topbella

Wednesday, October 20, 2010

Bunga kebangsaan

Apakah bunga kebangsaan negara kita, Malaysia?
 Agaknya apalah jawapan anak-anak muda di negara kita sekarang. 
Adakah mereka tahu bahawa bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita?
Kenalkah mereka bunga raya?
Alangkah sedihnya kalau ada di antara kita, rakyat Malaysia yang tidak tahu apa bunga kebangsaan kita
dan tidak kenal bagaimana rupanya bunga raya itu.

Bunga raya
Nama tempatan: Bunga raya
Nama saintifik: Hibiscus rosasinensis
Nama keluarga(family) : Malvaceae

Kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan?
Ye la...dalam negara kita, terdapat pelbagai jenis bunga. Ada bunga matahari,
bunga kekwa, bunga ros, dan macam-macam lagi la...
Kenapa ye?
Agak-agaknya la tentu ramai di kalangan kita yang tidak tahu kenapa memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga raya juga dikenali sebagai 
“Queen Tropical Flowers”,  di mana ia mempunyai 300 spesis tumbuhan.



Bunga Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960
oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj.
Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

 Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya
memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran 
menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang
hidup harmoni di negara tercinta ini. 
Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
(Sumber: http://ibnismail.wordpress.com)

Tahun ini genap 50 tahun bunga raya menjadi bunga kebangsaan negara kita.
Adanya di kaca televisyen yang menceritakan perihal bunga raya sempena
tahun ke 50. Tanpa sedar, di sekeliling kita dipenuhi oleh bunga raya.
Lihatlah pada wang syiling dan wang kertas kita. Sehari-hari kita menggunakan wang
tapi mungkin kita tidak sedar adanya bunga kebangsaan negara kita di situ.



Harapanku,
Semoga seluruh rakyat Malaysia menanam sikap sayang akan negara kita
yang tercinta ini. Ambil beratlah akan negara kita ini.
Mungkin generasi kini kurangnya semangat patriotisme, ubahlah diri kita 
agar kita menjadi lebih sayang akan negara kita yang tercinta ini.
Satu lagi harapanku,
Gunalah bahasa kebangsaan kita...Bahasa Malaysia
Jangan terlalu ghairah belajar bahasa lain sedangkan bahasa kita sendiri
terkontang kanting. Pada mulanya aku ingin menggunakan bahasa rojak
untuk blog aku. Tetapi, kesedaran itu datang walaupun lambat.
Aku ingin menggunakan bahasa kebangsaan negaraku yang ku cintai ini, iaitu
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.
Aku ingin menggunakannya dengan cara yang betul. Tanpa ada kesalahan bahasa
atau tatabahasa. Ini kerana, Bahasa Melayu sudah cukup rosak dek bahasa 'SMS'.
Jadi, kufikir biarlah ku menggunakan bahasa kebangsaan kita...

I LOVE MALAYSIA!!!

0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© Diseñado por: Compartidisimo