topbella

Sunday, October 3, 2010

SAY NO TO ZINA!!!

Di dada-dada akhbar, banyak dipaparkan kisah-kisah pembuangan bayi.
Ia boleh dikatakan berlaku di seluruh Malaysia. Begitu sedih dan pilu hatiku tatkala melihat bayi yang masih merah berada di tempat pembuangan sampah, di tepi longkang, di tepi sungai, di dalam beg dan ditinggalkan di tepi jalan. Malah, yang lebih perit lagi, bile anjing sudah mengonggong salah satu anggota bayi yang telah ditinggalkan di tempat pembuangan sampah.

WHY IS THIS HAPPENING?????

Zina.
Kerana perbuatan zina yang mengakibatkan berlakunya kes-kes seperti gambar-gambar di atas. Zina yang disebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Maka, begitulah jadinya. Anak dari hasil zina dibuang sesuka hati tanpa menghiraukan dosa dan pahala.Perzinaan merupakan perbuatan yang sangat buruk dan berdosa besar terhadap pelakunya. Firman-Nya,”Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 32)

Sesamalah kita mengingati antara satu sama lain. Jauhilah zina. Sesiapa yang pernah melakukannya, bertaubatlah...bersama-samalah kita memohon taubat dari ALLH SWT. Semoga ALLAH SWT menerima taubat kita yang ikhlas dan penuh keinsafan. Sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENGAMPUN. Dekatkan diri kita dengan ALLAH SWT dan melakukan taubat nasuha, iaitu sebenarnya-benarnya taubat. Sesiapa yang terasa ingin mencuba, jauhilah diri anda sejauh-jauhnya agar terselamat di dunia akhirat. Dunia ini hanya sementara, dunia ini tempat kita bercucuk tanam dan akhirat kelak tempat kita mengutip hasilnya. Di akhirat sana, kita hanya ada 2 pilihan, sama ada syurga atau neraka. Pilihlah yang mana ingin kita duduki...

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak hasil daripada zina, janganlah buang bayi anda. Dia ingin melihat dunia ini. Kasihanilah bayi itu, sesunggunya dia tidak punya dosa walaupun sekelumit. Jagalah bayi anda dengan penuh rasa kasih dan sayang. Janganlah terus melakukan dosa kedua iaitu membunuh bayi. Bertaubatlah...pintu taubat ALLAH SWT sentiasa terbuka untuk kita yang ingin bertaubat dan menuju ke jalan yang diredhai ALLAH SWT.

 
p/s: peringatan untuk diriku sendiri dan seluruh umat Islam di luar sana, Jauhilah zina dan segeralah bertaubat kerana kita masih punya waktu untuk bertaubat. SAY NO TO ZINA!!!






0 comments:

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo