topbella

Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak memang best kan? Biasanya kat Malaysia ni semua suka nasi lemak. Tak mengira bangsa. Biasanya waktu pagi ramai la yang jual nasi lemak kan. Kalau kat bandar macam Selangor, KL, Johor...bukan waktu pagi je ada nasi lemak ni. Waktu malam pun ada. Kalau kat kampung aku memang susah nak cari nasi lemak malam-malam buta ni.
Citer pasal nasi lemak, memang aku suka nasi lemak. Tapi, sekarang susah nak cari nasi lemak yang sedap dan dibungkus dengan daun pisang. Payah tau nak cari orang yang jual nasi lemak guna daun pisang ni. Kalau nak tahu, sebab pakai daun pisang tu la nasi lemak akan jadi makin sedap. Nak dijadikan cerita...sejak aku duk kat Puchong ni, aku jumpa makcik ni jual nasi lemak letak daun pisang. Memang sedap!
Aku juga baru menghabiskan 1 bungkus nasi lemak tu.
Hahaha...
Dah la dia guna daun pisang buat bungkus nasi lemak tu, sedap, harganya pun RM1.00 je. Susah tau nak cari nasi lemak harga RM1 sekarang. Masa aku duk JB dulu, nasi lemak biasa je RM1.30. Bukan letak apa pun, nasi, sambal dan bilis goreng 2 3 ekor. Makcik yang jual RM1 ni dengan bungkus pakai daun pisang dia letak nasi, sambal ikan bilis, timun 1 hiris dan telur rebus 1 hiris. Telur tu, dia belah 2. Lepas tu, yang sebelah tu, dia belah pulak 3. Tak kecil pun telur tu sebab dia guna telur besar. Memang menyelerakan. Bila buka je bungkus tu...wah...wanginya bau dia...sebab dia letak daun pisang.


Macam ni la makcik tu bungkus nasi lemak. Tapi gambar ni aku ambil kat internet. Kalau pergi lewat sikit, memang habis la nasi lemak dia. Tapi, kalau hari Sabtu dan Ahad dia buat banyak sikit sebab ramai orang beli. 4 tahun yang lalu pun, makcik tu jual nasi lemak RM1. Sebab dulu, aku pernah duk Puchong dan jadi pelanggan setia dia. Sekarang ni pun masih lagi jual dengan harga yang sama.


Masa aku duk Sentul dulu pun ada juga jumpa nasi lemak letak daun pisang ni. Kat kedai mamak. Aku pernah makan dengan kawan sekelas aku. Ada lagi 1 kedai kat area Jalan Raja Laut, nasi lemak dia, ada kangkung. Masa buka bungkusan tu, terkejut jugak aku. Sebab tu first time aku makan nasi lemak ada sayur kangkung. Kawan aku cakap, ada juga yang letak. Macam-macam kan. Tapi, tu la first time aku makan nasi lemak dengan sayur kangkung. Tapi, pada aku la kan, aku lagi suka makan nasi lemak yang pure...iaitu...nasi lemak yang letak sambal bilis, timun dan telur. Kalau makan dengan ayam tumis ke, sotong tumis ke...aku macam dah hilang feel makan nasi lemak. Selera aku la. Selera korang tak tahu la pulak.
Nasi lemak yang paling best adalah nasi lemak yang ma aku buat la.
Of course! Sebab masakan yang tersedap adalah masakan ibu. 

Tuesday, January 25, 2011

Cantik Ke Hodoh?


Kali ni nak citer pasal cantik ke hodoh.
Tak kira la apa-apa pun kan, semua orang nak cantik-cantik saje kan. Padahal tanpa kita sedar, ciptaan Allah swt itu semuanya cantik dan indah belaka. Tapi, tu la mata kita kadang-kadang dikaburi oleh si setan yang durjana dan nafsu. Kalau tak, takkan ada orang yang silap menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Biasanya, kita selalu fikir orang akan hanya pilih yang cantik-cantik saja. Tak kira la baju ke, kasut ke, kereta ke, pinggan mangkuk ke...semua nak yang cantik.dan.....termasuklah dalam memilih pasangan.
Kalau perempuan...nak yang handsome je. 
Kalau lelaki...nak yang cantik dan lawa saja.
 Tak dinafikan masih ada yang tidak memilih rupa asalkan sedap mata memandang dah la kan. Lagipun setiap pandangan orang itu berbeza. Kita kata cantik, orang kata tak cantik. Kita kata tak lawa, orang kata lawa. Masing-masing punya pandangan yang berbeza. Cantik atau handsome bukannya jaminan untuk dapat kebahagiaan.
Pada aku, tak guna orang tu cantik tapi hatinya busuk. Biar tak berapa cantik pun, asalkan hatinya cantik, penuh dengan sifat mahmudah. Kecantikan itu akan terserlah di muka dengan sendirinya.


Kenal tak orang kat dalam gambar ni? Dialah heroin untuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Namanya Oki. Pada aku, dia tak cantik tapi dia sedap mata memandang. Lagi la sedap memandang sebab dia berjilbab dengan sempurna. Bukannya berjilbab tapi nampak leher. Lagi la nampak cantik sebab dia suka tersenyum.
Sebab tu tidak perlulah kita kejar orang cantik je. Kejarlah orang yang hatinya cantik. Kalau dapat rupawan dan hati yang cantik, itu rezeki dan anugerah daripada Allah swt.
So, cantikkan akhlak kita masing-masing sebelum kita cantikkan muka kita yer.
Untuk perempuan yang rasa dia tidak cantik, jangan terus rasa rendah diri kerana lelaki bukan menilai anda dari rupa walaupun ada juga lelaki yang sedemikian rupa. Tapi, masih begitu ramai lelaki yang tidak memandang rupa sebagai perkara utama untuk dijadikan pasangan. Yang penting...agama kita.
Carilah yang beragama tidak kira dia lelaki atau perempuan sebab hanya itu yang mampu membawa kita ke arah kebahagian. Insyaallah..kebahagian di dunia dan juga akhirat.






Saturday, January 22, 2011

Terima Kasih Ma..

Hari ni genap usia aku 25 tahun.
Dah tua ke? Tak la kan?
Sudah 25 tahun aku di muka bumi Allah swt ini. Alhamdulillah...tuhan masih mengizinkan aku untuk menyedut udara di muka bumi ini.
25 tahun yang lalu, ibu aku sedang menanggung sakit yang amat sangat untuk melahirkan aku. Mungkin juga di saat ini juga ma aku bakal dibawa ke bilik bedah kerana ingin melahirkan aku. Aku dilahirkan melalui pembedahan kerana doktor mengatakan yang aku lemas di dalam kandungan. Walaupun ma aku masih belum rasai sakit untuk bersalin, doktor tekad untuk melakukan pembedahan.
Alhamdulillah...akhirnya keluarlah seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya dan sihat walafiat. Tiada tanda-tanda yang aku ni lemas di dalam kandungan pun...hehe...
Akulah puteri sulung ma dan abah aku.
Pada aku, ibuku yang ku panggil ma merupakan ibu yang terbaik di dunia ini.
Untuk ma...terima kasih kerana melahirkanku di atas muka bumi ini dengan izin Allah swt. Ma aku melahirkan aku ketika umur 23 tahun. Abah aku pula 25 tahun.
Terima kasih juga di atas segala-galanya yang ma dan abah berikan kepadaku. Aku tidak mampu membalas jasa kalian walau apa pun yang aku buat. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa kalian. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ma dan abah aku di dunia dan akhirat.
Halalkan juga makan minumku selama ini. Setitis susu badan ma tiada harganya seperti susu Dumex, Anmun or Lactogen kerana susu ibu itu amat bernilai dan tiada tandingannya.
Tahun ini tahun kedua aku menyambut hari lahirku sebagai isteri. Masih belum bergelar ibu.

Inilah ma dan abah aku.
Sejak lahir ke dunia ini sehinggalah sekarang, begitu banyak pahit manis yang aku lalui. Pelbagai ujian dan dugaan daripada Allah swt untuk mengujiku sebagai hambaNya. Begitu banyak pengalaman yang aku kutip yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan redha dengan apa yang Allah swt tetapkan untukku.
Iman aku yang ada naik turun memerlukan aku terus berusaha untuk menaikkan imanku walaupun kadang-kadang aku dilanda kelalaian pada Penciptaku.

Tiada apa lagi nak cakap dah kot...
Sempena hari lahirku ini...
Aku doakan aku selamat dunia akhirat je la...Semoga Allah swt sentiasa melindungi aku dan mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik untuk aku dan seluruh umat Islam.
Aminn...~~~

Friday, January 21, 2011

Ayoub

Kali ni nak cerita pasal Ayoub.
Bukan siapa-siapa pun cuma pasal citer kat tv3 tu.
Semalam episod akhir. Sempat la aku tengok semalam.
Aku sebenarnya jarang tengok citer kat tv ni. Lagi-lagi la selera aku dan buah hati aku tu berlainan. Minatnya lebih kepada cerita luar Malaysia or omputih la senang citer. Aku pulak layan je selagi citer tu best kat deria aku.
Aku sebenarnya tak ikut pun citer Ayoub tu. Tapi ada la tengok 2 3 kali sepanjang citer tu kat tv.
Minggu ni aku tengok la cuma malam semalam je terlepas sebab ada hal. Aku suka tengok citer Ayoub ni walaupun aku jarang-jarang tengok. Aku suka sebab kisah dan jalan ceritanya. Mirip kisah Nabi Ayoub a.s kan?
Kesabarannya...Ketabahannya...Keimanannya...
Tetap teguh untuk Allah swt walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa hidupnya.
Namapaknya pelakon-pelakon tu semua berjaya menghidupkan watak dengan baik.hehe...tiba-tiba pulak jadi juri.
Ok, continue pasal citer Ayoub tu.



Ia betul-betul berkesan kat jiwa aku ni. Terfikir juga aku, kalau dugaan begitu yang menimpa aku, mampukah aku menerimanya dengan redha. Ya Allah...begitu banyaknya dosaku kepadaMu. Begitu alpa aku kepadaMu sebagai hambaMu yang perlu mengingatiMu setiap masa. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah swt. Iman kita begitu nipis umpama senipis kulit bawang. Lagi-lagi la kita umat di akhir zaman. Apakah penyebab yang menyebabkan kita tersungkur di kaki si syaitan durjana itu. Godaan syaitan yang kuat atau iman kita yang lemah? Ya Allah....lindungilah kami semua daripada syaitan durjana itu.
Begitu banyak pengajaran yang terdapat dalam cerita Ayoub itu. Ada juga watak jahatnya tapi kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran yang dikurniakan Allah swt perlulah memilih mana yang baik untuk dijadikan ikutan dan jauhkanlah apa yang tidak baik itu.
Pada aku inilah pengajarannya dalam citer Ayoub ni...
Jadilah seorang pemberi kepada sesiapa pun. Tanamkanlah sifat bersedekah di dalam diri kita. Ringankanlah tangan kita untuk membantu sesiapa saja yang di dalam kesusahan. Percayalah, sifat sedekah itu cukup hebat. Dengan sedekah, umur seseorang itu akan panjang dengan diizinkan Allah swt. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah kepada ahli keluarga kita. So, jangan kedekut lagi dengan mama daddy dan adik kakak korang yer.
Sabar dan redhalah dengan apa yang menimpa kita. Kenapa sabar dan redha itu perlu sekali? Sebab dengan sabar saja kita takkan mampu bertahan sampai ke akhirnya. Pernah dengar kan orang kata...sabar itu ada tahapnya. Sebab tu kita perlu sabar dan redha. Sebab redha itu kita menerima apa saja tanpa keluh resah. Redha tiada masa seperti sabar yang perlu menunggu masa untuk meletus bila tiba masanya. Ayoub begitu sabar dan redha dengan ujian yang dihadapinya. Hartanya hilang, anak-anaknya tiada, mak nye meninggal dunia, isterinya jauh daripadanya. Tapi, dia tak pernah gusar sebab dia tahu Allah swt sentiasa ada. Tidak pernah tinggalkannya walaupun sesaat. Cinta Allah swt itu hakiki. Membawa kita ke syurga.
Beribadat hingga ke mati. Apa yang aku tengok dalam citer Ayoub ni begitu menyentuh hati. Walaupun sakit yang amat sangat, tidak mampu berdiri dengan sempurna, badan yang dipenuhi darah dan luka tapi dia tetap tegar beribadat kepada Allah swt. Mampu ke kita menjadi begitu? Ada orang sakit kepala sikit dah tak leh sembahyang. Demam sikit dah tak sembahyang. Sakit kaki dah tak sembahyang. Ya Allah...begitu lalainya kami dalam menunaikan tanggungjawab kepadaMu. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Hmm...panjang dah ni. Betul la ckap suami aku. Aku ni kalai bercerita, panjang lebar dibuatnya.hehe...
Ok, kalau sape-sape nak tengok citer tu singgah la kat website tv3 tu. Ada kot. Ambil la iktibar daripada cerita tu. Ada satu lagi nak tambah...walau apa pun yang kita buat, baik atau jahat...pasti ada balasannya.
Okeh...meh kita sama-sama pakat upgrade iman kita.
Cepat!!! Masa terhad.
Mungkin 1 saat lepas ni kita akan meninggalkan dunia ini.
Ayuh!!!

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo