersengih dengan bangga.
BENCI!!!
Aku benci bila aku alpa dan lalai akan Penciptaku.
Aku benci bila aku berada di persimpangan...
Aku benci bila terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan...


Aku benci bila aku kalah dengan perasaan aku sendiri...
Aku benci bila aku rasa kecewa...
Aku benci bila aku moody tanpa sebab...

Argh!!!
Tak suka dengan perasaan benci ni tau tak?
Perasaan negatif.
Penuh dengan warna hitam dan tidak ceria kalau perasaan ini wujud.
Ya Allah...tolonglah hambaMu ini. Lindungilah aku dari syaitan durjana. Yang tak pernah puas-puas untuk menghasut aku dan menjahanamkan aku dari pelbagai cara. Yang tak pernah putus asa untuk melalaikan aku daripadaMu. Yang sentiasa meniup api untuk memecah belahkan rumahtangga kami. Yang sentiasa mengipas aku untuk rasa kecewa. Itu semua kerja syaitan durjana. Iman aku masih belum mantap untuk melawannya. Adakala aku tersungkur di atas hasutannya yang membawa aku lalai pada Yang Esa.
Lindungilah aku dari itu semua. Aku selalu berusha ke arah itu walaupun aku sering gagal dan memohon ampun padaMu di atas segala dosa-dosaku.
Selamatkanlah aku Ya Allah....
Yang Maha Pengasih...
Yang Maha Pengampun...ampunkan dosa-dosaku.

Monday, January 31, 2011

Kenangan...


Semua orang ada kenangan. Tak kira la ia manis atau pahit, yang penting itu kenangan dan kita pernah laluinya. Kita masih boleh tersenyum sekarang bila dikenang kenangan manis yang lalu. Juga boleh sedih bila teringat kenangan pahit yang pernah kita lalui.
Antara kenangan manis aku ialah masa aku belajar di UiTM Jengka, Pahang. Masa tu aku ambil diploma. Memang manis untuk dikenang. Aku punya kawan-kawan yang semuanya baik. Kami semua 1 batch bersatu hati dan tidak bergaduh. Tiada diskriminasi antara kami. Kami anggap kami sebuh keluarga yang besar. Macam adik beradik. Pergaulan masih dijaga. Budak lelaki batch kami menghormati budak perempuan. Kami, budak perempuan tak payah risau nak format or repair komputer kalau komputer ada problem. Sebab kami ada budak lelaki yang terror bab komputer ni walaupun bukan amik kos komputer. Dan mereka akan baiki dengan percuma.
Hehehe...

Inilah batch kitorang.

Ni pulak budak perempuan. Ada yang tiada

Masa ni kitorang baru menang Pertandingan Bola Jaring Interpart. Memang best giler. Sebabnnya sejak dari part 1 sampai la part 6, kitorang selalu juara. Hebat kan? Tapi, aku jadi pemain simpanan je.Hehe...Masa kitorng part 5 (semester 5), kitorang selalu main bola jaring bila habis kelas petang. Nak bersenam la katakan. Lepas je solat asar, dalam pukul 5.30 atau 6, kitorang turun la pergi main. Lagi la best sebab padang ni sebelah je dengan kolej tempat kitorang duduk. Masa tu boleh rasa keakraban antara kami makin akrab.

Kat kilang woodtech

Masa ni kitorang buat bbq. Masa ni kitorang dah semester last. Ini jugalah even kitorang yang terakhir sebab lepas tu kitorang bertungkus lumus untuk final exam. Sedih pun ada juga sebab lepas tu kitorang akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Lagu Pelangi Petang nyayian Sudirman begitu bermakna pada kami, budak-budak perempuan. Ada kawan aku siap nangis lagi bila pasang lagu tu. Sebab boleh terasa sangat aura nak berpisah tu. Best sangat malam tu, kitorang jemput lecture kitorang makan. Semuanya kitorang masak sendiri. Kitorang buat nasi goreng, masmallow pe ntah. Aku pun tak pandai nak eja. Ada ayam bakar, kerang bakar, sosej bakar, ikan bakar pun ada. Kitorang gotong royong buat sejak petang tu lagi. Petang tu hujan lebat sangat tapi, semua datang bagi support walaupun budak lelaki. Biasanya diorang ni susah sikit kalau hujan. Tapi, diorang sanggup redah hujan untuk ke kilang woodtech untuk bakar ayam. Sebab tugasan diorang adalah membakar dan tugasan kitorang makan.
Inilah antara moment yang sempat dirakam.






Itulah antaranya. Banyak lagi sebenarnya.Hehehe...
Hargailah kenangan manis dan pahit itu kerana ia banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Aku akan semat kenangan ini di hati aku.

Sunday, January 30, 2011

Bosan!!!


 

Aku sekarang dalam mood yang amat bosan.
Keseorangan.
Semua pergi keje walaupun hari Ahad.
Rasa sedih pun ada jugak.
Hari ni kat Puchong hujan. Kain tak dapat jemur.
Aku rasa sunyi kat rumah sorang-sorang.
Argh....!!!!!
Tu je yang aku nak tulis...




Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo