topbella

Friday, February 11, 2011

Kenapa ramai yang bercerai?


Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi dari setahun ke setahun.
Tu hakikatnya...
Kenapa ramai yang bercerai yer?
Apakah faktor-faktornya?
Rasanya banyak rancangan temu bual kat tv yang membincangkan topik ini.
Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai?
Entah...no comment.
Kalau aku, aku nak sebuah perkahwinan itu kekal di dunia dan akhirat.
Di kalangan artis begitu banyak kes-kes seperti ini.
Di kalangan orang ramai seperti kita yang tak dikenali pun ramai yang bercerai tapi tak dihebohkan seperti artis la kan. Tapi, kita boleh baca kes-kes seperti ini kat surat khabar.
Kenapa ramai yang bercerai?


Faktor-faktor kat bawah ni adalah pemikiran aku semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.
1. Kurangnya kesedaran tanggungjawab terhadap Allah swt, ibubapa, isteri dan anak-anak.
2. Masing-masing nak ada kehidupan luar walaupun dah berkahwin. Ye...kita perlukan kawan walaupun dah berkahwin. Tapi, kenapa harus kita mencari kawan yang berlainan jantina dengan kita?  Bukan ke mencari bala namanya tu? Kalau ada juga lah yang berkawan dengan berlainan jantina ni. Kenapa tak perkenalkan kepada suami atau isteri?
3. Kurangnya rasa cemburu di kalangan suami isteri. Cemburu itu perlu k tapi jangan melampau. Dalam Islam seorang suami atau isteri wajib cemburu. Cemburu yang bagaimana diwajibkan? Seorang suami wajib cemburu apabila isterinya dilihat berbual mesra dengan lelaki yang bukan muhrim baginya. Kalau sekarang ni, susah rasanya suami nak cemburu yer. Kalau tak, takkan la kita tengok kat tv tu, isteri orang berlakon adegan pegang-pegang tangan dengan suami orang. Itu semua lakonan katanya. Lakonan? Hello, dia tu isteri you. You bayar mahal-mahal, terketar-ketar pegang tangan tok kadi untuk dapatkan dia. Si isteri pun sama, masih kurang cemburunya. Kalau si suami bercakap lemah lembut dan bergurau senda dengan wanita lain pun takpe. Kawan katanya. Bukan ada hubungan sulit. Sedar atau tidak kita sedang memberi ruang kepada sebuah penceraian di dalam rumahtangga kita.


4. Ambil mudah perkara yang remeh temeh. Kalau masa bercinta, selalu tanya you sihat ke?dah makan ke? Tapi, bila dah jadi suami isteri, berat mulut rasanya nak tanya soalan-soalan macam tu lagi. Kenapa tak tanya macam zaman bercinta dulu? Yup...nampak remeh tapi tu tanda ambil berat.

Sebenarnya terlalu banyak sebab untuk bercerai itu. Ada orang ketiga, masalah kewangan dan macam-macam lagi la.
Kita mesti ingat akan sejarah. Tak kira la sejarah apa pun. Sejarah negara ke, sejarah diri sendiri ke, sejarah ape-ape je la. barulah kita akan menjadi seorang yang tidak lupa diri. Cuba fikir... 
Kenapa nak bercerai? Kenapa dulu, dia yang anda pilih untuk berkahwin? Apa sebabnya?
Kalau anda berkahwin sebab dia kaya, memang akan berlaku penceraian kalau dia jatuh miskin.
Kalau anda berkahwin sebab dia hensem, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah hodoh.
Kalau anda berkahwin sebab dia penyayang dan penyabar, memang akan berlaku penceraian kalau dia dah bertukar sikap kepada panas baran.
Jangan lupa manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Berkahwinlah kerana Allah swt, kerana agama. Insyaallah, kita akan berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau sesiapa berkahwin di atas beberapa sebab, masih sempat untuk mengubah niat itu kerana Allah swt. Dengan siapa pun yang Allah swt jodohkan dengan kita, ingat itu yang terbaik untuk kita. Tiada lagi yang terbaik untuk kita selain yang Allah swt jodohkan itu. Walaupun kita ada dengar orang cakap...You tak sesuai la dengan dia. Hello...siapa dia untuk tentukan sesuai atau tidak.
Jaga rumah tangga masing-masing.
Jangan biarkan orang lain memasuki rumah tangga kita. Sembunyi atau terang-terangan. Kenapa ada sembunyi? Sebab ramai yang ada Facebook, MySpace dan sebagainya.
Jangan lupa Facebook penyebab banyak rumah tangga yang runtuh. Sebab tu kot sampai sekarang aku dan suami masih belum ada akaun Facebook.
Cuba beri yang terbaik untuk pasangan.
Bercintalah hingga ke akhirat dengan suami atau isteri anda. Percintaan yang paling manis adalah percintaan di alam rumah tangga.




1 comments:

Anonymous said...

Nak menambah sikit... antara sebab buat wanita berkerjaya ialah suami yang tidak membantu kerja rumah. Isteri membantu suami, menjaga anak, membasuh baju, melipat baju, memasak, namun suami hanya nampak isteri tidak taat pada suami sahaja. Lama-lama jadi bosan dan mungkin akan bercerai... Para suami sekalian, apakah sebab kalian berkahwin? Isteri sebagai orang gaji ke? Pikirkan..

Post a Comment

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo