topbella

Monday, January 31, 2011

Kenangan...


Semua orang ada kenangan. Tak kira la ia manis atau pahit, yang penting itu kenangan dan kita pernah laluinya. Kita masih boleh tersenyum sekarang bila dikenang kenangan manis yang lalu. Juga boleh sedih bila teringat kenangan pahit yang pernah kita lalui.
Antara kenangan manis aku ialah masa aku belajar di UiTM Jengka, Pahang. Masa tu aku ambil diploma. Memang manis untuk dikenang. Aku punya kawan-kawan yang semuanya baik. Kami semua 1 batch bersatu hati dan tidak bergaduh. Tiada diskriminasi antara kami. Kami anggap kami sebuh keluarga yang besar. Macam adik beradik. Pergaulan masih dijaga. Budak lelaki batch kami menghormati budak perempuan. Kami, budak perempuan tak payah risau nak format or repair komputer kalau komputer ada problem. Sebab kami ada budak lelaki yang terror bab komputer ni walaupun bukan amik kos komputer. Dan mereka akan baiki dengan percuma.
Hehehe...

Inilah batch kitorang.

Ni pulak budak perempuan. Ada yang tiada

Masa ni kitorang baru menang Pertandingan Bola Jaring Interpart. Memang best giler. Sebabnnya sejak dari part 1 sampai la part 6, kitorang selalu juara. Hebat kan? Tapi, aku jadi pemain simpanan je.Hehe...Masa kitorng part 5 (semester 5), kitorang selalu main bola jaring bila habis kelas petang. Nak bersenam la katakan. Lepas je solat asar, dalam pukul 5.30 atau 6, kitorang turun la pergi main. Lagi la best sebab padang ni sebelah je dengan kolej tempat kitorang duduk. Masa tu boleh rasa keakraban antara kami makin akrab.

Kat kilang woodtech

Masa ni kitorang buat bbq. Masa ni kitorang dah semester last. Ini jugalah even kitorang yang terakhir sebab lepas tu kitorang bertungkus lumus untuk final exam. Sedih pun ada juga sebab lepas tu kitorang akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Lagu Pelangi Petang nyayian Sudirman begitu bermakna pada kami, budak-budak perempuan. Ada kawan aku siap nangis lagi bila pasang lagu tu. Sebab boleh terasa sangat aura nak berpisah tu. Best sangat malam tu, kitorang jemput lecture kitorang makan. Semuanya kitorang masak sendiri. Kitorang buat nasi goreng, masmallow pe ntah. Aku pun tak pandai nak eja. Ada ayam bakar, kerang bakar, sosej bakar, ikan bakar pun ada. Kitorang gotong royong buat sejak petang tu lagi. Petang tu hujan lebat sangat tapi, semua datang bagi support walaupun budak lelaki. Biasanya diorang ni susah sikit kalau hujan. Tapi, diorang sanggup redah hujan untuk ke kilang woodtech untuk bakar ayam. Sebab tugasan diorang adalah membakar dan tugasan kitorang makan.
Inilah antara moment yang sempat dirakam.






Itulah antaranya. Banyak lagi sebenarnya.Hehehe...
Hargailah kenangan manis dan pahit itu kerana ia banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Aku akan semat kenangan ini di hati aku.

Sunday, January 30, 2011

Bosan!!!


 

Aku sekarang dalam mood yang amat bosan.
Keseorangan.
Semua pergi keje walaupun hari Ahad.
Rasa sedih pun ada jugak.
Hari ni kat Puchong hujan. Kain tak dapat jemur.
Aku rasa sunyi kat rumah sorang-sorang.
Argh....!!!!!
Tu je yang aku nak tulis...




Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak memang best kan? Biasanya kat Malaysia ni semua suka nasi lemak. Tak mengira bangsa. Biasanya waktu pagi ramai la yang jual nasi lemak kan. Kalau kat bandar macam Selangor, KL, Johor...bukan waktu pagi je ada nasi lemak ni. Waktu malam pun ada. Kalau kat kampung aku memang susah nak cari nasi lemak malam-malam buta ni.
Citer pasal nasi lemak, memang aku suka nasi lemak. Tapi, sekarang susah nak cari nasi lemak yang sedap dan dibungkus dengan daun pisang. Payah tau nak cari orang yang jual nasi lemak guna daun pisang ni. Kalau nak tahu, sebab pakai daun pisang tu la nasi lemak akan jadi makin sedap. Nak dijadikan cerita...sejak aku duk kat Puchong ni, aku jumpa makcik ni jual nasi lemak letak daun pisang. Memang sedap!
Aku juga baru menghabiskan 1 bungkus nasi lemak tu.
Hahaha...
Dah la dia guna daun pisang buat bungkus nasi lemak tu, sedap, harganya pun RM1.00 je. Susah tau nak cari nasi lemak harga RM1 sekarang. Masa aku duk JB dulu, nasi lemak biasa je RM1.30. Bukan letak apa pun, nasi, sambal dan bilis goreng 2 3 ekor. Makcik yang jual RM1 ni dengan bungkus pakai daun pisang dia letak nasi, sambal ikan bilis, timun 1 hiris dan telur rebus 1 hiris. Telur tu, dia belah 2. Lepas tu, yang sebelah tu, dia belah pulak 3. Tak kecil pun telur tu sebab dia guna telur besar. Memang menyelerakan. Bila buka je bungkus tu...wah...wanginya bau dia...sebab dia letak daun pisang.


Macam ni la makcik tu bungkus nasi lemak. Tapi gambar ni aku ambil kat internet. Kalau pergi lewat sikit, memang habis la nasi lemak dia. Tapi, kalau hari Sabtu dan Ahad dia buat banyak sikit sebab ramai orang beli. 4 tahun yang lalu pun, makcik tu jual nasi lemak RM1. Sebab dulu, aku pernah duk Puchong dan jadi pelanggan setia dia. Sekarang ni pun masih lagi jual dengan harga yang sama.


Masa aku duk Sentul dulu pun ada juga jumpa nasi lemak letak daun pisang ni. Kat kedai mamak. Aku pernah makan dengan kawan sekelas aku. Ada lagi 1 kedai kat area Jalan Raja Laut, nasi lemak dia, ada kangkung. Masa buka bungkusan tu, terkejut jugak aku. Sebab tu first time aku makan nasi lemak ada sayur kangkung. Kawan aku cakap, ada juga yang letak. Macam-macam kan. Tapi, tu la first time aku makan nasi lemak dengan sayur kangkung. Tapi, pada aku la kan, aku lagi suka makan nasi lemak yang pure...iaitu...nasi lemak yang letak sambal bilis, timun dan telur. Kalau makan dengan ayam tumis ke, sotong tumis ke...aku macam dah hilang feel makan nasi lemak. Selera aku la. Selera korang tak tahu la pulak.
Nasi lemak yang paling best adalah nasi lemak yang ma aku buat la.
Of course! Sebab masakan yang tersedap adalah masakan ibu. 

Tuesday, January 25, 2011

Cantik Ke Hodoh?


Kali ni nak citer pasal cantik ke hodoh.
Tak kira la apa-apa pun kan, semua orang nak cantik-cantik saje kan. Padahal tanpa kita sedar, ciptaan Allah swt itu semuanya cantik dan indah belaka. Tapi, tu la mata kita kadang-kadang dikaburi oleh si setan yang durjana dan nafsu. Kalau tak, takkan ada orang yang silap menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Biasanya, kita selalu fikir orang akan hanya pilih yang cantik-cantik saja. Tak kira la baju ke, kasut ke, kereta ke, pinggan mangkuk ke...semua nak yang cantik.dan.....termasuklah dalam memilih pasangan.
Kalau perempuan...nak yang handsome je. 
Kalau lelaki...nak yang cantik dan lawa saja.
 Tak dinafikan masih ada yang tidak memilih rupa asalkan sedap mata memandang dah la kan. Lagipun setiap pandangan orang itu berbeza. Kita kata cantik, orang kata tak cantik. Kita kata tak lawa, orang kata lawa. Masing-masing punya pandangan yang berbeza. Cantik atau handsome bukannya jaminan untuk dapat kebahagiaan.
Pada aku, tak guna orang tu cantik tapi hatinya busuk. Biar tak berapa cantik pun, asalkan hatinya cantik, penuh dengan sifat mahmudah. Kecantikan itu akan terserlah di muka dengan sendirinya.


Kenal tak orang kat dalam gambar ni? Dialah heroin untuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Namanya Oki. Pada aku, dia tak cantik tapi dia sedap mata memandang. Lagi la sedap memandang sebab dia berjilbab dengan sempurna. Bukannya berjilbab tapi nampak leher. Lagi la nampak cantik sebab dia suka tersenyum.
Sebab tu tidak perlulah kita kejar orang cantik je. Kejarlah orang yang hatinya cantik. Kalau dapat rupawan dan hati yang cantik, itu rezeki dan anugerah daripada Allah swt.
So, cantikkan akhlak kita masing-masing sebelum kita cantikkan muka kita yer.
Untuk perempuan yang rasa dia tidak cantik, jangan terus rasa rendah diri kerana lelaki bukan menilai anda dari rupa walaupun ada juga lelaki yang sedemikian rupa. Tapi, masih begitu ramai lelaki yang tidak memandang rupa sebagai perkara utama untuk dijadikan pasangan. Yang penting...agama kita.
Carilah yang beragama tidak kira dia lelaki atau perempuan sebab hanya itu yang mampu membawa kita ke arah kebahagian. Insyaallah..kebahagian di dunia dan juga akhirat.






Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo