topbella

Tuesday, February 8, 2011

Aku Hamil!!!


Khabar gembira yang aku nak sambung semalam tu adalah
AKU HAMIL!!!

Syukur sangat-sangat pada Allah SWT kerana mengizinkan aku untuk bergelar seorang ibu.
Insyaallah... 
Aku dan suami aku sangat gembira dan bersyukur di atas kegembiraan ini.
Maklum la dah 1 tahun 1 bulan 1 minggu dan 4 hari kami berkahwin, barulah aku hamil.
Dah lama dah tunggu saat-saat ni.
Dan kami sangat-sangat gembira tentang berita ini.
Sehinggakan aku mengalirkan airmata saat aku tahu keputusan ujian tu. Tak tahu nak cakap apa. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kecuali rasa syukur yang amat sangat pada Allah SWT. Barulah aku faham apa ertinya tangisan gembira. Sebab masa aku kahwin dulu pun, takde la pulak aku menangis kegembiraan walaupun aku gembira.
Tapi, bila tahu aku hamil ni aku mengalirkan airmata kegembiraan.
Aku tak sangka yang aku hamil walaupun aku selalu berangan begitu kalau period aku lambat.
Sebab aku dah hamil...so, aku gunakanlah internet ni untuk mencari info tentang amalan ketika ibu mengandung ni. So, aku ingin kongsikan di sini ye...
 Bacalah doa di bawah ini setiap masa tidak kira masa dan dimana kita berada yer...

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam kandunganku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, sempurnakan dia yang ada dikandunganku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Ok...
Tu je untuk kali ni yer...
Banyak lagi amalan-amalan lain untuk ibu mengandung tapi nanti kang panjang berjela pulak aku punya entri kali ni kan. So, cukup la yang tu.


Monday, February 7, 2011

No Idea


Tak de idea sebenarnya ni.
Layan je la...huhuhu...
Kita sekarang dah bulan Februari dalam tahun 2011.
Masih ingat lagi akan azam anda yang ditanam tika awal tahun baru ni? Adakah sudah hambar atau masih hangat seperti mana masuknya tahun baru?
Aku pulak takde azam yang tertentu cuma berharap tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.
Alhamdulillah...tahun 2011 membuka lembaran baru buat aku.
Banyak yang terjadi di dalam kehidupan kami suami isteri sejak di awal tahun 2011 lagi.
Di awal tahun 2011 aku berjaya dapatkan lesen kereta yang bertangguh sejk pertengahan tahun 2010 lagi. Alhamdulillah...leh la aku pusing-pusing dengan kereta kan lepas ni.
Gembira sangat dapat lesen kereta tu. Walaupun kena repeat kan. Masa tu aku fail untuk ujian 3 penjuru. Aku pernah citer kat dalam blog ni dulu.
Lepas tu untuk bulan Januari di tahun 2011 juga, kami membaut keputusan untuk berhijrah ke Selangor. Suami aku ambil keputusan untuk berhenti kerja kat Johor. Aku ikut saja ke mana suamiku pergi. Akhirnya kami kat Puchong la sekarang ni. Alhamdulillah....
Aku masih belum dapat kerja lagi. Ada juga pergi cari dan interview tapi Allah swt masih belum tentukan aku untuk bekerja. Takpe la. Apa yang Allah swt aturkan untuk aku adalah yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Aku juga sudah belajar untuk menerima apa pun ujian untukku. Kalau dulu, aku juga sering bermuram durja sebab tak dapat kerja. Sekarang ni aku makin menerima apa yang Allah swt berikan untukku. Untuk apa aku bermuram durja sebab aku hamba yang selalu lalai. Kiranya aku perlu sangat bersyukur sebab Allah swt masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah....
Dan untuk Februari 2011...
Aku juga ada khabar gembira...
Alhamdulillah...syukur yang amat sangat pada Allah swt.
Apa dia khabar gembira tu?
Sambung esok la ek...




Saturday, February 5, 2011

Baca Quran Pakai Speaker


Kali ni kita citer pasal bacaan Al-Quran ataupun wirid dengan menggunakan speaker sebelum menunggu waktu masuknya azan. Rasanya banyak masjid yang buat macam ni. Masa aku duk kat Johor dulu pun macam tu. Kalau bulan puasa, lagi awal dibaca Quran dan berhenti bila masuknya waktu berbuka. Aku ada baca tentang ni di blog Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ataupun drmaza.com. Aku ingin kongsikannya di blog aku ni. Sebab aku pun baru tahu tentang ni. Baca la yer...

Sumber : http://smma59.files.wordpress.com/2007/12/7140728.jpg 

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.
Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik.
Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. 
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”.
( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.




Wednesday, February 2, 2011

Aku Benci...


Aku benci bila aku dikuasai perasaan...
Aku benci bila akal aku pendek...
   Aku benci bila syaitan menguasai hati dan minda aku...
Aku benci bila aku tak dapat kawal perasaan marah aku...
Aku benci bila aku menangis...
Aku benci bila aku tak dapat bersabar...
Aku benci bila emosi aku melebihi akal aku...sebab aku akan buat perkara yang aku tak terfikir pun aku akan buat. Contohnya kurang ajar dan tak menghormati orang lain.
Aku benci bila terjadinya begitu. Nampak jiwa aku yang lemah. Nampak yang syaitan telah berjaya menguasai aku. Nampak syaitan sedang tersengih dengan bangga.
BENCI!!!
Aku benci bila aku alpa dan lalai akan Penciptaku.
Aku benci bila aku berada di persimpangan...
Aku benci bila terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan...


Aku benci bila aku kalah dengan perasaan aku sendiri...
Aku benci bila aku rasa kecewa...
Aku benci bila aku moody tanpa sebab...

Argh!!!
Tak suka dengan perasaan benci ni tau tak?
Perasaan negatif.
Penuh dengan warna hitam dan tidak ceria kalau perasaan ini wujud.
Ya Allah...tolonglah hambaMu ini. Lindungilah aku dari syaitan durjana. Yang tak pernah puas-puas untuk menghasut aku dan menjahanamkan aku dari pelbagai cara. Yang tak pernah putus asa untuk melalaikan aku daripadaMu. Yang sentiasa meniup api untuk memecah belahkan rumahtangga kami. Yang sentiasa mengipas aku untuk rasa kecewa. Itu semua kerja syaitan durjana. Iman aku masih belum mantap untuk melawannya. Adakala aku tersungkur di atas hasutannya yang membawa aku lalai pada Yang Esa.
Lindungilah aku dari itu semua. Aku selalu berusha ke arah itu walaupun aku sering gagal dan memohon ampun padaMu di atas segala dosa-dosaku.
Selamatkanlah aku Ya Allah....
Yang Maha Pengasih...
Yang Maha Pengampun...ampunkan dosa-dosaku.

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo