topbella

Monday, January 31, 2011

Kenangan...


Semua orang ada kenangan. Tak kira la ia manis atau pahit, yang penting itu kenangan dan kita pernah laluinya. Kita masih boleh tersenyum sekarang bila dikenang kenangan manis yang lalu. Juga boleh sedih bila teringat kenangan pahit yang pernah kita lalui.
Antara kenangan manis aku ialah masa aku belajar di UiTM Jengka, Pahang. Masa tu aku ambil diploma. Memang manis untuk dikenang. Aku punya kawan-kawan yang semuanya baik. Kami semua 1 batch bersatu hati dan tidak bergaduh. Tiada diskriminasi antara kami. Kami anggap kami sebuh keluarga yang besar. Macam adik beradik. Pergaulan masih dijaga. Budak lelaki batch kami menghormati budak perempuan. Kami, budak perempuan tak payah risau nak format or repair komputer kalau komputer ada problem. Sebab kami ada budak lelaki yang terror bab komputer ni walaupun bukan amik kos komputer. Dan mereka akan baiki dengan percuma.
Hehehe...

Inilah batch kitorang.

Ni pulak budak perempuan. Ada yang tiada

Masa ni kitorang baru menang Pertandingan Bola Jaring Interpart. Memang best giler. Sebabnnya sejak dari part 1 sampai la part 6, kitorang selalu juara. Hebat kan? Tapi, aku jadi pemain simpanan je.Hehe...Masa kitorng part 5 (semester 5), kitorang selalu main bola jaring bila habis kelas petang. Nak bersenam la katakan. Lepas je solat asar, dalam pukul 5.30 atau 6, kitorang turun la pergi main. Lagi la best sebab padang ni sebelah je dengan kolej tempat kitorang duduk. Masa tu boleh rasa keakraban antara kami makin akrab.

Kat kilang woodtech

Masa ni kitorang buat bbq. Masa ni kitorang dah semester last. Ini jugalah even kitorang yang terakhir sebab lepas tu kitorang bertungkus lumus untuk final exam. Sedih pun ada juga sebab lepas tu kitorang akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Lagu Pelangi Petang nyayian Sudirman begitu bermakna pada kami, budak-budak perempuan. Ada kawan aku siap nangis lagi bila pasang lagu tu. Sebab boleh terasa sangat aura nak berpisah tu. Best sangat malam tu, kitorang jemput lecture kitorang makan. Semuanya kitorang masak sendiri. Kitorang buat nasi goreng, masmallow pe ntah. Aku pun tak pandai nak eja. Ada ayam bakar, kerang bakar, sosej bakar, ikan bakar pun ada. Kitorang gotong royong buat sejak petang tu lagi. Petang tu hujan lebat sangat tapi, semua datang bagi support walaupun budak lelaki. Biasanya diorang ni susah sikit kalau hujan. Tapi, diorang sanggup redah hujan untuk ke kilang woodtech untuk bakar ayam. Sebab tugasan diorang adalah membakar dan tugasan kitorang makan.
Inilah antara moment yang sempat dirakam.






Itulah antaranya. Banyak lagi sebenarnya.Hehehe...
Hargailah kenangan manis dan pahit itu kerana ia banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Aku akan semat kenangan ini di hati aku.

Sunday, January 30, 2011

Bosan!!!


 

Aku sekarang dalam mood yang amat bosan.
Keseorangan.
Semua pergi keje walaupun hari Ahad.
Rasa sedih pun ada jugak.
Hari ni kat Puchong hujan. Kain tak dapat jemur.
Aku rasa sunyi kat rumah sorang-sorang.
Argh....!!!!!
Tu je yang aku nak tulis...




Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak memang best kan? Biasanya kat Malaysia ni semua suka nasi lemak. Tak mengira bangsa. Biasanya waktu pagi ramai la yang jual nasi lemak kan. Kalau kat bandar macam Selangor, KL, Johor...bukan waktu pagi je ada nasi lemak ni. Waktu malam pun ada. Kalau kat kampung aku memang susah nak cari nasi lemak malam-malam buta ni.
Citer pasal nasi lemak, memang aku suka nasi lemak. Tapi, sekarang susah nak cari nasi lemak yang sedap dan dibungkus dengan daun pisang. Payah tau nak cari orang yang jual nasi lemak guna daun pisang ni. Kalau nak tahu, sebab pakai daun pisang tu la nasi lemak akan jadi makin sedap. Nak dijadikan cerita...sejak aku duk kat Puchong ni, aku jumpa makcik ni jual nasi lemak letak daun pisang. Memang sedap!
Aku juga baru menghabiskan 1 bungkus nasi lemak tu.
Hahaha...
Dah la dia guna daun pisang buat bungkus nasi lemak tu, sedap, harganya pun RM1.00 je. Susah tau nak cari nasi lemak harga RM1 sekarang. Masa aku duk JB dulu, nasi lemak biasa je RM1.30. Bukan letak apa pun, nasi, sambal dan bilis goreng 2 3 ekor. Makcik yang jual RM1 ni dengan bungkus pakai daun pisang dia letak nasi, sambal ikan bilis, timun 1 hiris dan telur rebus 1 hiris. Telur tu, dia belah 2. Lepas tu, yang sebelah tu, dia belah pulak 3. Tak kecil pun telur tu sebab dia guna telur besar. Memang menyelerakan. Bila buka je bungkus tu...wah...wanginya bau dia...sebab dia letak daun pisang.


Macam ni la makcik tu bungkus nasi lemak. Tapi gambar ni aku ambil kat internet. Kalau pergi lewat sikit, memang habis la nasi lemak dia. Tapi, kalau hari Sabtu dan Ahad dia buat banyak sikit sebab ramai orang beli. 4 tahun yang lalu pun, makcik tu jual nasi lemak RM1. Sebab dulu, aku pernah duk Puchong dan jadi pelanggan setia dia. Sekarang ni pun masih lagi jual dengan harga yang sama.


Masa aku duk Sentul dulu pun ada juga jumpa nasi lemak letak daun pisang ni. Kat kedai mamak. Aku pernah makan dengan kawan sekelas aku. Ada lagi 1 kedai kat area Jalan Raja Laut, nasi lemak dia, ada kangkung. Masa buka bungkusan tu, terkejut jugak aku. Sebab tu first time aku makan nasi lemak ada sayur kangkung. Kawan aku cakap, ada juga yang letak. Macam-macam kan. Tapi, tu la first time aku makan nasi lemak dengan sayur kangkung. Tapi, pada aku la kan, aku lagi suka makan nasi lemak yang pure...iaitu...nasi lemak yang letak sambal bilis, timun dan telur. Kalau makan dengan ayam tumis ke, sotong tumis ke...aku macam dah hilang feel makan nasi lemak. Selera aku la. Selera korang tak tahu la pulak.
Nasi lemak yang paling best adalah nasi lemak yang ma aku buat la.
Of course! Sebab masakan yang tersedap adalah masakan ibu. 

Tuesday, January 25, 2011

Cantik Ke Hodoh?


Kali ni nak citer pasal cantik ke hodoh.
Tak kira la apa-apa pun kan, semua orang nak cantik-cantik saje kan. Padahal tanpa kita sedar, ciptaan Allah swt itu semuanya cantik dan indah belaka. Tapi, tu la mata kita kadang-kadang dikaburi oleh si setan yang durjana dan nafsu. Kalau tak, takkan ada orang yang silap menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Biasanya, kita selalu fikir orang akan hanya pilih yang cantik-cantik saja. Tak kira la baju ke, kasut ke, kereta ke, pinggan mangkuk ke...semua nak yang cantik.dan.....termasuklah dalam memilih pasangan.
Kalau perempuan...nak yang handsome je. 
Kalau lelaki...nak yang cantik dan lawa saja.
 Tak dinafikan masih ada yang tidak memilih rupa asalkan sedap mata memandang dah la kan. Lagipun setiap pandangan orang itu berbeza. Kita kata cantik, orang kata tak cantik. Kita kata tak lawa, orang kata lawa. Masing-masing punya pandangan yang berbeza. Cantik atau handsome bukannya jaminan untuk dapat kebahagiaan.
Pada aku, tak guna orang tu cantik tapi hatinya busuk. Biar tak berapa cantik pun, asalkan hatinya cantik, penuh dengan sifat mahmudah. Kecantikan itu akan terserlah di muka dengan sendirinya.


Kenal tak orang kat dalam gambar ni? Dialah heroin untuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Namanya Oki. Pada aku, dia tak cantik tapi dia sedap mata memandang. Lagi la sedap memandang sebab dia berjilbab dengan sempurna. Bukannya berjilbab tapi nampak leher. Lagi la nampak cantik sebab dia suka tersenyum.
Sebab tu tidak perlulah kita kejar orang cantik je. Kejarlah orang yang hatinya cantik. Kalau dapat rupawan dan hati yang cantik, itu rezeki dan anugerah daripada Allah swt.
So, cantikkan akhlak kita masing-masing sebelum kita cantikkan muka kita yer.
Untuk perempuan yang rasa dia tidak cantik, jangan terus rasa rendah diri kerana lelaki bukan menilai anda dari rupa walaupun ada juga lelaki yang sedemikian rupa. Tapi, masih begitu ramai lelaki yang tidak memandang rupa sebagai perkara utama untuk dijadikan pasangan. Yang penting...agama kita.
Carilah yang beragama tidak kira dia lelaki atau perempuan sebab hanya itu yang mampu membawa kita ke arah kebahagian. Insyaallah..kebahagian di dunia dan juga akhirat.






Saturday, January 22, 2011

Terima Kasih Ma..

Hari ni genap usia aku 25 tahun.
Dah tua ke? Tak la kan?
Sudah 25 tahun aku di muka bumi Allah swt ini. Alhamdulillah...tuhan masih mengizinkan aku untuk menyedut udara di muka bumi ini.
25 tahun yang lalu, ibu aku sedang menanggung sakit yang amat sangat untuk melahirkan aku. Mungkin juga di saat ini juga ma aku bakal dibawa ke bilik bedah kerana ingin melahirkan aku. Aku dilahirkan melalui pembedahan kerana doktor mengatakan yang aku lemas di dalam kandungan. Walaupun ma aku masih belum rasai sakit untuk bersalin, doktor tekad untuk melakukan pembedahan.
Alhamdulillah...akhirnya keluarlah seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya dan sihat walafiat. Tiada tanda-tanda yang aku ni lemas di dalam kandungan pun...hehe...
Akulah puteri sulung ma dan abah aku.
Pada aku, ibuku yang ku panggil ma merupakan ibu yang terbaik di dunia ini.
Untuk ma...terima kasih kerana melahirkanku di atas muka bumi ini dengan izin Allah swt. Ma aku melahirkan aku ketika umur 23 tahun. Abah aku pula 25 tahun.
Terima kasih juga di atas segala-galanya yang ma dan abah berikan kepadaku. Aku tidak mampu membalas jasa kalian walau apa pun yang aku buat. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa kalian. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ma dan abah aku di dunia dan akhirat.
Halalkan juga makan minumku selama ini. Setitis susu badan ma tiada harganya seperti susu Dumex, Anmun or Lactogen kerana susu ibu itu amat bernilai dan tiada tandingannya.
Tahun ini tahun kedua aku menyambut hari lahirku sebagai isteri. Masih belum bergelar ibu.

Inilah ma dan abah aku.
Sejak lahir ke dunia ini sehinggalah sekarang, begitu banyak pahit manis yang aku lalui. Pelbagai ujian dan dugaan daripada Allah swt untuk mengujiku sebagai hambaNya. Begitu banyak pengalaman yang aku kutip yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan redha dengan apa yang Allah swt tetapkan untukku.
Iman aku yang ada naik turun memerlukan aku terus berusaha untuk menaikkan imanku walaupun kadang-kadang aku dilanda kelalaian pada Penciptaku.

Tiada apa lagi nak cakap dah kot...
Sempena hari lahirku ini...
Aku doakan aku selamat dunia akhirat je la...Semoga Allah swt sentiasa melindungi aku dan mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik untuk aku dan seluruh umat Islam.
Aminn...~~~

Friday, January 21, 2011

Ayoub

Kali ni nak cerita pasal Ayoub.
Bukan siapa-siapa pun cuma pasal citer kat tv3 tu.
Semalam episod akhir. Sempat la aku tengok semalam.
Aku sebenarnya jarang tengok citer kat tv ni. Lagi-lagi la selera aku dan buah hati aku tu berlainan. Minatnya lebih kepada cerita luar Malaysia or omputih la senang citer. Aku pulak layan je selagi citer tu best kat deria aku.
Aku sebenarnya tak ikut pun citer Ayoub tu. Tapi ada la tengok 2 3 kali sepanjang citer tu kat tv.
Minggu ni aku tengok la cuma malam semalam je terlepas sebab ada hal. Aku suka tengok citer Ayoub ni walaupun aku jarang-jarang tengok. Aku suka sebab kisah dan jalan ceritanya. Mirip kisah Nabi Ayoub a.s kan?
Kesabarannya...Ketabahannya...Keimanannya...
Tetap teguh untuk Allah swt walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa hidupnya.
Namapaknya pelakon-pelakon tu semua berjaya menghidupkan watak dengan baik.hehe...tiba-tiba pulak jadi juri.
Ok, continue pasal citer Ayoub tu.



Ia betul-betul berkesan kat jiwa aku ni. Terfikir juga aku, kalau dugaan begitu yang menimpa aku, mampukah aku menerimanya dengan redha. Ya Allah...begitu banyaknya dosaku kepadaMu. Begitu alpa aku kepadaMu sebagai hambaMu yang perlu mengingatiMu setiap masa. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah swt. Iman kita begitu nipis umpama senipis kulit bawang. Lagi-lagi la kita umat di akhir zaman. Apakah penyebab yang menyebabkan kita tersungkur di kaki si syaitan durjana itu. Godaan syaitan yang kuat atau iman kita yang lemah? Ya Allah....lindungilah kami semua daripada syaitan durjana itu.
Begitu banyak pengajaran yang terdapat dalam cerita Ayoub itu. Ada juga watak jahatnya tapi kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran yang dikurniakan Allah swt perlulah memilih mana yang baik untuk dijadikan ikutan dan jauhkanlah apa yang tidak baik itu.
Pada aku inilah pengajarannya dalam citer Ayoub ni...
Jadilah seorang pemberi kepada sesiapa pun. Tanamkanlah sifat bersedekah di dalam diri kita. Ringankanlah tangan kita untuk membantu sesiapa saja yang di dalam kesusahan. Percayalah, sifat sedekah itu cukup hebat. Dengan sedekah, umur seseorang itu akan panjang dengan diizinkan Allah swt. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah kepada ahli keluarga kita. So, jangan kedekut lagi dengan mama daddy dan adik kakak korang yer.
Sabar dan redhalah dengan apa yang menimpa kita. Kenapa sabar dan redha itu perlu sekali? Sebab dengan sabar saja kita takkan mampu bertahan sampai ke akhirnya. Pernah dengar kan orang kata...sabar itu ada tahapnya. Sebab tu kita perlu sabar dan redha. Sebab redha itu kita menerima apa saja tanpa keluh resah. Redha tiada masa seperti sabar yang perlu menunggu masa untuk meletus bila tiba masanya. Ayoub begitu sabar dan redha dengan ujian yang dihadapinya. Hartanya hilang, anak-anaknya tiada, mak nye meninggal dunia, isterinya jauh daripadanya. Tapi, dia tak pernah gusar sebab dia tahu Allah swt sentiasa ada. Tidak pernah tinggalkannya walaupun sesaat. Cinta Allah swt itu hakiki. Membawa kita ke syurga.
Beribadat hingga ke mati. Apa yang aku tengok dalam citer Ayoub ni begitu menyentuh hati. Walaupun sakit yang amat sangat, tidak mampu berdiri dengan sempurna, badan yang dipenuhi darah dan luka tapi dia tetap tegar beribadat kepada Allah swt. Mampu ke kita menjadi begitu? Ada orang sakit kepala sikit dah tak leh sembahyang. Demam sikit dah tak sembahyang. Sakit kaki dah tak sembahyang. Ya Allah...begitu lalainya kami dalam menunaikan tanggungjawab kepadaMu. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Hmm...panjang dah ni. Betul la ckap suami aku. Aku ni kalai bercerita, panjang lebar dibuatnya.hehe...
Ok, kalau sape-sape nak tengok citer tu singgah la kat website tv3 tu. Ada kot. Ambil la iktibar daripada cerita tu. Ada satu lagi nak tambah...walau apa pun yang kita buat, baik atau jahat...pasti ada balasannya.
Okeh...meh kita sama-sama pakat upgrade iman kita.
Cepat!!! Masa terhad.
Mungkin 1 saat lepas ni kita akan meninggalkan dunia ini.
Ayuh!!!

Tuesday, January 18, 2011

Wanita Oh Wanita

Wanita...Perempuan...Gadis...
Semuanya digelar Kaum Hawa.
Allah swt menciptakan Hawa kerana Adam a.s kesunyian ketika di dalam syurga.
Kedudukan wanita begitu mulia di sisi Allah swt. Wanita begitu mudah untuk memasuki syurga. Syaratnya taat pada perintah Allah swt dan RasulNYA serta patuh pada suami. Masuklah wanita itu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu sekalipun.
Mengeksplotasi wanita.
Pernahkah anda dengar tentang ini? Apakah maksud mengeksplotasi wanita pada anda?
Perkataan yang lain adalah mempergunakan wanita.
Pada aku, sekarang begitu banyak orang yang mempergunakan wanita dan yang paling menyedihkan adalah wanita begitu bangga apabila dirinya dipergunakan sesuka hati.
Pernahkah anda terfikir kenapa dalam setiap iklan barang, orang menggunkan wanita sebagai model?
Yang menghairankan ada juga wanita dijadikan model walaupun ia tiada kaitan pun dengan wanita. Dan aku juga tak tahu apa motif wanita itu digunakan.
Sebagai contoh, model wanita yang digunakan untuk kereta. Tambah-tambah lagi, bila ada perlumbaan. Tidak kira la anjuran daripada mana-mana syarikat pun, yang pasti modelnya adalah wanita. Lagi menghairankan adalah wanitanya berpakaian seksi dan teramat seksi.
Wanita duk bergaya kat kereta dengan pakai mini skirt dan tube je sampai nampak benda yang tak sepatutnya nampak. Aku tak faham apa motif wanita bergaya begitu di tepi kereta untuk tontonan ramai. Tidakkah itu dipanggil mengekspolatasi wanita?


Kenapa modelnya harus wanita?
Kenapa tidak lelaki sedangkan kereta lebih sinonim dengan lelaki?
Enjin kereta yang hendak diperkenalkan atau tubuh badan wanita yang menghairahkan yang hendak dipertontonkan?
Alahai manusia yang bernama wanita...
Sedihnya aku...
Cuba tengok iklan kat tv...semuanya guna wanita.
Iklan tilam, ubat gigi, deodoran, ubat nyamuk, pencuci lantai dan macam-macam lagi la.


Kelmarin, aku tertengok rancangan kecantikan kat tv secara tak sengaja. Tak pernah tengok pun sebelum ni. Rancangannya adalah menguruskan badan. Ada seorang peserta wanita ini. dulu sedikit berisi dan setelah menggunakan produk tu, dia tampil kurus. Sempatlah wanita tu buat catwalk. Lepas tu dia buat lakonan semula tentang wanita itu ketika sedikit berisi. Bengang dan kelakar jugaklah lakonan semula tu.
**Lakonan semula**
Wanita ini disuruh oleh bos untuk melayan seorang pelanggan yang nak beli kereta mewah. Cara wanita itu bercakap memang kurang ajar la pada aku sebagai pelanggan. Antara dialognya...
Wanita : Nak beli kereta ke? (dengan nada yang amat kerek)
Pelanggan : Ye, nak beli kereta.
Wanita : Ada duit ke? Downpayment RM30,000.00 ni? Boleh ke bayar?
Pelanggan : Ooo...RM30,000.00. Boleh, takde masalah.
Wanita : Ye ke boleh? RM30,000.00 ni banyak tau. Orang lain mana ada duit nak bayar RM30,000.00 ni. Ye ke encik nak beli ni? Confirm cukup duit?
Pelanggan : Cukup la. Kalau tak cukup, saya tak datang sini.
Wanita : Ye ke cukup? Entah-entah takde duit.

**Akhirnya pelanggan itu blah macam tu je. And then, bos dia datang. Lepas tu kena marah la sebab pelanggan dah lari. Lepas tu bos dia duk membebel sebab penampilan diri dan suruh wanita itu kuruskan badan supaya pelanggan tak lari.

Aku tak faham kenapa lakonan semula begitu. Aku tak nampka pun masalah dari segi penampilan. Sebab wanita itu dah cukup cantik dengan aurat tertutup. Pada aku, wanita itu mengalami masalah untuk berkomunikasi secara baik dengan pelanggan. Tengok lah sendiri betapa kurang ajarnya dia yang mempertikaikan seorang pelanggan. Kalau aku pun, aku blah macam tu. Silap haribulan dapat pelanggan yang bagi sepatah dua kata, habislah ko. Menangis dibuatnya.
Kalau nak marah-marah dan jenis tak boleh cakap lemah lembut dengan orang, jangan jadi customer service or ajen jualan. Kena belajar cara komunikasi dulu bukannya sibuk nak kurus.
Pada aku, tak kira kurus atau gemuk...kalau dah pandai jaga hati orang, cakap lemah lembut. Insyaallah kita akan berjaya. Tengoklah betapa rancangan ini mempergunakan wanita.
Dan wanita pula tersenyum bangga.

Jangan marah orang yang nak mempergunakan wanita kerana ada wanita begitu suka dirinya dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Fikir-fikirkanlah....
Tepuk dada tanya iman.
Jangan ditanya pada selera kerana kalau ikut selera semua nak bedal tanpa mengira halal atau haram.

Saturday, January 15, 2011

Islamic Komik

Sebut pasal komik ni, pasti ramai peminat komik ni.
Tak kira la komik apa pun, manga ke... yang pasti komik.
Suami aku pun suka baca komik. One Piece la favourite dia. Aku lalu kut depan dia pun dia tak perasan. Aku tak hairan sebab memang macam tu la dia kalau tengah membaca. 100% fokus. Tak kira la baca apa pun...walaupun baca surat khabar yang dah berkurun lamanya.
Kawan aku pun ada juga yag suka baca komik ni, Aini nama dia. Jarang nak jumpa perempuan yang suka komik ni. Antara yang pernah dia baca adalah Hetalia. Aku pun tak tahu apa kebendanya Hetalia tu. Korang cari la sendiri ek.
Biasanya selalu baca kut online la.
Aku pun pernah baca gak komik ni, layan gitu je la. Komik Anak-anak Sidek.hahaha...
Masa aku sekolah rendah dulu, selalu juga la baca komik Anak-anak Sidek ni. Best kan?
Tapi, tu la...sekarang dah takde dah komik Anak-anak Sidek ni. Sedih...:(
Kali ni aku nak citer pasal Islamic Komic. Komik ini menyampaikan mesej tentang agama Islam.
Aku baru je jumpa web ini...so, nak kongsi la kan...sebab sekarang ni payah nak cari komik yang sebegini. Selalunya kita dihidangkan dengan komik yang kartunnya seksi-seksi. Kartun pun seksi wei...
Sebab tu budak sekarang semua tahu walaupun baru berusia 6 tahun.
Aku pernah baca dalam surat khabar tentang kerisauan seorang ayah kerana kartun yang seksi ni.
Tak tahu la berkaitan ke tak kartun dan komik ni. Takpe la kan...dah blog aku. Suka hati aku la kan...hehe...
Sambung citer kepada si bapa tadi...masa dia berjalan-jalan dengan anak dia, anak dia ni berhenti kat kedai  yang jual barangan kartun ni la. Alangkah terkejut bapa tadi sebab ada kartun perempuan yang teramat seksi.
Ada juga kartun lelaki. Terkejut bapa tadi bila si anak bercerita pasal kartun tu.
Ok...sekarang ni..jom kita layan komik ke arah Islam pula yer...

Tajuknya Mengumpat Pensyarah

Ai...aku dulu pun pernah gak mengumapt pensyarah ni. Tapi, sebelum habis belajar tu dah pergi mintak maaf dah. Entah la...nak kata mengumpat pun tak juga. Cuma melahirkan rasa tidak puas hati. Sebab tidak dinafikan ada pensyarah yang tidak menjalankan tugasnya dengan betul. Sebab aku pernah jumpa pensyarah macam tu...Tengok...mengata lagi...Asatafirullah...KAU jauhkanlah aku dari sifat mazmummah...AMINN...
Mungkin di sinilah berperanan komik yang sebegini sebab kita akan tersedar bila baca kata-kata dalam komik ini.

Mengintip Couple  
Kita sentiasa lupa akan kehadiran Raqib dan Atid di sisi kita pada setiap masa. Kita lupa ada yang mencatat segala kebaikan dan kejahtan yang kita buat.




Komik di atas menceritakan pasal aurat. Ada yang bangga bila tidak menutup aurat. Ada juga yang kata, belum tiba masanya lagi nak tutup aurat, kena ikhlas dulu...bukannya boleh paksa-paksa.
Tapi, pernahkah kita fikir itu satu tanggungjawab atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Sebagai contoh, JPJ dan POLIS akan saman sesiapa saja yang melanggar lampu isyarat yang berwarna merah. Sebab merah itu tanda berhenti. So, sesiapa yang bergerak juga walaupun merah, ia akan disaman. Sebab itu sudah peraturannya. Pernah dengar ke ada orang cakap, nape saman saya?saya tak ikhlas lagi nak berhenti bila lampu isyarat merah. Kalau ada yang jawab begitu, memang orang tu bangang la kan.
Begitu juga dengan menutup aurat. Itu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Tapi, hambaNYA begitu berani untuk melanggar peraaturan itu. Siap cakap  nak tunggu keihklasan itu datang sendiri. Wajarkah sikap kita begitu sebagai hambaNYA yangs erba kekurangan?

Okeh...sesiapa yang nak baca lebih banyak lagi komik yang seperti ini. Ini sumbernya...http://dakwah.info/komik/

Marilah kita bersama-sama membaiki diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Kita hidup di duniaini hanya sekejap saja. Ntah bila kita akan meninggalkan apa yang kita ada sekarang.

Sumber komik di dalam blog ini adalah dari http://dakwah.info/komik/

Friday, January 14, 2011

Hijrah dan Tranformasi

Pada 7 Disember 2010 kita telah melangkah ke tahun 1432 Hijrah.
Pada 1 Januari 2011 kita pula melangkah ke tahun 2011.
Setiap kali melangkah ke tahun baru, boleh dikatakan setiap orang mempunyai azam baru masing-masing.
Ada yang membawa azam tahun lepas kerana tidak dapat ditunaikan.
Ada juga yang mempunyai azam yang baru dan semangat yang baru.
Ada yang berhijrah daripada kurang baik menjadi lebih baik.
Ada yang berhijrah, dulu solo sekarang sudah berteman.
Ada juga dulu masih suami isteri , sekarang sudah bertambah title iaitu ibu dan bapa.
Nampaknya, kami juga melakukan penghijrahan sempena tahun baru ini.
Setahun yang lalu, kami berada di bumi Selatan, hari ini kami telah berada di bumi Barat.
Namun yang pasti, masih lagi di bumi Malaysia yang tercinta ini.


Dulu kami di Johor, sekarang kami sudah di Selangor. Hari ini hari pertama kami di sini.
Penghijrahan dan transformasi ini dibuat kerana mencuba yang lebih baru.
Beralih angin orang kata.
Apa yang diharapkan daripada penghijrahan ini adalah supaya kami menjadi lebih baik daripada setahun yang lalu. Setahun yang lalu merupakan tahun yang terindah walaupun pelbagai ujian yang ditempuhi.
Ini mengajar kami supaya untuk lebih berusaha menjadi yang lebih baik.
Kenangan di Johor tidak dapat dilupakan.
Disitulah tempat pertama kami selepas kami bergelar suami isteri.
Sedih meninggalkan bumi Johor, namun itulah kehidupan.
Untuk mendapatkan sesuatu, ada yang perlu dikorbankan. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Di bumi Selangor ini, kami berdoa supaya kami menjadi yang lebih baik dan lebih berjaya dalam kehidupan kami suami isteri. Ujian yang lalu akan kami jadikan kenangan yang terindah.
Banyak pahit manis yang kami lalui semuanya mengajar kami untuk menjadi lebih dewasa.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah swt...
Amin.....

Saturday, January 8, 2011

Masa...

Masa itu emas.
Ye ke?
Pada aku, masa itu tidak boleh di tukar ganti. Masa itu tidak ternilai harganya. Malah tidak dapat di nilai dengan sebarang alat sukatan pun.
Masa akan terus berlalu. Tidak kira ketika kita sedih, gembira atau tertekan.
Ia akan terus berlalu ibarat angin yang bertiup.
Sekali ia berlalu, tidak mungkin dapat diundur balik walau apa pun yang kita buat.
Ini bukan cerita Doremon yang boleh diundur masanya.
Kita di alam yang nyata. Di atas Bumi Allah swt.
Masa akan terus berlalu walaupun kadang-kadang kita nak masa itu berhenti seketika.
Walaupun kita jatuh tersungkur, masa tidak akan menunggu kita untuk bangun.
Ia akan terus berlalu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di sekitarnya.
Hebatnya anugerah Allah swt ini.


Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh.
Itulah antara bait lagu Demi Masa yang dinyanyika oleh kumpulan nasyid Raihan.
Kalau dihitung masa 24 jam yang Allah swt bagi kepada kita, berapakah agaknya masa yang kita mengabdikan diri kita kepada Allah swt?
Tak tahu lah kan...
Ku rasa kita banyak menghabiskan masa kita dengan hal dunia sahaja.
Tanpa sedar, yang kita hidup di dunia ini hanya sekejap saja.
Bagi yang bekerja kuat, merasakan masa 24 jam yang diberikan Allah swt ini tidak mencukupi.
Aku pun terlalai dengan masa ini.
Pejam celik pejam celik kita sudah di tahun baru, 2011.
Aku seakan-akan rasa baru saja di tahun 2010. Begitulah cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari.
Aku rasa baru je aku di tanah Johor ini tapi rupa-rupanya dah setahun aku di sini.
Kini, aku akan meninggalkan tanah Johor ini untuk mencari angin yang baru. Ke tanah Selangor pula.
Begitulah hidup ini...penuh keajaiban dan kejutan.
Kita tidak akan tahu apa yang berlaku 1 saat yang akan datang.
Ye la...sekarang aku menekan keyboard, mana tahu sekejap lagi aku sudah pergi menghadap Illahi.
Itulah kehidupan,, penuh surprise.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara...

SIHAT sebelum SAKIT
TUA sebelum  MUDA
 KAYA sebelum MISKIN
 LAPANG sebelum  SEMPIT
 HIDUP sebelum  MATI...

Thursday, January 6, 2011

Kau, tulang rusukku...

WANITA   : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA   : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA 

           dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
“Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah 
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI    : Apa khabar?
WANITA    : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang

            hilang?
LELAKI    : Belum.
WANITA    : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
            berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon
                            saya kalau kamu berkesempatanKamu tahu nombor  
            telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, 
Apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? 
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1699.msg190223;topicseen#new

*****


Ini hanya sebuah satu perkongsian daripada aku.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada cerita itu.
Lelaki mempunyai 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. 
Lelaki itu sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.
Allah swt kurniakan lelaki dengan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional, tidak mudah tersinggung. Tidak seperti wanita yang cepat emosi, mudah tersinggung dan selalu menggunakan perasaan berbanding akalnya. Jika lelaki memanfaatkan kekuatan akal ini dengan sebaik-baiknya dan ditambah pula kesabaran, sudah pasti suami akan menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik yang hebat untuk anak dan isterinya. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Lelaki itu adalah makhluk yang banyak menggunakan akal 
(9 akal + 1 nafsu)
Wanita pula makhluk yang banyak menggunkana emosi. 
(9 nafsu + 1 akal)
Sebab itulah Allah swt meletakkan wanita di bawah penguasaan seorang lelaki.
Untuk memandu dan mendidik wanita supaya tidak terlalu ikut perasaan.
Bagi mendidiknya dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Kerana ia terjadi dari tulang rusuk yang bengkok.
Kalau terlalu kasar dalam membetulkannya, tulang rusuk akan patah.
Kalau tidak dibetulkan, tulang rusuk akan terus bengkok.
Untuk menghadapi kareneh wanita itu bukan senang. Sebab itulah lelaki perlu menggunakan akalnya untuk menghadapi kerenah wanita ini.
Nak atau tidak, suami terpaksa belajar sedikit sebanyk ilmu psikologi wanita dan memenuhkan dada dengan ilmu agama. Barulah dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dan menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Ceh...macam ahli psikologi la plak.
Fikir-fikirkanlah wahai kaum Adam...
Sudahkah anda mendidik tulang rusukmu sebaiknya?


Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011 !!!

Masa terus berlalu tanpa kita sedari.
Tahun 2010 melabuhkan tirainya.
Tahun 2011 menjelma dengan seribu tanda tanya.

WELCOME 2011 !!!

Hari ini pembuka lembaran bagi tahun 2011.
Setiap orang menanam azam baru unttuk tahun baru ini.
Ada juga yang membawa azam tahun lepas untuk diteruskan.
Terpulang kepada individu.
Ada yang berazam untuk menamatkan zaman bujang tahun ini.
Ada yang berazam untuk beli rumah, kereta pada tahun ini.
Setiap individu mempunyai azam yang berlainan.

Selain azam yang disematkan di dalam dada...
Kita jangan lupa kepada sesuatu yang amat penting iaitu IMAN.
Sempena tahun baru ini, bagaimana pula dengan iman kita?
Masih di tahap lama atau sudah di upgrade?
Pada aku, setiap orang Islam perlu mempunyai azam yang satu ini untuk setiap hari.
Iaitu, terus memperbaiki iman masing-masing untuk akhirat sana.
Sedang kita terlalu asyik dengan dunia, kita seakan-akan lupa pada kehidupan yang kekal abadi kelak.
Kita mengejar tanggungjawab pada kerja, ibubapa, isteri dan keluarga,
tanpa kita sedari kita telah mengabaikan tanggungjawab pada Pencipta kita.
Adakah kita seorang yang betul-betul bertanggungjawab?
Tepuk dada tanya iman di dada anda...

Selain itu, umur kita juga semakin meningkat.
Ada apa pada umur ye?

Masa terus berlalu walaupun kita tidak ingin ia berlalu.
Ia terus berlalu walaupun kita tersungkur dan terjatuh.
Kita selalu mengejar masa yang tidak pernah berhenti, sehingga kita lupa kenapa kita berada di Bumi Allah swt ini. Aku sendiri kadang-kadang lupa.
Iman di dada yang turun naik di dada harus dijaga dan dibajai.

Okeh semua....

Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga tahun 2011 ini akan memberi seribu kebaikan kepada kita semua.
Semoga Allah swt sentiasa memberi rahmat dan hidayahNya kepada kita semua.
Semoa tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah.
Semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya daripada segi iman, ketakwaan, rezeki, kebahagian dan semua aspek yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita semua di dunia dan akhirat.

PEACE...NO WAR!!!
:)

Aku tetap aku...

My photo
Aku insan biasa yang dilahirkan d bumi Allah SWT ini. Nothing special about me. PEACE NO WAR!!!!!
 
...amYunus...© DiseƱado por: Compartidisimo